Percutian Beijing penuh dengan penipuan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan kisah Kembara Muslim Beijing ketika aku dan sahabat-sahabat membawa keluarga menyelusuri Kota Budaya Beijing yang penuh dengan sejarah silam berabad tahun lamanya. Paling menarik dalam Kembara Beijing ini apabila dengan izin Allah kami telah mendapat seorang Pemandu Pelancong yang fasih berbahasa Indonesia dan memahami kehendak Kembara untuk kumpulan Muslim.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-110915.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-111008.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-113423.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105304.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105400.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105448.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Selama enam hari kami di Beijing, Pemandu Pelancung telah membawa kami di enam buat masjid yang berlainan dan berbagai lokasi restoran halal yang terdapat di Beijing. Daripada maklumbalas kawan-kawan yang pernah melawat Beijing tidak semua kumpulan mendapat peluang bersolat di berbagai masjid seperti yang telah kami lalui. Merasa juga kami solat Jumaat di salah sebuah masjid yang kami singgah di Kota Beijing. Daripada maklumat yang diperolehi Rakyat Muslim Beijing mendapat banyak kelebihan berbanding rakyat lain seperti boleh mempunyai dua orang anak dan mendapat kediaman apartment dua bilik.

Tempat yang paling menarik dan menakjubkan adalah Tembok Besar China yang dibina beribu tahun dahulu merentasi gunung ganang membelah negara China melebih 6,000 kilometer. Hebatnya tamadun di abad tersebut yang tidak boleh difikir oleh akal bagaimana cara pembinaannya. Pernah terbaca sebuah buku Tembok Besar China di bina oleh seorang Maharaja yang asalnya dari Mesir melarikan diri sehingga ke China. Mengikut satu analisa struktur bahan binaan Tembok Besar China hampir sama dengan struktur bahan binaan Piramid. Setelah memanjat Tembok Besar China barulah dapat merasai kehebatan binaan yang telah dipilih antara tujuh keajaiban dunia.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105526.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105553.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105642.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110014.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110454.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110523.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110600.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110619.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Hari pertama dan kedua kembara di Beijing memang menyeronokan dapat melawat beberapa lokasi pelancongan yang terkenal di dunia iaitu Medan Tiananmen, Forbidden City dan singgah di beberapa masjid seperti Masjid Niu Jie serta restoran halal. Makanan di Beijing tak lah berapa sesuai dengan selera kita orang Melayu tetapi bila berjalan ke negara orang kenalah rasa masakan mereka baru ada rasa kelainannya.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Ketahui rahsia mengaut keuntungan sehingga 1000% dengan memborong di China Klik Sini

40 soalan yang anda patut tanya kepada peguam sebelum membeli rumah. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Hari ketiga dan seterusnya memang penuh dengan manupulasi. Kami dibawa dari satu kilang ke kilang yang lain, dari satu kedai ke kedai yang lain dan dari satu pusat kesihatan ke pusat kesihatan yang lain. Ibarat menyediakan jala besar mereka menggunakan berbagai strategi untuk memujuk kami membeli produk-produk mereka dengan harga yang tak masuk akal.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110650.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110733.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110828.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110926.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111026.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111047.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Mereka telah membuat persiapan yang sangat rapi untuk memperdaya pelancung supaya berbelanja besar membeli produk mereka. Cara mereka mempengaruhi pelancung memang ada logik sehingga ada sahabat kami terperdaya. Mereka sanggup datang ke bilik hotel untuk menuntut bayaran yang tidak cukup. Bayangkan kalau anda tak membawa cukup duit pasti terpaksa meminjam daripada kawan-kawan. Apa agaknya akan berlaku kalau kawan-kawan pun tak de duit nak tolong!

