KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet beliau meletakkan jawatan.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, Muhyiddin dan seluruh anggota Kabinet bertanggungjawab terhadap tindakan memalukan itu.
“Kenyataan yang dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong hari ini menunjukkan bahawa Muhyiddin secara sengaja menipu Parlimen berkenaan pembatalan Ordinan Darurat.
“Beliau (Muhyiddin) perlu tahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan ordinan tersebut.
“Namun, pengumuman yang dibuat seolah-olah beliau mempunyai lebih kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong sewaktu Proklamasi Darurat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Malah, Dr Mahathir berkata, tiada usaha daripada kerajaan untuk membetulkan atau menghentikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan daripada membuat kenyataan itu walaupun Muhyiddin duduk di hadapannya.
Malah, Perdana Menteri juga, tegas Dr Mahathir, tidak memberi apa-apa penjelasan pada hari-hari berikutnya.
Takiyuddin pada Isnin mengumumkan Ordinan Darurat telah terbatal pada 21 Julai 2021. Pengumuman berkenaan telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada Ahli Parlimen.
Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita susulan kenyataan yang dibuat Takiyuddin itu.
Sementara itu, sidang petang Mesyuarat Khas Parlimen yang sepatutnya berlangsung pada jam 5.15 petang, Khamis ditangguhkan dan akan bersambung pada jam 10 pagi, Isnin.
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri – 29 Julai 2021 pic.twitter.com/MGw6AywQKQ
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) July 29, 2021
Sumber: Astro Awani
- Yang di-Pertuan Agong sokong tempoh PKP dilanjutkan
- Perdana Menteri Persembah Senarai Kabinet Baharu Dihadapan Agong
- Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020
- 15 perkara yang anda perlu tahu berkaitan Darurat – Prof Dr Shamrahayu
- Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021 bernilai RM15 bilion – Perdana Menteri
4 Comments
Saban tahun pasti ada kemelut politik ini. Cadangan demi cadangan, biar YDPA bentuk kerajaan yang dianggotai ahli profesional.
Curahan rasa Geng Borak @ ..Bayaran Bantuan Khas Covid 19 (BKC) Bermula Ogos 2021
Isu ini sama sekali tidak dapat memulihkan keadaan C19 yang sangat-sangat kritikal. Perlu ada tindakan bagaimana cara untuk menjalani kehidupan harian bersama C19.
Curahan rasa Onexox Online Store @ ..ONEXOX PREPAID – 28 Bulan Tempoh Sah Aktif, topup bila perlu.
Semoga kemelut politik ini tidak panjang dan tidak membuatkan rakyat susah. Kita sebagai rakyat Malaysia patut berdoa, moga Allah angkat pemimpin yang jujur ikhlas dalam kepimpinan mereka.
Curahan rasa Usahawan Ebay @ ..Strategi Usahawan Ebay Tingkatkan Kerja Dan Jualan Di Platform Ebay Musim Pandemik Covid
Allahu… yang di atas bercakaran mahukan jawatan dan kedudukan selesa. Rakyat di bawah berterabur. Kerja ke mana, apa ke mana.
Curahan rasa Makan Gaji @ ..Rujukan Khas Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 Tahun 2021
Comments are closed.