Percutian Beijing penuh dengan penipuan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan kisah Kembara Muslim Beijing ketika aku dan sahabat-sahabat membawa keluarga menyelusuri Kota Budaya Beijing yang penuh dengan sejarah silam berabad tahun lamanya. Paling menarik dalam Kembara Beijing ini apabila dengan izin Allah kami telah mendapat seorang Pemandu Pelancong yang fasih berbahasa Indonesia dan memahami kehendak Kembara untuk kumpulan Muslim.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-110915.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-111008.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-113423.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105304.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105400.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105448.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Selama enam hari kami di Beijing, Pemandu Pelancung telah membawa kami di enam buat masjid yang berlainan dan berbagai lokasi restoran halal yang terdapat di Beijing. Daripada maklumbalas kawan-kawan yang pernah melawat Beijing tidak semua kumpulan mendapat peluang bersolat di berbagai masjid seperti yang telah kami lalui. Merasa juga kami solat Jumaat di salah sebuah masjid yang kami singgah di Kota Beijing. Daripada maklumat yang diperolehi Rakyat Muslim Beijing mendapat banyak kelebihan berbanding rakyat lain seperti boleh mempunyai dua orang anak dan mendapat kediaman apartment dua bilik.

Tempat yang paling menarik dan menakjubkan adalah Tembok Besar China yang dibina beribu tahun dahulu merentasi gunung ganang membelah negara China melebih 6,000 kilometer. Hebatnya tamadun di abad tersebut yang tidak boleh difikir oleh akal bagaimana cara pembinaannya. Pernah terbaca sebuah buku Tembok Besar China di bina oleh seorang Maharaja yang asalnya dari Mesir melarikan diri sehingga ke China. Mengikut satu analisa struktur bahan binaan Tembok Besar China hampir sama dengan struktur bahan binaan Piramid. Setelah memanjat Tembok Besar China barulah dapat merasai kehebatan binaan yang telah dipilih antara tujuh keajaiban dunia.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105526.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105553.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105642.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110014.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110454.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110523.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110600.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110619.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Hari pertama dan kedua kembara di Beijing memang menyeronokan dapat melawat beberapa lokasi pelancongan yang terkenal di dunia iaitu Medan Tiananmen, Forbidden City dan singgah di beberapa masjid seperti Masjid Niu Jie serta restoran halal. Makanan di Beijing tak lah berapa sesuai dengan selera kita orang Melayu tetapi bila berjalan ke negara orang kenalah rasa masakan mereka baru ada rasa kelainannya.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Ketahui rahsia mengaut keuntungan sehingga 1000% dengan memborong di China Klik Sini

40 soalan yang anda patut tanya kepada peguam sebelum membeli rumah. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Hari ketiga dan seterusnya memang penuh dengan manupulasi. Kami dibawa dari satu kilang ke kilang yang lain, dari satu kedai ke kedai yang lain dan dari satu pusat kesihatan ke pusat kesihatan yang lain. Ibarat menyediakan jala besar mereka menggunakan berbagai strategi untuk memujuk kami membeli produk-produk mereka dengan harga yang tak masuk akal.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110650.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110733.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110828.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110926.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111026.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111047.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Mereka telah membuat persiapan yang sangat rapi untuk memperdaya pelancung supaya berbelanja besar membeli produk mereka. Cara mereka mempengaruhi pelancung memang ada logik sehingga ada sahabat kami terperdaya. Mereka sanggup datang ke bilik hotel untuk menuntut bayaran yang tidak cukup. Bayangkan kalau anda tak membawa cukup duit pasti terpaksa meminjam daripada kawan-kawan. Apa agaknya akan berlaku kalau kawan-kawan pun tak de duit nak tolong!

