Percutian Beijing penuh dengan penipuan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan kisah Kembara Muslim Beijing ketika aku dan sahabat-sahabat membawa keluarga menyelusuri Kota Budaya Beijing yang penuh dengan sejarah silam berabad tahun lamanya. Paling menarik dalam Kembara Beijing ini apabila dengan izin Allah kami telah mendapat seorang Pemandu Pelancong yang fasih berbahasa Indonesia dan memahami kehendak Kembara untuk kumpulan Muslim.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-110915.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-111008.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120601-113423.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105304.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105400.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105448.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Selama enam hari kami di Beijing, Pemandu Pelancung telah membawa kami di enam buat masjid yang berlainan dan berbagai lokasi restoran halal yang terdapat di Beijing. Daripada maklumbalas kawan-kawan yang pernah melawat Beijing tidak semua kumpulan mendapat peluang bersolat di berbagai masjid seperti yang telah kami lalui. Merasa juga kami solat Jumaat di salah sebuah masjid yang kami singgah di Kota Beijing. Daripada maklumat yang diperolehi Rakyat Muslim Beijing mendapat banyak kelebihan berbanding rakyat lain seperti boleh mempunyai dua orang anak dan mendapat kediaman apartment dua bilik.

Tempat yang paling menarik dan menakjubkan adalah Tembok Besar China yang dibina beribu tahun dahulu merentasi gunung ganang membelah negara China melebih 6,000 kilometer. Hebatnya tamadun di abad tersebut yang tidak boleh difikir oleh akal bagaimana cara pembinaannya. Pernah terbaca sebuah buku Tembok Besar China di bina oleh seorang Maharaja yang asalnya dari Mesir melarikan diri sehingga ke China. Mengikut satu analisa struktur bahan binaan Tembok Besar China hampir sama dengan struktur bahan binaan Piramid. Setelah memanjat Tembok Besar China barulah dapat merasai kehebatan binaan yang telah dipilih antara tujuh keajaiban dunia.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105526.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105553.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-105642.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110014.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110454.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110523.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110600.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110619.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Hari pertama dan kedua kembara di Beijing memang menyeronokan dapat melawat beberapa lokasi pelancongan yang terkenal di dunia iaitu Medan Tiananmen, Forbidden City dan singgah di beberapa masjid seperti Masjid Niu Jie serta restoran halal. Makanan di Beijing tak lah berapa sesuai dengan selera kita orang Melayu tetapi bila berjalan ke negara orang kenalah rasa masakan mereka baru ada rasa kelainannya.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Ketahui rahsia mengaut keuntungan sehingga 1000% dengan memborong di China Klik Sini

40 soalan yang anda patut tanya kepada peguam sebelum membeli rumah. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Hari ketiga dan seterusnya memang penuh dengan manupulasi. Kami dibawa dari satu kilang ke kilang yang lain, dari satu kedai ke kedai yang lain dan dari satu pusat kesihatan ke pusat kesihatan yang lain. Ibarat menyediakan jala besar mereka menggunakan berbagai strategi untuk memujuk kami membeli produk-produk mereka dengan harga yang tak masuk akal.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110650.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110733.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110828.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-110926.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111026.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111047.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Mereka telah membuat persiapan yang sangat rapi untuk memperdaya pelancung supaya berbelanja besar membeli produk mereka. Cara mereka mempengaruhi pelancung memang ada logik sehingga ada sahabat kami terperdaya. Mereka sanggup datang ke bilik hotel untuk menuntut bayaran yang tidak cukup. Bayangkan kalau anda tak membawa cukup duit pasti terpaksa meminjam daripada kawan-kawan. Apa agaknya akan berlaku kalau kawan-kawan pun tak de duit nak tolong!

Ramai pelancung yang telah melalui pengalaman pahit melancung di Beijing. Pengalaman kena tipu di Beijing banyak dikongsikan di Facebook dan blog-blog yang boleh diperolehi di Google Search. Aku dah dapat warning daripada beberapa kawan yang pernah ke Beijing antaranya Arwah Jejai. Aku memang sangat berhati-hati apabila pergi setiap kedai, kilang dan pusat kesihatan sehingga kena marah dengan salah seorang penjual. Pemandu pelancong pun ada bagi warning tetapi dah tugas dia kena bawa kami ke lokasi yang telah ditetapkan

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111105.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111132.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111148.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111208.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111344.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111355.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111409.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Shopping di Beijing pengalaman paling teruk. Dari awal pemandu pelancong dah warning kalau nak beli barang mesti tawar sampai penjual marah. Gila betul harga yang diletak memang tinggi dan kita kena pandai tawar sehingga lebih 80% untuk dapat harga yang sesuai kalau tidak memang kena potong leher. Setiap kedai terpaksa habiskan masa lebih 30 minit hanya untuk tawar menawar membeli satu barang. Memang serik dan taubat nak shopping barang di Bejing kalau original tak pe ini majoriti barang tiruan.