Ramai pelancung yang telah melalui pengalaman pahit melancung di Beijing. Pengalaman kena tipu di Beijing banyak dikongsikan di Facebook dan blog-blog yang boleh diperolehi di Google Search. Aku dah dapat warning daripada beberapa kawan yang pernah ke Beijing antaranya Arwah Jejai. Aku memang sangat berhati-hati apabila pergi setiap kedai, kilang dan pusat kesihatan sehingga kena marah dengan salah seorang penjual. Pemandu pelancong pun ada bagi warning tetapi dah tugas dia kena bawa kami ke lokasi yang telah ditetapkan

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111105.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111132.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111148.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111208.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111344.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111355.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111409.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Shopping di Beijing pengalaman paling teruk. Dari awal pemandu pelancong dah warning kalau nak beli barang mesti tawar sampai penjual marah. Gila betul harga yang diletak memang tinggi dan kita kena pandai tawar sehingga lebih 80% untuk dapat harga yang sesuai kalau tidak memang kena potong leher. Setiap kedai terpaksa habiskan masa lebih 30 minit hanya untuk tawar menawar membeli satu barang. Memang serik dan taubat nak shopping barang di Bejing kalau original tak pe ini majoriti barang tiruan.

Dalam aku berjaga-jaga tapi akhirnya aku terkena tipu  juga di outlet terakhir kedai batu permata di kawasan Stadium Sarang Burung. Punyalah mamat tu pandai berlakon kononnya isteri dia orang Cheras dan baru dapat anak lelaki pertama. Sebagai tanda syukur beliau bagi setiap orang batu jed dan diskaun special untuk semua produk. Masa tu aku pun dah terlupa yang semua itu drama sahaja seperti semua group lain dah kena. Abis jugalah beberapa ribu beli cincin dan batu jed untuk isteri. Penipuan di kedai batu jed inilah yang paling terancang.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111442.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111456.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111543.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111618.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Kami juga dibawa ke kilang teh. Paling best ada seorang juru jual yang belajar bahasa Indonesia supaya mudah berkomunikasi dengan pelancong Malaysia dan Indonesia. Macam-macam teh ada dari teh slimming sehinggalah teh berbagaai perisa. Paling tragis sekali kami dibawa ke kilang pisau. Macam dah tak ada tempat lain kilang pisau pun nak tipu kami. Ada group lain yang tak puas hati bergaduh dengan pemandu pelancong, mereka tak nak masuk apabila terasa ditipu oleh agen pelancong.

Memang pelik pakej pelancongan Beijing selama 7 hari 6 malan hanya berharga RM2400 rupanya ada udang di sebalik mee. Strategi ini telah diolah oleh Pusat Pelancongan China untuk menarik seramai mungkin pelancong melawat Beijing dengan harga murah. Untuk menanggung kos pengurusan, pelancong akan dibawa ke kedai, kilang dan pusat kesihatan dan dipaksa untuk membeli barang dengan harga yang mahal dan travel agen di Beijing akan mendapat komisen daripada setiap pembelian tersebut.

Yang tak puashati bukanlah sebab harga barang yang mahal kerana itu kita ada pilihan tetapi aturcara lawatan yang lebih fokus melawat kedai, kilang dan pusat kesihatan berbanding lokasi pelancongan yang banyak di Kota Beijing.

Memang tak teringin lagi aku nak bawa keluarga ke Beijing menggunakan travel agen Beijing. Bagaimana pengalaman Rakan Blogger yang pernah ke Beijing?


Spread the love

121 Comments

  1. Kami menawarkan perkhidmatan percutian,penginapan di Gold Coast Australia mengikut budget pelancongan anda. Kami bukan travel agen, tetapi kami menawarkan khidmat percutian dan penginapan persendirian. Ramai pelancung dari asia datang ke Gold Coast tetapi hanya berada di gold coast untuk beberapa malam dan pulang, sedangkan masih banyak tempat yang boleh dilawati dalam masa 3 – 4 hari, seperti melawat bandar brisbane dan menaiki water taxi di pengairan sungai di Brisbane City, melawat dan mandi di pantai sunshine coast yg putih dan airnya yang tidak masin, melawat kilang cheese di moolalaba (100 km dr Gold Coast) serta merasai nikmat BBQ di pantai Moolalaba atau di pantai burleigh head ( 20km dari gold coast) ditiub angin sejuk ( Winter Seaon Only) yg tidak boleh anda lupakan australia dan melawat Australia Zoo. Dengan harga yang berpatutan, harga kami termasuk mengambil dan menghantar ke Airport, mengambil dan menghantar ke hotel atau motel dan membawa pelancung ke destinasi yang dikehendaki. Hubungi kami – Aaron di focustrans@yahoo.com

