Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Eizil tuan punya blog Eizil.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Eizil adalah Blogger hebat yang mencipta plugin Waktu Solat yang insyallah akan melancarkan waktu solat dunia tidak lama lagi. Ini adalah penulisan pertama beliau di blog Denaihati dan semuga bukan yang terakhir. Jom kita baca entri terbaru yang menarik ini :
Pada zaman serba moden ini, ramai yang menjadikan aktiviti atas talian sebagai punca pencarian rezeki untuk menampung keperluan kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti yang dilakukan, antaranya jualan terus melalui internet, menyediakan servis atas talian dan tidak dilupakan menjadi penulis blog.
Ramai yang menjadi penulis blog sepenuh masa sekarang ini, perkara yang dianggap janggal beberapa tahun lepas, sudah mula boleh diterima oleh ramai pihak. Kerjaya yang boleh dilakukan di mana sahaja ini menjadi pilihan ramai orang, kerana kebebasan untuk melakukan kerja walau di mana mereka berada. Tambahan pula, pendapatan yang diperolehi kadangkala melebihi apa yang diterima semasa bekerja di mana-mana syarikat sebelum ini.
Namun begitu, sejauh mana kita menjaga kerjaya sebagai seorang penulis blog. Adakah kita telah mempersiapkan segala keperluan dan insuran keselamatan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku? Jika kita seorang penulis blog, pastikan laman sesawang tempat kita menulis adalah aset penting untuk memastikan pendapatan kita terus masuk tanpa sebarang gangguan. Tetapi berapa ramai antara kita yang mengambil langkah untuk memastikan laman sesawang kita sentiasa dalam keadaan yang terbaik?
Menyediakan backup laman sesawang
Ramai yang seringkali bergantung sepenuhnya kepada pihak penyedia perkhidmatan hosting untuk membuat backup laman sesawang kita, kita lepas tangan dan membiarkan semuanya ditangan pihak tersebut. Apabila sesuatu yang diluar kawalan berlaku, ramai yang merungut, menuding jari ke sana sini, walaupun keadaan tersebut sebenarnya ada berkait rapat dengan cara kita menguruskan aset kita.
Lakukanlah backup secara kerap, cuba sediakan jadual untuk kita melakukan backup sendiri, mungkin seminggu sekali ataupun 2 minggu sekali jika kita terlalu sibuk. Ini adalah backup secara keseluruhan, termasuk fail-fail yang kita gunakan. Kepada pengguna WordPress, ada banyak plugin-plugin yang boleh menguruskan backup database secara automatik, dan backup tersebut akan dihantar terus ke email kita.
Keselamatan laman sesawang
Seterusnya isu keselamatan pula, anggap blog ini sebagai pejabat atau kedai tempat kita mencari mata pencarian. Jika ianya pejabat ataupun kedai, pasti kita akan meletakkan mangga, gril keselamatan, alat penggera, dan pelbagai lagi untuk memastikan tiada kecurian yang berlaku. Namun begitu, tidak ramai yang melakukan perkara yang sama untuk blog mereka. Kenapa mengabaikan perkara ini? Adakah kita menganggap kerana laman sesawang kita berada atas talian, kita tidak memerlukan semua perkara tersebut? Fikirkan semula.
Banyak penyedia perkhidmatan keselamatan untuk laman sesawang, anda hanya perlu mengeluarkan sedikit modal untuk memastikan semua yang berada dalam laman sesawang anda dalam keadaan yang teratur dan selamat. Ambil langkah awal sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Sediakan payung sebelum hujan, usahlah menunggu untuk terhantuk, baru hendak tengadah.
129 Comments
Maintenance pon masuk pengurusan blog..huhu..kalo luar website cantik tp file kat dlm server bersepah2..pening gak..sng nk backup bile dh tersusun cantik..:)..database pon kene slalu optimize so bile backup x amik masa yg lama ..
Curahan rasa JebengOtai @ ..Gadget Impian Membawa Maut
wah ide yang bagus nih tapi kira kira berapakali dalam waktu satu bulan untuk memback upnya gan …
saya sih sebelumnya jarang melakukan hal seperti itu thnks atas infonya
Curahan rasa clr cleaner @ ..How to Clean Stainless Steel Appliances
time kaseh sbb bkongsi ilmu…hmmm kene kuar kan modal yek utk keselamatan? ok, agreed. tapi reliable kah syarikat yg kita upah tu utk jaga blog kita?
Curahan rasa asya @ ..Wordless Wednesday
Reliable atau tak tu, kita kena kaji aa syarikat atau individu yang menawarkan perkhidmatan, mungkin boleh bertanya pelanggan-pelanggan yang lain, ataupun lihat hasil kerja mereka sebagai rujukan.
satu je masalah malas nak backup
Internet slow…hehehe, cukup frust kalau macam tu..
info yg sangat bermanfaat sekali…
Curahan rasa waloetz @ ..FOTO DIEGO MICHIELS MESRA DENGAN BANYAK CEWEK
kalau menemukan laman bermasalah gimana ya??
Curahan rasa obat herbal penyakit kanker usus @ ..Cara ampuh mengobati Kanker Darah/Leukimia
makasih untuk infonya
ya memang pengurus laman blog itu penting ya
harus diambil perhatian..
Curahan rasa Bosco d’Glamor @ ..Konsert Search Jelajah Borneo
menarik post ni, thniah eizil
untuk pengguna blogspot pula macam mana?
Curahan rasa CMRatu @ ..Rekod Baru untuk Dunia CMRatu
tqvm untuk perkongsian yg cukup menarik…
Curahan rasa izah @ ..Tudung Ekspress Lace.
Saya belum backup lagi ne,boleh kak suggest pllugin yang hantar backup guna email tu,tq
Curahan rasa hasni @ ..Ayat Jiwang Sms Kelakar
kadang-kadang terlepas pandang perkara ketiga tu..
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam
selalu buat backup 1 seminggu sekali 🙂
saya biasa 1 bulan sekali bro backupnyA,,,,
Curahan rasa waloetz @ ..FORUM DOFOLLOW
menarikk…hehe…tp x sempat habis baca..kena fahami beul2 nih…
Curahan rasa dzuandiey @ ..[gambar] banglo khairul fahmi che mat (apek)
Comments are closed.