Makan santai di D’Kayangan Steamboat BBQ Grill

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.

Pilihan yang tersedia tentunya udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan.

Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Black Pepper, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. 

Kemudian Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut.

Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah.

Chef Shahnizam yang arif tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya.

Pengunjung boleh merasai sendiri kelainan perapan tersebut dengan bahan-bahan asli yang digunakan. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera. 

Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut. 

Info Tambahan – Harga

Harga terbaru yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM29.90nett bagi dewasa dan RM 12.50nett bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. Tiada bayaran tambahan untuk  ‘refill’ sup. Bagi pengunjung yang membelanjakan lebih daripada RM 150, kad diskaun rm 10 akan diberikan kepada mereka.

Info Tambahan – Restoran dan tempahan

Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka.

Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.

Pendek kata, semua ada di sini berbanding dengan restoran stimbot yang lain. 


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!