  2. Kami juga pernah terkena di kedai batu jed tersebut. Katanya dia asal dari Malaysia tapi menetap di Beijing atas sebab business. Bagi diskaun murah (kononnya) tapi masih mahal dan dia pandai manipulasi orang.
    Curahan rasa Nisa’ @ ..It just messes with my mindMy Profile

  3. Best juga baca pengalaman sebegini,sebagai pedoman di masa akan datang. Untuk pengetahuan Tuan di Bangkok pun terjadi sebegini. Kesimpulannya penipuan ada di mana saja. Kita perlu berhati-hati jika menggunakan agen pelancongan.

  4. Saya rasa kurang sesuai kata tuduhan penuh penipuan…. saya juga pernah melancung ke Beijing….. sama dengan tempat2 yg anda lawati…dan tiada sebarang masaalah dihadapi atau mungkin kami dapat pemandu pelancung yang baik jujur dan ikhlas atau pon semua kami satu bas terdiri dari kalangan yang bakhil atau kedekut atau berkira.. jika mahal tak beli……. Bagi saya yang paling menarik dan puashati di beijing itu cuma bermain Ski dan memanjat tembok besar China….makan keledek bakar kat tepi jalan murah serta sedap dan makan telor goreng 1/2 masak .+ sayor di sumbat dalam macam roti nan di gerai2 muslim tepi jalan .
    Lain2 acara seperti lawatan ke kilang2 pembuatan, ubat2an itu adalah strategi pemasaran saya rasa hampir semua negara termasuk Malaysia melaksanakan cara yang sama.. Soal harga …..tepuk dada tanya selera….. perlukah anda membeli… jika anda mahu jadi ejen pengimpot…. ..boleh slow talk dgan pihak pengurusan… mereka sangat bekerjasama tentang harga mengikut jumlah kuantiti yang di pesan…. tapi kalau membeli sebijik dua atas dasar melancung …. harganya memang tak masuk akal
    … ok bab shoping di medan beli belah biasa…… memang biasa lah…. harga buka mulut amat memeranjatkan kena pulak si penjual faseh berbahasa Malaysia…. ladi dia layan dan goreng kita masak masak……. Seelok nya sebelum berangkat melancung kita kena bersedia merancang apa benda yang mesti nak di beli disana…… dapat kan harga di sini untuk dijadikan panduan…. BIla mereka buka harga mahal kita terus bagi harga yg kita tahu munasabah untuk di beli… dan akan bermulalah tawar menawar… saya pasti akhirnya kita berjaya dapat tapi makan masa lah memang ramai pon orang yg tak sanggup buat begitu…
    Saya rasa keciali eropah , Amerika sahaja ada tanda harga tetap dan jepun juga ada tanda harga…. tapi masih boleh minta diskaun. dan kalau nasib baik di kedai2 biasa bila kita mintak kurang harga….mrreka beri percuma sahaja.. dan dia akan kata you first out people come in myshop no pay no pay give only…. I .. i luck good teng kiu dia pulak t q .siap bukak dictionary lagi….ha ha ha lawak ….geli ati pon ada

  5. Memang tengah berkira-kira nak pergi ke Beijing awal tahun depan. Untuk group 17 orang, kami ditawarkan kurang dari RM500 untuk 5 hari 4 malam. Bila baca pengalaman DH ni, seram pula rasanya nak ikut pakej.
    Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..De Palma AmpangMy Profile

    1. saya pun berhajat nk ke Beijing.awal thn dpn…tp takder group nk joint.. katanyer kalo lebih 10 org pakej nyer murah…kalo pegi seorang mang tak berani lar..lagi-lagi bila dah dgr cerita negatif camni.

  6. salam
    saya mengalami nasib yg serupa dgn penulis..pakej yang murah penuh muslihat ketika di HK,Shenzen dan Guangzhou..sakit hati,marah,sedih sbb berlaku ke atas trip kami..macam2 alasan yang diberi untuk memperdayakan kami..sebagai pelancong walaupun kami bertegas atas apa yg kami bayar namun tiada balasan yg setimpal. saya serik untuk mengambil mana2 pakej untuk ke C

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!