Majlis Pernikahan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada isnin lalu telah berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Ini adalah salah satu langkah yang diambil dalam mengekang dan mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang memperlihatkan peningkatan mendadak sejak akhir-akhir ini.

Dalam tempoh bermula Rabu sehingga 31 Mac ini, pelbagai acara terpaksa ditunda susulan perintah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin malam.

Antara yang terkesan tentunya bakal pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan dalam tempoh itu khusunya ketika musim cuti persekolahan.

Antara soalan yang diajukan, adakah pasangan pengantin dibenarkan melangsungkan majlis perkahwinan?

Jika dibenarkan, kehadiran tetamu dalam jumlah yang ramai pastinya boleh membawa risiko penularan wabak berkenaan. Namun jangan risau, majlis akad nikah boleh dilaksanakan dengan tidak melibatkan kehadiran ramai.

Melalui apa yang dikeluarkan pihak JAWI, Majlis Akad Nikah perlukah dilangsungkan dengan syarat-syarat berikut:

1. Dilangsungkan di rumah persendirian.

2. Kehadiran ke Majlis Akad Nikah adalah terhad kepada:
– Jurunikah
– Pengantin Lelaki
– Pengantin Perempuan
– Wali
– Dua orang saksi
– Empat orang ahli keluarga pengantin lelaki
– Empat orang ahli keluarga pengantin perempuan

3.Perjalanan majlis akad nikah tidak melebihi 30 minit

4.Menyediakan hand sanitizer di majlis akad nikah

5.Mengambil langkah-langkah pencegahan lain yang telah ditetapkan KKM.

Bagi majlis persandingan dan resepsi serta majlis lain, disarankan untuk ditangguhkan sehingga isu penularan Covid-19 di Malaysia tamat. Apa yang penting, laksanakan perintah wajib sahaja seperti proses ijab kabul. Majlis lain boleh sahaja ditunda pada tarikh lain setelah wabak ini berakhir.

Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Semoga dipermudahkan segala urusan kepada mereka yang akan melangsungkan pernikahannya pada musim cuti sekolah dan ketika perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan. Amiin.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!