5 perkara anak lelaki belajar daripada ayah sebelum usia remaja – Dr Redza

Spread the love

Menerusi perkongsian daripada Dr redza Zainol, ada 5 perkara yang anak lelaki belajar dari ayahnya sebelum usia remaja.

1 Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga dari ayahnya.

Mereka lihat dan meniru cara ayah menyayangi ibu dan adik beradik yang lain. Mereka suka bila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.

2 Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayahnya.

Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.

Kanak-kanak usia 2-5 tahun sangat suka dengan “Rough and Tumble Play”. Mereka akan menepuk, mencucuk dan memukul orang dewasa dalam keadaan yang tak menyakitkan. Anak akan belajar sempadan antara pukulan selamat dan tak selamat.

3 Anak lelaki belajar berhujah dengan ayahnya.

Walaupun tak sependapat, hujahnya tak menghina sesiapa.

Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti wanita. Dalam keadaan penuh emosi, lelaki tetap tekun mendengar dan memberi hujah.

4 Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.

• Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut.

• Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.

• Kesilapan si ayah ialah dia meluahkan dengan rasa marah ketika dia takut atau sedih. Inilah yang akan ditiru oleh anak.

5 Anak lelaki belajar buat kerja rumah dari ayahnya.

• Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi suami yang memahami beban kerja seorang isteri.

Hubungan anak lelaki dengan ayah sepatutnya penuh dengan kasih sayang dan bukan diisi dengan ketakutan.

Kredit: DrRedzaZainol


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!