Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 3 fasa bermula 18 Mac 2020 sehingga 28 April. Fasa keempat pun telah bermula pada 29 April dan akan berkahir pada 12 Mei.

Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha membenarkan pembukaan semula ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pelaksanaan PKPB, sebahagian besar kegiatan ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan risiko kepada golongan tertentu termasuk warga emas terhadap penularan COVID-19.
Selain itu, kata beliau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut akan dikuatkuasakan membabitkan kawasan zon merah.
“Saya tahu setelah hampir dua bulan mejalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dalam kalangan saudara-saudari ingin kembali bekerja bagi perniagaan, hendak membuka semula perniagaan, bagi penguasaha industri nak pastikan perusahaan masing-masing dapat beroperasi semula.
“Ini penting kepada saudara dan saudari kerana pekerjaan adalah sumber pendapatan dan mata pencarian masing-masing, kalau terlalu lama PKP maka terputuslah mata pencarian dan memberi kesan buruk kepada kewangan masing-masing,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, di Putrajaya hari ini.
Aktiviti ekonomi dibenarkan bermula 4 Mei ini kecuali;
Perdana Menteri juga memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati-hati menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei ini.

Jelas beliau, kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Saya katakan hampir semua kerana masih ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi.
Ini adalah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal.
Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran
Kata beliau dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan turut tidak dibenarkan, setakat ini.
Ia termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium.
Bagaimanapun, aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan.
Jadi, saudara-saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton.
Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan, katanya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja di kerajaan dan swasta. Stay Safe semua.
Sumber: Awani
3 Comments
mulakan kegiatan ekonomi perlahana-lahan..
jika tidak dimulakan besar impak kepada negara dan masyarakat
dalam masa yang sama perlu berjaga-jaga agar wabak ini terkawal
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bila blogger menulis curahan hati
Untung perniagaan yang berada di luar bangunan. Boleh buka bisnes. Kedai makan di dalam bangunan tetap tidak boleh dibuka kalau bangunan belum dibuka sepenuhnya seperti bangunan kerajaan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Untung Siapa Yang Belajar Menjual Secara Online Di Ebay Musim Covid-19 Ini
Diharapkan tak muncul kluster kluster baru seperti kluster kedai mamak, kluster raya dan kluster nombor ekor pulak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kalau Sudah Tahu Kenapa Datang Seminar
Comments are closed.