Dalam aku berjaga-jaga tapi akhirnya aku terkena tipu  juga di outlet terakhir kedai batu permata di kawasan Stadium Sarang Burung. Punyalah mamat tu pandai berlakon kononnya isteri dia orang Cheras dan baru dapat anak lelaki pertama. Sebagai tanda syukur beliau bagi setiap orang batu jed dan diskaun special untuk semua produk. Masa tu aku pun dah terlupa yang semua itu drama sahaja seperti semua group lain dah kena. Abis jugalah beberapa ribu beli cincin dan batu jed untuk isteri. Penipuan di kedai batu jed inilah yang paling terancang.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111442.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111456.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111543.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”740″ height=”400″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2012/06/20120613-111618.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Kami juga dibawa ke kilang teh. Paling best ada seorang juru jual yang belajar bahasa Indonesia supaya mudah berkomunikasi dengan pelancong Malaysia dan Indonesia. Macam-macam teh ada dari teh slimming sehinggalah teh berbagaai perisa. Paling tragis sekali kami dibawa ke kilang pisau. Macam dah tak ada tempat lain kilang pisau pun nak tipu kami. Ada group lain yang tak puas hati bergaduh dengan pemandu pelancong, mereka tak nak masuk apabila terasa ditipu oleh agen pelancong.

Memang pelik pakej pelancongan Beijing selama 7 hari 6 malan hanya berharga RM2400 rupanya ada udang di sebalik mee. Strategi ini telah diolah oleh Pusat Pelancongan China untuk menarik seramai mungkin pelancong melawat Beijing dengan harga murah. Untuk menanggung kos pengurusan, pelancong akan dibawa ke kedai, kilang dan pusat kesihatan dan dipaksa untuk membeli barang dengan harga yang mahal dan travel agen di Beijing akan mendapat komisen daripada setiap pembelian tersebut.

Yang tak puashati bukanlah sebab harga barang yang mahal kerana itu kita ada pilihan tetapi aturcara lawatan yang lebih fokus melawat kedai, kilang dan pusat kesihatan berbanding lokasi pelancongan yang banyak di Kota Beijing.

Memang tak teringin lagi aku nak bawa keluarga ke Beijing menggunakan travel agen Beijing. Bagaimana pengalaman Rakan Blogger yang pernah ke Beijing?


Spread the love

121 Comments

  1. Kalau melancong menggunakan travel agent kebanyakan dimana2 seperti ini tapi ini sudah diatas kewajaran dimana para turis mau tak mau, sudi tak sudi harus membeli barang yang kualitasnya kurang bagus dengan harga yang lumayan tinggi. sangat menyiksa bila terus diarahkan ke tempat seperti itu dan bukan ke tempat2 bersejarah dan sejenisnya….
    Ini pelajaran yang berharga, terima kasih sudah mensharingnya ke kami semua Tuan. Semoga Allah SWT selalu melimpahkan banyak rejeki dan kemudahan untuk anda 🙂

  2. Salam..saya merupakan salah seorang crew penerbangan tambang murah terkemuka dan bertugas di lcct.saya sangat bersetuju dengan penulis mengenai isu2 yg trdapat dalam crita brdsrkan pngalaman di ats.utk pngetahuan pihak penulis,negara china merupakan negara yang paling biadap sekali di dunia(bagi saya).ini kerana,pelbagai karenah mereka yang sememangnya amat menyakitkan hati terpaksa kami tempuhi.bayangkan,setiba nya mereka di destinasi sperti malaysia..kami yg brtugas ketika itu terpaksa menyimpan dendam dengan mereka kerana mereka seolah2 tiada sifat sopan dan budi bahasa.malah mereka sanggup menipu dan membuat undang2 penerbangan malaysia seperti undang2 mak bapak mereka yang punya.malah,banyak masalah2 yg berlaku semasa atau sebelum penerbangan adalah disebabkan oleh mereka yang datang dari china.mereka sanggup mencuri,melengah2kan masa dan berlagak seolah2 mereka perfect dari segala aspek.bila saja ada penerbangan dri china cth d7 taipei,d7 hangzhou,ak ghuang zhou dan ak macaw kami yg bertugas akan cepat2 mengelak dri brhadapan dgn mereka malah jujur saya katakan,kami bertugas dengan terpaksa malah saya sendiri pun pernah hampir2 bergaduh disebabkan sikap mereka yang biadap itu.bukan sekali,malah berkali2..manakan tidak,setiap arahan yang diberi seolah2 masuk telinga kiri kluar telinga kanan.jadi,hati2 lah dengan mereka2 yang dari china ini kerana mereka adalah merupakan insan yang paling licik dengan penipuan dan pencetus segala masalah..sekian

  3. kalau saya nak melancong x kn guna travel agent.. sy akan cari kawan dari negara atau bandar yang dituju.. seloknya wanita.. walaupun saya ni lelaki.. tapi kena ambil masa yang lama supaya jadi kawan baik dulu la.. saya guna facebook, tegged atau interpals je..

  4. kesian gak sampai ada yang tertipu pegi Beijing.normal lah kalau tak hati hati. Saya pegi Beijing pegi free and easy and explore sorang sorang je 7 malam kat sana and Alhamdulillah tak de la sampai tertipu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!