Ramai pelancung yang telah melalui pengalaman pahit melancung di Beijing. Pengalaman kena tipu di Beijing banyak dikongsikan di Facebook dan blog-blog yang boleh diperolehi di Google Search. Aku dah dapat warning daripada beberapa kawan yang pernah ke Beijing antaranya Arwah Jejai. Aku memang sangat berhati-hati apabila pergi setiap kedai, kilang dan pusat kesihatan sehingga kena marah dengan salah seorang penjual. Pemandu pelancong pun ada bagi warning tetapi dah tugas dia kena bawa kami ke lokasi yang telah ditetapkan

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111105.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111132.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111148.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111208.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111344.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111355.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111409.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Shopping di Beijing pengalaman paling teruk. Dari awal pemandu pelancong dah warning kalau nak beli barang mesti tawar sampai penjual marah. Gila betul harga yang diletak memang tinggi dan kita kena pandai tawar sehingga lebih 80% untuk dapat harga yang sesuai kalau tidak memang kena potong leher. Setiap kedai terpaksa habiskan masa lebih 30 minit hanya untuk tawar menawar membeli satu barang. Memang serik dan taubat nak shopping barang di Bejing kalau original tak pe ini majoriti barang tiruan.

Dalam aku berjaga-jaga tapi akhirnya aku terkena tipu  juga di outlet terakhir kedai batu permata di kawasan Stadium Sarang Burung. Punyalah mamat tu pandai berlakon kononnya isteri dia orang Cheras dan baru dapat anak lelaki pertama. Sebagai tanda syukur beliau bagi setiap orang batu jed dan diskaun special untuk semua produk. Masa tu aku pun dah terlupa yang semua itu drama sahaja seperti semua group lain dah kena. Abis jugalah beberapa ribu beli cincin dan batu jed untuk isteri. Penipuan di kedai batu jed inilah yang paling terancang.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111442.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111456.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111543.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111618.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Kami juga dibawa ke kilang teh. Paling best ada seorang juru jual yang belajar bahasa Indonesia supaya mudah berkomunikasi dengan pelancong Malaysia dan Indonesia. Macam-macam teh ada dari teh slimming sehinggalah teh berbagaai perisa. Paling tragis sekali kami dibawa ke kilang pisau. Macam dah tak ada tempat lain kilang pisau pun nak tipu kami. Ada group lain yang tak puas hati bergaduh dengan pemandu pelancong, mereka tak nak masuk apabila terasa ditipu oleh agen pelancong.

Memang pelik pakej pelancongan Beijing selama 7 hari 6 malan hanya berharga RM2400 rupanya ada udang di sebalik mee. Strategi ini telah diolah oleh Pusat Pelancongan China untuk menarik seramai mungkin pelancong melawat Beijing dengan harga murah. Untuk menanggung kos pengurusan, pelancong akan dibawa ke kedai, kilang dan pusat kesihatan dan dipaksa untuk membeli barang dengan harga yang mahal dan travel agen di Beijing akan mendapat komisen daripada setiap pembelian tersebut.

Yang tak puashati bukanlah sebab harga barang yang mahal kerana itu kita ada pilihan tetapi aturcara lawatan yang lebih fokus melawat kedai, kilang dan pusat kesihatan berbanding lokasi pelancongan yang banyak di Kota Beijing.

Memang tak teringin lagi aku nak bawa keluarga ke Beijing menggunakan travel agen Beijing. Bagaimana pengalaman Rakan Blogger yang pernah ke Beijing?


Spread the love

121 Comments

  1. Asm, sedikit perkongsian.

    Industri ini MEMANG bergantung kepada perbelanjaan pelancong. Niat diaorang memang untuk memaksimakan perbelanjaan kita. Ada banyak pakej sebenarnya boleh dipilih dari travel agency. kalau ambil all in pakej, walau dah ada itenary, pasti mereka akan menyinggah di mana2.

