Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
kali ini ingin ajak rakan-rakan semua untuk perbincangan topik kata kunci evergreen, atau kata kunci yang akan relevan sepanjang zaman, selagi tiada perubahan ketara dalam sosio ekonomi atau gaya hidup dikalangan masyarakat. Ada beberapa topik yang biasanya akan sentiasa relevan untuk sepanjang zaman.
Topik-topik ini akan menyebabkan artikel kita sentiasa menjadi rujukan apabila tiba masanya dan akhirnya memberikan kita trafik yang berpanjangan. Ada banyak contoh artikel yang telah diterbitkan di blog ini, yang akan mendapat perhatian apabila tiba musimnya.
Kita bukan ingin memastikan satu artikel itu sentiasa aktif, tetapi mempunyai 100 artikel atau 1000 artikel yang akan menyebabkan setiap musim sepanjang tahun itu mempunyai artikel yang berpadanan. Andai ini terjadi, kerja kita untuk membuat pemasaran akan lebih mudah.
Topik yang relevan tidak mengikut musim
Topik-topik seperti resepi, tips kehidupan, tips rumah tangga, tips anak-anak adalah antara topik yang sentiasa relevan tanpa mengikut musim, cuma kalau sebut pasal resepi, bila tiba musim tertentu, bilangan pelawat bertambah berganda-ganda berbanding waktu biasa.
Kisah kehidupan antara perkara yang boleh kita tulis setiap masa, bagaimana menguruskan anak-anak, bagaimana untuk melipat baju dengan mudah ataupun semudah, kenapa perlu guna dobi layan diri untuk menjimatkan masa dan tenaga. Semua ini antara cerita yang tidak ramai suka tulis, kerana tidak glamor.
Namun impaknya memang cukup lazat dan boleh buat semua pengusaha laman tersenyum lebar.
Topik yang relevan mengikut musim
Ada juga topik yang relevan mengikut musim, contohnya pada musim cuti sekolah, tips-tips percutian biasanya akan mendapat tempat di hati pembaca. Selain itu aktiviti anak-anak untuk cuti sekolah, mungkin ada resepi untuk buat slime dan seumpamanya.
Begitu juga apabila tiba musim perayaan seperti bulan Ramadan dan Raya Aidilfitri. Menu-menu berbuka puasa, atau mungkin info mengenai niat puasa, cara solat terawih akan mendapat tempat kerana akan ada yang mencari untuk membuat semakan semula atau rujukan agar ibadat mereka lebih sempurna.
Perayaan seperti Hari Merdeka juga memberikan impak yang berbeza, ucapan atau sajak biasanya akan menjadi perhatian ramai. Ini biasanya disebabkan guru atau anak murid membuat aktiviti berkaitan Hari Merdeka. Ianya akan menjadi artikel yang dikitar semula dengan sendirinya, tanpa perlu kita melakukan perubahan apa-apa.
Kata kunci evergreen yang menguntungkan
Selain topik-topik yang telah dikongsikan, ada banyak lagi topik lain yang akan menyebabkan kata kunci evergreen ini dapat kita gunakan dan menjadikan artikel atau terbitan. Kita hanya perlu buat terlebih dahulu, dan disebabkan faktor masa, kita akan dapat menilai dan mengagak topik-topik yang sentiasa relevan.
Jika kita sibuk kejar menulis perkara yang tular, tetapi bersifat sementara waktu, kita akan mudah penat. Walaupun impak jangka masa pendek nampak lazat dan bagus, namun untuk jangka masa panjang, kita perlu ulang dan ulang hingga menjadikan kita lelah dan keletihan.
Bayangkan kita ingin memasarkan produk keluaran kita dalam satu-satu topik, contohnya topik kecantikan. Apabila kita menerbitkan banyak artikel-artikel yang akan relevan untuk jangka masa yang panjang, pemasaran kita tidak akan berhenti walaupun kita tidak menjalankan pengiklanan berbayar.
Seperti masa perkongsian bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda, ini adalah cabang untuk memantapkan lagi proses tersebut. Siapa yang rajin melakukan dan mengusahakan, dia akan mendapat keuntungan jangka masa panjang. Soal percaya atau tidak, itu tidak boleh nak dipaksa.
44 Comments
Ada juga topik yang relevan mengikut musim, contohnya pada musim cuti sekolah, tips-tips percutian biasanya akan mendapat tempat di hati pembaca.
Impak penulisan tentang kehidupan ,tipsmenjaga anak, tips lipat baju memang tak glemer tetapi cukup lazat dan boleh buat semua pengusaha laman tersenyum lebar.
