Peristiwa pembunuhan Sosilawati dan ikthibarnya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, peristiwa yang menimpa Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati dan 3 rakannya yang dibunuh dan dibakar sungguh tragis. Alhamdulillah pemergian beliau diiringi dengan banyak berita baik yang telah dilakukan oleh Sosilawati ketika hidupnya samada di kampung kelahirannya Sri Medan, Batu Pahat juga di Kuala Lumpur tempat beliau membina empayar perniagaan. Bak pepatah orang tua “Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama” tetapi seandainya nama yang buruk ditinggalkan pun tiada gunanya seperti yang dilakukan oleh suspek pembunuh PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN dan SURENDREN A/L NALLIANNEN.

Allah swt tidak pernah zalim kepada hambanya pasti peristiwa yang berlaku kepada Datuk Sosilawati Lawiya ada pengajaran yang baik untuk kita yang masih hidup pelajari. Korbankan 4.39 minit masa teman-teman untuk mendengar nasyid Nadamurni ini semuga ianya menjadi ikthibar untuk kita insyallah meninggalkan nama yang baik setelah kita berhijrah ke alam lain kelak.

Al-Fatihah kepada ke empat-empat yang telah dibunuh dan dibakar dengan kejam. (Dapatkan berita terkini kes Datuk Sosilawati melalui twitter melalui blog ini). Al-Fatihah juga kepada arwah M.Rajoli yang telah pulang ke Rahmatullah setelah menderita sakit cancer beberapa tahun. Semuga roh mereka semua ditempatkan bersama insan-insan yang solleh hendaknya nun di sana. Kita ini bagaimana kesudahnya??

[ad#Mangga 300]


Spread the love

69 Comments

  1. Salah seorang dari peguam yang bergelar Datuk adalah merupakan salah seorang dari Pengarah Syarikat yang telah berjaya menipu orang ramai iaitu Syarikat Pon72..Salah satu syarikat yang menipu duit ramai orang. Syarikat Pon 72 ini juga meniru hakcipta sebuah syarikat lain iaitu Visiber Sdn Bhd. Perkara ini telah terbukti. Isteri saya yang juga salah seorang dari mangsa bagi syarikat Pon 72 di mana hampir rm10k wang isteri saya lesap apabila salah seorang agent POn 72 melarikan diri secara tiba2. Bukti?Ini bukti yang menyatakan PATHMANABHAN and PON 72 ada bersangkut paut
    http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs319.ash2/59902_103658629697784_100001609414311_24971_4206221_n.jpg

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!