Penulisan ilmiah di Universiti bukan suatu perkara yang mudah

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sepanjang tempoh aku belajar daripada mulanya tadika dan masuk pula ke sekolah rendah kemudian sekolah menengah dan akhirnya di alam universiti. Setiap perjalanan itu perlu harunginya dengan pembelajaran bukan? Di tadika, kita sudah mula belajar menulis dan membaca sehinggalah kita mahir.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Begitu juga di sekolah rendah. Levelnya sudah meningkat. Kita mungkin juga belajar menulis dan membaca tetapi dengan pembelajaran yang lebih advance sedikit daripada tadika. Di sekolah kita belajar cara menulis karangan dengan mudah. Tidak perlu pun patah perkataan yang berjelar-jelar. Cukup sekadar ayat yang mudah difahami dan dibaca.

Lanjut pula di alam sekolah menengah. ketika ini, sudah meningkat remaja sedikit dan mula boleh berfikir. Ketika di sekolah, cara pembelajarannya juga lain daripada di sekolah rendah dan tadika. Tidak boleh lagi belajar sama seperti kita kecil-kecil dahulu.

Di menengah, kita mula didedahkan dengan penulisan yang lebih teliti dan mencabar sedikit. Dengar sahaja PMR, PT3, SPM dan STPM/STAM, semuanya bermula dengan belajar menulis. Tidak kiralah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Arab. Menuntut ilmu itu perlu. Akhirnya selesai di peringkat menengah dan apa yang kita dapat itulah untuk bawa ke peringkat seterusnya. Itu pun kalau kita berusaha bersungguh-sungguh.

Sebaik sahaja aku melangkahkan kaki di alam universiti. Perkara pertama yang aku perlu tahu bahawa di tahun akhir nanti adanya “projek tahun akhir”. Dan projek tersebut merupakan ‘penulisan ilmiah’. Banyak perkara yang perlu dipelajari sepanjang tempoh 3 tahun untuk betul-betul kental hadapinya.

Bermulalah kehidupan aku sepanjang tempoh berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Daripada tahun 1 sehinggalah tahun 2, banyak benda yang aku belajar. Dari situ, aku mula terfikir. Sebenarnya nak hasilkan buku tulisan ilmiah ni mudah ke senang ya? Maklumlah benda itu tidak sama seperti yang kita tulis penceritaan ketika di tadika, rendah mahupun menengah.

Tetapi boleh diambil sebagai titik permulaan untuk aku menulis latihan ilmiah nanti. Kan banyak yang kita sudah belajar dahulu. Tatabahasa dan ayat-ayat itu yang boleh dipraktikkan dalam penulisan panjang nanti.

Tiba waktunya aku memasuki tahun akhir (tahun 3) di UKM. Sungguh tidak percaya aku boleh pergi sejauh ini. Guru aku selalu berpesan; “Belajarlah kerana Allah taala, inshaAllah setiap perjalanan kita menuntut ilmu pasti Allah taala akan bantu.” Cabarannya tetap ada juga, yang penting dapat atasinya dengan baik.

Perjalanan yang berliku-liku untuk menyiapkan sebuah buku hijau ini. Dari awalnya asyik bertukar tajuk dan akhirnya dapat juga satu tajuk untuk menjadikannya ia sebuah buku. Ilham dan idea tidak akan datang melainkan dengan bantuan SV aku serta rakan-rakan aku yang lain.

Tidak lupa dengan harapnya kepada Allah. Itu sudah pasti sangat penting.

Kadang-kadang itu, berulang alik ke perpustakaan untuk mencari bahan menulis dan juga pencarian di internet berkaitan kajian aku. Seperti buku hijau aku berkonsepkan “kuantitatif”. Ianya perlu mencari data dan buat soal selidik terhadap mereka yang aku perlu berjumpa dan meminta maklumat.

Sehinggalah di penghujung sem, waktu itu aku sedang berpraktikal. Masih belum siap-siap lagi. Aku fikir bagaimanalah aku ini, kalau tak siap nanti tak boleh konvo. Jadinya aku perlu kuatkan semangat untuk siapkan. Hampir beberapa kali juga aku cetak drafnya untuk ditunjukkan kepada SV aku. Dan banyak yang perlu dibetulkan.

Akhirnya, dalam tempoh tamatnya tarikh penghantaran buku hijau, aku sempat hantar juga. Rasa lega di hati dan di wajah tidak dapat diungkapkan melainkan dengan rasa syukur sangat kepada Allah taala. Alhamdulillah.

Di mana-mana sahaja tak kira universiti awam dan swasta mesti ada projek tahun akhir. Seperti aku di UKM, inilah hasilnya setelah bersusah payah menyiapkan hampir 2 sem lebih.

Semangat mesti cekal dan niat kena betul nak tulis latihan ilmiah kalau tak boleh nak lawan itu yang boleh kecundang nanti.

Akhir kata, aku nak ucapkan semoga berjaya kepada kawan-kawan yang sedang berusaha menyiapkan latihan ilmiah dan kepada kawan-kawan yang sambung master, buat yang terbaik untuk tesis kau orang.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ya.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!