Assalamualaikum dan salam 1 dunia, bila cerita SEO memang tak dapat dipisahkan dengan cerita kata kunci. Ramai Rakan Blogger berebut-rebut menulis kata kunci panas yang pasti akan meningkatkan trafik blog yang mesra SEO. Kali ini kita melihat kata kunci daripada sudut yang berbeza mengikut idea tulisan Eizil tuan punya Eizil.com.
Trafik sudah menjadi salah satu perkara yang memang tidak pernah lari daripada aktiviti blogging, walaupun mungkin ada yang akan menafikan tidak kisah mengenai trafik blog mereka, tetapi apabila ada lambakan trafik dalam satu-satu masa, pasti boleh membuatkan diri sendiri tersenyum. Pasti ramai yang sudah jelas mengenai trafik, bagaimana untuk mendapatkan trafik, cara beretika mahupun tidak, secara percuma mahupun berbayar.
Kali ini sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger yang mungkin masih belum mencuba cara ini, kepada yang sudah mengamalkan, anggaplah ini sebagai ulangkaji dan peringatan sekiranya anda sudah lama tidak menggunakannya. Seperti sedia maklum, kata kunci atau keyword biasanya menjadi mainan rakan-rakan blogger sekalian, mana yang rajin, akan mengejar kata kunci yang hangat di pasaran demi trafik yang bagus di blog masing-masing, namun kata kunci hangat ini biasanya hanya bertahan untuk sesuatu tempoh (bergantung kepada jenis kata kunci), dan apabila sesuatu perkara yang berkait rapat dengan kata kunci tersebut telah berakhir, trafik pun akan merudum dengan jayanya.
Kelebihan mengejar kata kunci hangat ini, ianya memberikan hasil yang hampir serta merta jika dilakukan dengan betul, namun begitu, sekiranya anda tidak pandai mengolah strategi yang baik, mengejar kata kunci hangat ini hanya akan membuatkan anda seperti berlari mengejar kereta Ferrari yang sedang meluncur laju, pastinya anda akan ketinggalan. Selain itu, kebiasaannya kata kunci hangat ini ada mempunyai banyak saingan daripada rakan-rakan blogger yang lain. Oleh yang demikian, kita perlu merancang strategi mengejar kata kunci dengan lebih baik untuk mengelakkan kita daripada membuat sesuatu yang tidak memberi pulangan hasil sebaik yang kita inginkan.
Satu lagi strategi trafik berdasarkan kata kunci yang seringkali diamalkan oleh penulis adalah kata kunci yang tidak hangat. Kata kunci ini kadangkala bermusim dan kadangkala ianya sentiasa dicari setiap masa. Walaupun cariannya tidak sehangat kata kunci sebelum ini, namun disebabkan sentiasa mendapat carian, kata kunci seperti ini menjadi pilihan untuk trafik yang berterusan. Kelebihan lain, kebiasaannya, kata kunci seperti ini tidak mempunyai saingan yang hebat, anda boleh duduk di halaman pertama enjin carian dengan lebih mudah dan pastinya ianya akan memberikan trafik yang berlipat kali ganda berbanding apabila anda cuba bersaing dengan kata kunci yang hangat sebentar tadi.
Kajian kata kunci ini perlu dilakukan dalam tempoh yang agak panjang sekiranya anda baru pertama kali melakukannya, tetapi ada cara mudah yang anda boleh lakukan, contohnya dengan melihat statistik kata kunci yang menyebabkan pelawat hadir ke blog anda. Jika tiada info menarik sebelum ini yang pastinya akan membuatkan pelawat tersebut lari, anda boleh ambil peluang ini untuk menulis artikel berkaitan untuk memastikan pelawat tidak terus lari sejurus selepas melawat blog anda.
Semoga selepas ini anda tidak hanya memberi tumpuan kepada kata kunci hangat, tetapi mengambil peluang juga untuk mendapatkan trafik daripada kata kunci yang tidak mempunyai banyak saingan. Selepas itu pasti anda tidak mengeluh lagi mengenai trafik blog anda. Selamat mencuba
164 Comments
kenapa blog denaihati entry post dia ni (width) terlalu sempit disebelah kiri, rasanya denaihati kena melihat perkara ni. saya melihat sidebar sama besar dengan post entry, ni x begitu baik bila nak membaca
Curahan rasa Juan @ ..Maharaja Lawak Mega 2012 Bermula – Shiro dan Jozan Terbaik
nak main keyword ni senang aje. Janji, kita mesti dalam liga dan permainan yang betul. salah game, memang berbezalah hasilnya.
Curahan rasa titan @ ..Mencintai Ain Maisarah – Part 10
seo itu gampang gampang susah ya gan, yang pasti artikel kita harus menarik buat pembaca, seperti artikel agan ini.
Curahan rasa agussidik @ ..cara mengobati penyakit jantung
betul juga. tackle keyword yang kurang persaingan contohnya keyword bermusim, senang nak berada dalam page pertama Google nanti
Curahan rasa Amirez @ ..Senarai Peserta Contest 3 Blog Pilihan Terbaik
Menurut saya kata kunci tidak perlu dipermainkan. Kata kunci memang sebaiknya singkat dan mewakili subject dari content..
terima kasih perkongsian maklumat tersebut. saya masih baru sebenarnya di dalam blog ini dan sememangnya amat-amat memerlukan maklumat seperti ini.
memang dalam hal mencari kata kunci yang tepat akan bisa mendatangkan traffik yang berlimpah ke blog kita
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Diet Penderita Diabetes Melitus
Tentunya traffik yang banyak adalah tujuan para sahabat blogger semuanya apalagi bila memang memasang iklan pula
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Diet Penderita Diabetes Melitus
Hanya benar kata sahabat DH, bila memang kata kunci yang dipakai tidak populer pada saat ini akan tetapi bisa tetap bertahan di halamana pertama pencarian tentunya juga akan bisa mendatangkan traffik yang terus menerus
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Diet Penderita Diabetes Melitus
Pemilihan kata kunci ni memang penting untuk menarik trafik. Kalau kena gayanya melimpah la trafik masuk ke blog. Kalau salah, kenalah cuba kata kunci yang lain pulak.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Suasana Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012M
Allow me to gie a comment, thank you very much for this article, to good keyword I usually give 2 word Άnϑ I use italic letter or bold letter ,
Saya sangat berterimakasih atas artikel ini, selama ini saya menggunakan google trend but hasilnya masih kurang . Memang menentukan keyword tak mudah .
Curahan rasa joy @ ..NBA: Heat Win over the Rockets, James Top Performer
thanks for tips..
http://www.mohamadasnawi.com/2012/11/kempen-blogger-help-for-gaza.html
Walaupun dah lama menceburi bidang blogger,kadang-kadang susah juga nak bandingkan kata kunci yang sesuai,terima kasih untuk tips yang diberikan
Curahan rasa wazy @ ..Salam Maal Hijrah 1434
Tips yang menarik. Lepas ni kita pakat praktikkan ramai-ramai.
cik tom lbh suka keyword evergreen compare dgn keyword yg hot…
Curahan rasa cik tom @ ..3 Blog Pilihan Terbaik
Betul sekali, sebenarnya diantara keduanya baik itu kata kunci hangat maupun dingin sangat dibutuhkan.. tapi lebih baik bila kita perkuat blog kita dengan ka kunci dingin.lebih bertahan lama..
Curahan rasa Eddy @ ..Cara Membuat Blog Gratis
Comments are closed.