Assalamualaikum dan salam 1 dunia, bila cerita SEO memang tak dapat dipisahkan dengan cerita kata kunci. Ramai Rakan Blogger berebut-rebut menulis kata kunci panas yang pasti akan meningkatkan trafik blog yang mesra SEO. Kali ini kita melihat kata kunci daripada sudut yang berbeza mengikut idea tulisan Eizil tuan punya Eizil.com.
Trafik sudah menjadi salah satu perkara yang memang tidak pernah lari daripada aktiviti blogging, walaupun mungkin ada yang akan menafikan tidak kisah mengenai trafik blog mereka, tetapi apabila ada lambakan trafik dalam satu-satu masa, pasti boleh membuatkan diri sendiri tersenyum. Pasti ramai yang sudah jelas mengenai trafik, bagaimana untuk mendapatkan trafik, cara beretika mahupun tidak, secara percuma mahupun berbayar.
Kali ini sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger yang mungkin masih belum mencuba cara ini, kepada yang sudah mengamalkan, anggaplah ini sebagai ulangkaji dan peringatan sekiranya anda sudah lama tidak menggunakannya. Seperti sedia maklum, kata kunci atau keyword biasanya menjadi mainan rakan-rakan blogger sekalian, mana yang rajin, akan mengejar kata kunci yang hangat di pasaran demi trafik yang bagus di blog masing-masing, namun kata kunci hangat ini biasanya hanya bertahan untuk sesuatu tempoh (bergantung kepada jenis kata kunci), dan apabila sesuatu perkara yang berkait rapat dengan kata kunci tersebut telah berakhir, trafik pun akan merudum dengan jayanya.
Kelebihan mengejar kata kunci hangat ini, ianya memberikan hasil yang hampir serta merta jika dilakukan dengan betul, namun begitu, sekiranya anda tidak pandai mengolah strategi yang baik, mengejar kata kunci hangat ini hanya akan membuatkan anda seperti berlari mengejar kereta Ferrari yang sedang meluncur laju, pastinya anda akan ketinggalan. Selain itu, kebiasaannya kata kunci hangat ini ada mempunyai banyak saingan daripada rakan-rakan blogger yang lain. Oleh yang demikian, kita perlu merancang strategi mengejar kata kunci dengan lebih baik untuk mengelakkan kita daripada membuat sesuatu yang tidak memberi pulangan hasil sebaik yang kita inginkan.
Satu lagi strategi trafik berdasarkan kata kunci yang seringkali diamalkan oleh penulis adalah kata kunci yang tidak hangat. Kata kunci ini kadangkala bermusim dan kadangkala ianya sentiasa dicari setiap masa. Walaupun cariannya tidak sehangat kata kunci sebelum ini, namun disebabkan sentiasa mendapat carian, kata kunci seperti ini menjadi pilihan untuk trafik yang berterusan. Kelebihan lain, kebiasaannya, kata kunci seperti ini tidak mempunyai saingan yang hebat, anda boleh duduk di halaman pertama enjin carian dengan lebih mudah dan pastinya ianya akan memberikan trafik yang berlipat kali ganda berbanding apabila anda cuba bersaing dengan kata kunci yang hangat sebentar tadi.
Kajian kata kunci ini perlu dilakukan dalam tempoh yang agak panjang sekiranya anda baru pertama kali melakukannya, tetapi ada cara mudah yang anda boleh lakukan, contohnya dengan melihat statistik kata kunci yang menyebabkan pelawat hadir ke blog anda. Jika tiada info menarik sebelum ini yang pastinya akan membuatkan pelawat tersebut lari, anda boleh ambil peluang ini untuk menulis artikel berkaitan untuk memastikan pelawat tidak terus lari sejurus selepas melawat blog anda.
Semoga selepas ini anda tidak hanya memberi tumpuan kepada kata kunci hangat, tetapi mengambil peluang juga untuk mendapatkan trafik daripada kata kunci yang tidak mempunyai banyak saingan. Selepas itu pasti anda tidak mengeluh lagi mengenai trafik blog anda. Selamat mencuba
164 Comments
mantap sob informasinya sangat bermanfaat, add juga blog saya ya sob, masih sepi lum ad teman terima kasih sebelumnya
Curahan rasa Belajar Lewat Google @ ..Current Gaza fighting reflects new battleground
yg pntg utk belajar kata kunci ni kn byk buat eksperimen/ try n errror..br tau…
Curahan rasa cik tom @ ..Rahsia Teknik Psikologi Trafik download PERCUMA!!
kn pandai manipulasi keyword…
Curahan rasa cik tom @ ..3 Blog Pilihan Terbaik
Terima kasih infonya..saya baru belajar tentang kata kunci dan buat web http://www.dietalamisehat.com ini dan mengkoreksi kata kunci nya 🙂
Curahan rasa Diet Alami Sehat @ ..Selamat Datang di http://www.DietAlamiSehat.com
betul tu. mengejar kunci hangat kadangkala mengagalkan kita kalau blog kita tak cukup kuat
Curahan rasa zool @ ..Alasan tak update Maharaja Lawak Mega 2012
Kalau guna keyword tak hangat pun kena pandai juga manipulasikan
Curahan rasa zool @ ..Video : Tayar lori pecah di lebuhraya
Info yang menarik @Denaihati. Keyword research, keyword research… 🙂 Belajar mengenalpasti keyword yang berpotensi & berkaitan mengenai artikel yang ingin ditulis.
Curahan rasa AminJohar.com @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Betul tu. Aku ada beberapa entri yang sentiasa hangat dalam pasaran walaupun entri tu dah ditulis lebih dari 2 tahun. Sentiasa je ada pengunjung.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Amin bersama Upin & Ipin
Bukan senang sebenarnya, hanya keyword yang betul-betul mantap sahaja akan berada di tempat pertama. Di tambah pulak bersaing dengan laman-laman berita yang terkemuka contohnya.
Curahan rasa Omar @ ..Tiga Tahun dan Hijrah
Info yang menarik. Kata kunci yang hangat memang sukar untuk dicari.
Curahan rasa shasha yacob @ ..Pray For GAZA
Masih hijau lagi aku tentang bab seo ini
Curahan rasa onlajer @ ..Awal Tahun Di Madinah Al Munawaroh
baru faham sekarang… kenapa ada keyword yang menyebabkan ramai pengunjung hadir ke blog saya… ia bukan entry hangat semasa yang saya post. tetapi entry2 lama yang ada pencari… maklumat yang sering orang cari… seperti kata-kata hikmah, tahun baru, ramadhan dan lain-lain…
Curahan rasa SALJUHUMAIRAH @ ..Segmen Senarai Blog Awal Tahun 1434H | T-Shirt dan Buku PERCUMA
wow! nice tips bro… moga jadi petunjuk untuk yg newbie macam saya ni.. 🙂
Curahan rasa Potia Casadelarossa @ ..ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 19 LIVE STREAMING
terima kasih berkongsi tips ini yang masih belajar lagi ini… 🙂
Curahan rasa Norizwan @ ..Undian tertinggi maharaja lawak mega 2012 episod 1
terima kasih kerana sudi berkongsi tips ini…
Curahan rasa donnyien @ ..Keputusan penuh anugerah industri muzik 19 nov 2012
wow amazing, memang betul bersaing dengan kata kunci hangat membuat saya stress he he, alternatif membuat kata kunci tidak hangat itu solusi yg bagus untuk menaikan trafic website, terima kasih sudah berbagi
Curahan rasa haidar @ ..Cara Cepat Mengobati Darah Tinggi atau Hipertensi
Comments are closed.