Resepi, tips kehidupan, tips rumah tangga, tips anak-anak adalah antara topik yang sentiasa relevan tanpa mengikut musim.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
kalau betul2 nak buat duit, better buat blog yg ada niche evergreen. baru trafik dan earnings gempak
betul tu. kena selalu fikirkan niche evergreen yang sesuai dengan diri ni. Kalu tak, takde feel nak menulis gak
maknanya kena ada banyak blog ke mcm ni.. niche berbeza beza kan. susah gk mcm tu
Setuju dengan tuan. Topik yang relevan tidak mengikut musim. Perkara berkaitan ‘persoalan atau soal-menyoal’ ramai yang mencarinya di enjin carian. Sebagai contoh kata kunci ‘BAGAIMANA NAK KELUARKAN DUIT DARI ATM’ begitu evergreen dalam dunia yang orang hanya guna handphone atau komputer saja sekarang ini, walau bagaimana pun generasi akan sentiasa berganti dan ini sentiasa relevan sebagai kata kunci penulisan untuk dapat trafik yang berterusan.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
Biasanya isu trending tak bertahan lama, lepas beberapa ketika ia akan lenyap begitu sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
easy come, easy go.. unless hari hari ada isu yang ditulis dalm artikel dan sedang viral.. yang tu memang bestlah
yup. isu isu viral ni memang sekejap je org cari. PAstu akan dilupakan oleh masyarakat
evrgreen dan memberi manfaat ke orang ramai, insyaAllah akn menjadi kata kunci sepanjang masa.
Topik yang evergreen macam pergi melancong dan resepi makanan memang sentiasa akan ada orang minat.
Siapalah jemu nak makan resepi berbeza kan
Selain masakan dan kembara, niche kerjaya, niche buat duit turut popular sepanjang masa.
niche buat duit memang dari dulu sampai bila bila kot orang dok suka baca. Ye la, sap yang tak suka buat duit
resepi tu memang evergreen dan lejn punya kata kunci kan. Sentiasa ada org cari
Bayangkan kita ingin memasarkan produk keluaran kita dalam satu-satu topik, contohnya topik kecantikan. Apabila kita menerbitkan banyak artikel-artikel yang akan relevan untuk jangka masa yang panjang, pemasaran kita tidak akan berhenti walaupun kita tidak menjalankan pengiklanan berbayar.
Syoknya kalau dapat optimumkan kata kunci evergren tanpa mengira musim. Ada je trafik masuk sepanjang tahun..
Curahan rasa JMR @ ..Universal Studios Japan 2018
Bila trafik masuk tak henti henti, boleh jadikan bukti untuk advertiser beriklan dengan blog kita.
betul tu. trafik tu la data analysia yang boleh dijadikan kekuatan servis kita
betul tu. cantik lah portfolio kito utk dipresent kepada bakal client kan. yey!
tak sangka, perayaan seperti Hari Merdeka juga memberikan impak yang berbeza, ucapan atau sajak biasanya akan menjadi perhatian ramai.
Bergantung kepada minat dan kecenderungan menulis masing masing. ada yang menulis nak luahkan hati dan jadi diary saja
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Jerawat Batu Banyak Sebab 7 Makanan ini! Elak Makan & Hilangkan Parut Dengan Cepat!
jadi diary pun, kalu tak diprivatekan, pasti akan ada pembaca. lagi lama, lagi ramai yang suka membaca diary org itu hehe
Terima Kasih atas perkongsian yang menarik dan bermanfaat untuk semua orang.Nice Sharing ye
Curahan rasa Ira @ ..Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusu
Nak nampak hasil yang mendadak dalam masa singkat yang buat ramai orang berputus asa menulis blog. Lama dan perlukan ketekunan.
Curahan rasa nasa azman @ ..Kontraktor Rumah VS Tukang, Bila masa kita perlukan tukang & Bila masa kita perlukan kontraktor?
medium laman sesawang ni memang ‘take time’ untuk nampakkan hasil. bukan hari ni buat, esok lusa terus dapt hasil..no no no..
Malar hijau dan segar sentiasa, dah jadi macam cerita p ramlee pula sebab mesej yang di sampaikan relevan sepanjang zaman.
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..12 Tempat Menarik Di Melaka Waktu Malam? Rugi tidur awal di hotel!
Apabila kita menerbitkan banyak artikel-artikel yang akan relevan untuk jangka masa yang panjang, pemasaran kita tidak akan berhenti walaupun kita tidak menjalankan pengiklanan berbayar.
keyword berterusan seperti ini yang harus dipelajari dari para sifu, sayang saat ini banyak pula sifu yang telah mundur dari dunia blog
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Resep Pizza Goreng Mini , Simple dan Lezat bisa untuk dijual
Beza betul pemahaman orang yang ada ilmu dan orang yang tiada pengalaman. Kerja lebih fokus pada usaha yang mendatangkan hasil berterusan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..LPPSA Pinjaman Perumahan Kerajaan. 5 Tips Mudah Supaya Lulus!
Pada setiap tahun ada kata kunci yang memberi sumber rezeki kepada kami sekeluarga.. Syukur Alhamdulillah..
Curahan rasa Anuar @ ..Tempahan Hadiah Hari Guru 2018 sudah di buka
Di antara kata kunci yang kerap menjadi carian sepanjang masa ialah temuduga kerja kerajaan dan swasta.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Betul… setuju.. kata kunci berkaitan kerja kerajaan dan swasta sentiasa mendapat tempat di hati para graduan..
Curahan rasa Anuar @ ..Tempahan Hadiah Hari Guru 2018 sudah di buka
Owh macam tu ye. Lepas ni kena lebihkan keyword sebegini la kan untuk tarik trafik.
betul. sebab tu mereka yang berjinak2 dgn affiliate ebook temuduga sentiasa masyuk
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Zahir Tak Terucap Tv3
btul tu. Yang buat affiliate ttg temuduga kerja ke, kerja kosong gomen ke pasti masyuk sbb ramai orang cari
Comments are closed.