Peristiwa pembunuhan Sosilawati dan ikthibarnya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, peristiwa yang menimpa Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati dan 3 rakannya yang dibunuh dan dibakar sungguh tragis. Alhamdulillah pemergian beliau diiringi dengan banyak berita baik yang telah dilakukan oleh Sosilawati ketika hidupnya samada di kampung kelahirannya Sri Medan, Batu Pahat juga di Kuala Lumpur tempat beliau membina empayar perniagaan. Bak pepatah orang tua “Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama” tetapi seandainya nama yang buruk ditinggalkan pun tiada gunanya seperti yang dilakukan oleh suspek pembunuh PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN dan SURENDREN A/L NALLIANNEN.

Allah swt tidak pernah zalim kepada hambanya pasti peristiwa yang berlaku kepada Datuk Sosilawati Lawiya ada pengajaran yang baik untuk kita yang masih hidup pelajari. Korbankan 4.39 minit masa teman-teman untuk mendengar nasyid Nadamurni ini semuga ianya menjadi ikthibar untuk kita insyallah meninggalkan nama yang baik setelah kita berhijrah ke alam lain kelak.

Al-Fatihah kepada ke empat-empat yang telah dibunuh dan dibakar dengan kejam. (Dapatkan berita terkini kes Datuk Sosilawati melalui twitter melalui blog ini). Al-Fatihah juga kepada arwah M.Rajoli yang telah pulang ke Rahmatullah setelah menderita sakit cancer beberapa tahun. Semuga roh mereka semua ditempatkan bersama insan-insan yang solleh hendaknya nun di sana. Kita ini bagaimana kesudahnya??

[ad#Mangga 300]


Spread the love

69 Comments

    1. Dunia akhir zaman ni HUDUD pun dah tak boleh selamatkan sebab semua dah tersesat dan berapa ramai yg tak percaya peda TUHAN dan lebih percaya kepada DEMOKRASI.

  1. One of the most horrible and terrifying murder in Malaysia history. Peace be upon her and the rest, n M Rajoli tu.

    Malam tdi telefon kawan di Banting, deall kate mmg siap dipukul dgn kayu besbol tutp mata n kepala dicangkuk dengan penyangkuk angkat kelapa sawit. Saya yg org banting ni pun mcm yg lain rase takut sgt tak selamat.

    Salam from Sydney,
    Izul DKDM

  2. “Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo’akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya” (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad).
    Datok Susilawati tentunya banyak meninggalkan kesan yang baik.
    Semoga beliau diberikan tempat yang layak di alam sana.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Madame XMy Profile

    1. Alloohummaghfir li (nama) warfa’ darajatahuu fil mahdiyyiin wakhlufhu fii aqibihii fil ghaabiriin waghfir lanaa walahuu yaa rabbal aalamiin wafsah lahuu fii qabrihi wa nawwir lahuu fiihi,ya Alloh ampunilah (nama) angkatlah derajatnya dlm kelompok org2 yg mendapat petunjuk berilah penggantinya s sdh kepergiannya menyusul org2 yg tlah berlalu,ampunilah kami&dia,wahai Tuhan alam semesta berikanlah dia kelapangan d dlm kuburnya&terangilah dia d dlm kuburnya. Amin.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Madame XMy Profile

  3. moga roh mereka dicucuri rahmat…doakan pembunuh itu mendapat hidayah kerana siapalah kita nak menghukum seseorang…biarlah Allah yg tntukan…ye perbuatan yg mereka buat terlampau kejam…peristiwa hendon memamah hati saidina hamzah ketika berperang dianggap kejam tapi akhirnya berkat doa dan kesabaran nabi kita, hendon memeluk islam dan lebih hebat peribadinya dari kita…apa pun biarlah undang2 yang tntukan…kita hanya doakan yg terbaik
    Curahan rasa afiq aiman @ ..Blog Sebagai Medium Untuk…My Profile

  4. Alfatihah buat kesemua arwah, dan takziah jugak kepada keluarga ke tiga2 arwah, moga roh mereka dicucuri rahmat, amin!

    perbuatan sebegi memang keji, harap hukuman dapat disegerakan, takut jadiknya turun naik makamah aje tapi apa pun tarak!! tu dah jelas2 diorang ngaku dah..hukum je!! sakit hati betul!!

    memang kejam!!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!