Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kali ini sifu WP BLogger Eizil ingin berkongsi tajuk yang jarang-jarang mendapat perhatian oleh kebanyakan Blogger. Tajuk yang nampak remeh tetapi membawa kesan yang besar kepada Blogger yang kisah dengan SEO. Bagus juga kalau Rakan Blogger boleh menulis entri khas di blog anda untuk mengembangkan lagi tajuk yang diketengahkan dalam entri ini.
Dalam artikel kali ini sekadar ingin berkongsi peranan tarikh dalam blog kita. Perkara ini mungkin tidak diambil berat oleh ramai blogger, tetapi ia sebenarnya memberi sedikit sebanyak impak kepada blog kita. Bagaimana tarikh boleh memberi impak kepada isi kandungan yang kita tulis?
Dalam pembacaan dan kajian yang dibuat baru-baru ini, enjin carian menggunakan tarikh ini sebagai salah satu cara untuk mereka menilai sesuatu isi kandungan itu. Terdapat algoritma yang digunakan yang akan memberikan merit kepada tarikh sesuatu artikel itu diterbitkan. Disebabkan perkara ini, sekiranya kita menggunakan format tarikh yang akan mengelirukan seperti 01/02/2013 ini boleh dibaca sebagai 1 februari 2013 ataupun 2 januari 2013, bergantung kepada kebiasaan sesuatu kawasan.
Ini sedikit sebanyak mengelirukan enjin carian dalam menilai tarikh sesuatu artikel. Selain itu, pembaca yang cuba membuat rujukan juga kadangkala tidak pasti tarikh sebenar artikel itu diterbitkan dan ini akan menyebabkan maklumat yang cuba mereka gunakan akan menjadi kurang tepat.
Cara terbaik adalah dengan menggunakan format tarikh yang penuh. Contohnya seperti 1 January 2013, ini tidak akan mendatangkan kekeliruan kepada pembaca mahupun enjin carian. Kepada penggunakan WordPress, anda hanya perlu pergi ke bahagian Settings » General, kemudian pada bahagian date format, sila isikan format berikut j F Y
.
Selain itu, jangan lupa untuk menukar timezone WordPress kita kepada kuala lumpur, kerana acapkali ketika penulis memberi perkhidmatan kemaskini WordPress di blog mereka, perkara ini diabaikan dan walaupun ianya tidak menjejaskan perjalanan blog anda, tetapi ianya akan mengganggu segala perancangan yang mungkin telah anda sediakan. Semoga tips ringkas kali ini akan mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Banyak informasi blog dan keselamatan blog boleh di perolehi dari Blogger Eizil di :
Blog : Eizil.com
FB : Hadihaizil
Twitter : Eizil
Rugi sangat kalau tak follow kata orang bijak pandai kalau kita nak jadi bijak kenalah berkawan dengan pakar dalam bidangnya.
75 Comments
byk info menarik thanks..ilmu pn byk
Curahan rasa mohd777 @ ..Kesan Morning Sickness Pada Ibu Hamil
info yang bagus.selama ni tak pernah ambik tahu pasal tarikh.asalkan ada je..hehe
Curahan rasa alia @ ..How to stretch your retirement saving
Bagaimana cara menyematkan tarikh di homepage blog?
nampak gaya aku kena tukar sekarang heh
Curahan rasa onlajer @ ..15454
Ternyata tarikh dalam blog punya peranan penting juga ya
makasih infonya semoga bermanfaat
Curahan rasa Seragam linmas, kaos murah, seragam TNI POLRI @ ..Contoh Aksesoris TNI
Baru tau bab ni… hehehe
Curahan rasa Putera Dunia @ ..Bagaimana menguji kesetiaan kekasih
Comments are closed.