    Jika tidak mahu tour sebegini, ambil flight and hotel only. Excursion kita boleh pilih sendiri mana satu yang kita nak. Saya jenis orang yang tak boleh ikut rombongan (haha). So apa saya buat saya ambil ground arrangement hotel sahaja dan di sana free and easy. Ini penting sebab turun naik flight ada orang jemput. Makan pun terjamin halal. (depends on request!) Di sana naik la public transport. MRT ke, teksi ke. bas ke. Time tak terikat, Beijing belum jejak lagi tapi Hong Kong, Macau tu dapat la pusing2 5-6 hari. Dapat peluang ke masjid untung2 dapat buat kawan baru.

    Nak kena tipu tak payah pergi jauh. Try la naik bas ekspress. Kenapa dia tak berhenti makan di RnR Plus. Kenapa dia berhenti di Lucky Garden yang mahal berhantu nasinya? siapa yang biasa terkena tu tau la.. 🙂

  2. 2 tahun lepas ke Beijing memang lalui semua pengalaman itu. Kena tipu kena marah kena tarik kena sindir dgn cina kwantong nih…memang suweyyy betul. Yg berkat pergi Masjid tua itu shj. makanan telur roti dan sayur. 3 jenis lauk.
    Lagi best pergi India Kashmir lauk 30-40 jenis Hotel mewah. Yang bestnya tengok org cina malam tidak busy mrk tidur. Tapi negara yg pakai rupee dan rupiah siang malam kerja cari makan. Kenapalah bodoh guna angka besar besar sampai tak terkira nilai duit dicari dan diurus.
    Lain kali kalau ke cina beli baju t shirt hard rock cafe tiruan jer sudah….tiada yg menarik lainlah kalau pergi Shanghai dan Guangzhou beli gadget…else forget it..damaged done

  3. tak pernh guna khidmat agen untuk kemana-mana. walau untuk umrah. alhamdulillah… saya rancang perjalanan saya. tengok bila ada flight murah2. biasanya yg untung masa matta fair,dsb. lepas tu, cuba padankan dengan masa terluang saya. antara melawat tempat menarik dengan shopping, saya tumpu shopping. cari kain. huhu. pengalaman pertama, p sama nk beli kain, rupanya kena tempah dulu, temujanji. cis. ada lah rasa geram juga. haa.

    tapi memang seronok dapat tawar menawar. ada penjual yg faham kita tak cukup duit, dia bagi kita potonga harga yang sangat susah nak dapat. kain berkualiti. ujian-Nya. pasti ada kemudahan disebalik ujian-Nya diawal-awal kan.

    😉

  4. salam. nk tanyer sebelom awk setuju dan membuat bayaran bukankah jadual atau aturcara sepanjang perjalanan dah disediakn atau dah dibagi kpd semua.?? kenapa dah setuju dan byr tp belakang hari ckp penipuan plak.??? k

    1. Soalan ni sangat bagus tapi nak tanya pernah pergi ke trip Beijing? Kalau belum bagus pergi dan rasakan bagaimana penjual memperdaya orang-orang tua dan orang yg sakit supaya membeli produk mereka. Semua ni tak tertulis dlm package.

    1. Boleh je tapi isu kat sini bukan beli membeli tetapi aturcara percutian yg sepatutnya melawat lokasi pelancongan tapi dihabiskan dgn melawat kilang, kedai dan pusat kesihatan.

      1. kat dlm aturcara tu xde tulis ke kt tmpt apa yg pemandu pelancong tu akn bawa bro?

        mcm dah dlm rancangan “Scam City” dah nie..tp tula, nk untung pny psl mesti dorang akn buat perancangan yg begitu rapi wlaupun dgn harga yg murah.

  5. Selalu tengok kat groupon memang ada gak offer pakej yang macam tak masuk akal. Nasib baik tak terpengaruh. Tak tahu diaorang nak bawa g mana, baik travel sendiri dgn buat research byk2. Nampak cam mahal, tp at least sendiri rasa better dr ditipu hidup-hidup.
    Curahan rasa Ann @ ..Almost there..My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!