Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kali ini sifu WP BLogger Eizil ingin berkongsi tajuk yang jarang-jarang mendapat perhatian oleh kebanyakan Blogger. Tajuk yang nampak remeh tetapi membawa kesan yang besar kepada Blogger yang kisah dengan SEO. Bagus juga kalau Rakan Blogger boleh menulis entri khas di blog anda untuk mengembangkan lagi tajuk yang diketengahkan dalam entri ini.
Dalam artikel kali ini sekadar ingin berkongsi peranan tarikh dalam blog kita. Perkara ini mungkin tidak diambil berat oleh ramai blogger, tetapi ia sebenarnya memberi sedikit sebanyak impak kepada blog kita. Bagaimana tarikh boleh memberi impak kepada isi kandungan yang kita tulis?
Dalam pembacaan dan kajian yang dibuat baru-baru ini, enjin carian menggunakan tarikh ini sebagai salah satu cara untuk mereka menilai sesuatu isi kandungan itu. Terdapat algoritma yang digunakan yang akan memberikan merit kepada tarikh sesuatu artikel itu diterbitkan. Disebabkan perkara ini, sekiranya kita menggunakan format tarikh yang akan mengelirukan seperti 01/02/2013 ini boleh dibaca sebagai 1 februari 2013 ataupun 2 januari 2013, bergantung kepada kebiasaan sesuatu kawasan.
Ini sedikit sebanyak mengelirukan enjin carian dalam menilai tarikh sesuatu artikel. Selain itu, pembaca yang cuba membuat rujukan juga kadangkala tidak pasti tarikh sebenar artikel itu diterbitkan dan ini akan menyebabkan maklumat yang cuba mereka gunakan akan menjadi kurang tepat.
Cara terbaik adalah dengan menggunakan format tarikh yang penuh. Contohnya seperti 1 January 2013, ini tidak akan mendatangkan kekeliruan kepada pembaca mahupun enjin carian. Kepada penggunakan WordPress, anda hanya perlu pergi ke bahagian Settings » General, kemudian pada bahagian date format, sila isikan format berikut j F Y
.
Selain itu, jangan lupa untuk menukar timezone WordPress kita kepada kuala lumpur, kerana acapkali ketika penulis memberi perkhidmatan kemaskini WordPress di blog mereka, perkara ini diabaikan dan walaupun ianya tidak menjejaskan perjalanan blog anda, tetapi ianya akan mengganggu segala perancangan yang mungkin telah anda sediakan. Semoga tips ringkas kali ini akan mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Banyak informasi blog dan keselamatan blog boleh di perolehi dari Blogger Eizil di :
Blog : Eizil.com
FB : Hadihaizil
Twitter : Eizil
Rugi sangat kalau tak follow kata orang bijak pandai kalau kita nak jadi bijak kenalah berkawan dengan pakar dalam bidangnya.
75 Comments
macam mana ye? ke kena ajukan dalam segmen “Anda tanya Eizil jawab?” hehe
Curahan rasa topo @ ..Poster Filem Lemb Oo! Lembu Rimba Kembali
kalau ke blog lain selalu gak tengok carik2x tarikh diorg post bile..slalu ye diorg jarang letak….
Curahan rasa ayut @ ..Cara nak Tukar Email Nuffnang
betul tu. selain effect SEO, rasanya tarikh itu berguna untuk menentukan blog itu aktif atau pun tidak mengikut tarikh akhir entri di tulis. sharing yang baik! thanks!
Curahan rasa khairul asrol @ ..Tips Cara Belajar Mudah, Cepat Paham dan Berkesan
He..23x macam mana boleh terlepas pandang benda yang penting nie..
Tapi alhamdulillah.. sejak dari dulu lagi.. blog broframestone.com telah ditetapkan tarikh sedemikian.
Bagaimana pun isu set masa ke waktu Kuala Lumpur adalah paling penting. Ianya mempengaruhi rss feed sekiranya ramai yang melanggan adalah dari Malaysia…
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Blogger Berkelah Di Taman Tasik Titiwangsa
Terima kasih atas peringatan
Terima kasih di atas perkongsian info yang sangat bermanfaat untuk blogger picisan seperti saya…
Curahan rasa Anuar @ ..Teknik Pemasaran 4 : Bukti dan Kepercayaan
satu entry tbaik. format n setting blog 🙂
Curahan rasa Kazen @ ..Surat Maaf Terbuka
tq atas perkongsian bro eizil.. skrg jugak pi ubah format tarikh.. heh
Curahan rasa fariq @ ..Pray For Lahad Datu, Semporna & Sabah
oo ok saya baru setting semula , thanks ezil
Curahan rasa puanbee @ ..Resepi Sup Makaroni cara kita.
kalau dalam format month day years, eg : March 1 2013, adakah ini akan mengelirukan google atau tidak yer
Curahan rasa jal @ ..cara mendapatkan diskaun 20% PTPTN
Oh memang tak pernah tahu pun,rasa nya ada set Kuala Lumpur nyer time.
Curahan rasa azman @ ..Kelas Asas Fotografi – Tak Rugi Belajar
terima kasih atas perkongsian
Curahan rasa staibaqhang @ ..Gambar MRI sayur – sayuran
steady…. satu tips yang bagus juga.. yang mungkin ada antra kita alpa
Curahan rasa KiD @ ..Blogger FoodPorn
Termasuk saya Bro…. akan ubah suai setelah membaca entri ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Miriam Mekeba : Legenda ‘Mama Afrika’ Di Logo Google Hari Ini
haaaa tq 4 de knowledge sharing…nak cekidout setup blog ashadin.com skrg juga ..hehe
Curahan rasa sha @ ..HUGGIES DRY PANTS ‘CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE’ ROADSHOW
haaaaaa… blog ashadin kena tambah ads NN jugak tu.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Blogger FoodPorn
aku memang pandang pada tarikh tu sebab bila blogwalking nampak ada berita panas ke aku cari tarikh dulu nak tengok berita tu dah basi ke tak hehe.. Ada cara tak nak tukar tarikh jadi bulan tu ejaan dalam Bm contoh Mac, dan bukannya March?
Curahan rasa topo @ ..Gambar dan Video Ujian Bom Nuklear Dasar Laut Pada Tahun 1946
Memang ada cara untuk tukar bulan tu kepada bulan bahasa melayu.
Curahan rasa Eizil @ ..Pasang surut kehidupan
Comments are closed.