Perdana Menteri Persembah Senarai Kabinet Baharu Dihadapan Agong

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi ini.

Kenyataan tersebut juga menyebut, Muhyiddin dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri baharu pada jam 5 petang ini setelah mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pengumuman tersebut akan mengambil tempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Baca: Tan Sri Muhyiddin Yassin Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-8

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!