Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Eizil tuan punya blog Eizil.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Eizil adalah Blogger hebat yang mencipta plugin Waktu Solat yang insyallah akan melancarkan waktu solat dunia tidak lama lagi. Ini adalah penulisan pertama beliau di blog Denaihati dan semuga bukan yang terakhir. Jom kita baca entri terbaru yang menarik ini :
Pada zaman serba moden ini, ramai yang menjadikan aktiviti atas talian sebagai punca pencarian rezeki untuk menampung keperluan kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti yang dilakukan, antaranya jualan terus melalui internet, menyediakan servis atas talian dan tidak dilupakan menjadi penulis blog.
Ramai yang menjadi penulis blog sepenuh masa sekarang ini, perkara yang dianggap janggal beberapa tahun lepas, sudah mula boleh diterima oleh ramai pihak. Kerjaya yang boleh dilakukan di mana sahaja ini menjadi pilihan ramai orang, kerana kebebasan untuk melakukan kerja walau di mana mereka berada. Tambahan pula, pendapatan yang diperolehi kadangkala melebihi apa yang diterima semasa bekerja di mana-mana syarikat sebelum ini.
Namun begitu, sejauh mana kita menjaga kerjaya sebagai seorang penulis blog. Adakah kita telah mempersiapkan segala keperluan dan insuran keselamatan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku? Jika kita seorang penulis blog, pastikan laman sesawang tempat kita menulis adalah aset penting untuk memastikan pendapatan kita terus masuk tanpa sebarang gangguan. Tetapi berapa ramai antara kita yang mengambil langkah untuk memastikan laman sesawang kita sentiasa dalam keadaan yang terbaik?
Menyediakan backup laman sesawang
Ramai yang seringkali bergantung sepenuhnya kepada pihak penyedia perkhidmatan hosting untuk membuat backup laman sesawang kita, kita lepas tangan dan membiarkan semuanya ditangan pihak tersebut. Apabila sesuatu yang diluar kawalan berlaku, ramai yang merungut, menuding jari ke sana sini, walaupun keadaan tersebut sebenarnya ada berkait rapat dengan cara kita menguruskan aset kita.
Lakukanlah backup secara kerap, cuba sediakan jadual untuk kita melakukan backup sendiri, mungkin seminggu sekali ataupun 2 minggu sekali jika kita terlalu sibuk. Ini adalah backup secara keseluruhan, termasuk fail-fail yang kita gunakan. Kepada pengguna WordPress, ada banyak plugin-plugin yang boleh menguruskan backup database secara automatik, dan backup tersebut akan dihantar terus ke email kita.
Keselamatan laman sesawang
Seterusnya isu keselamatan pula, anggap blog ini sebagai pejabat atau kedai tempat kita mencari mata pencarian. Jika ianya pejabat ataupun kedai, pasti kita akan meletakkan mangga, gril keselamatan, alat penggera, dan pelbagai lagi untuk memastikan tiada kecurian yang berlaku. Namun begitu, tidak ramai yang melakukan perkara yang sama untuk blog mereka. Kenapa mengabaikan perkara ini? Adakah kita menganggap kerana laman sesawang kita berada atas talian, kita tidak memerlukan semua perkara tersebut? Fikirkan semula.
Banyak penyedia perkhidmatan keselamatan untuk laman sesawang, anda hanya perlu mengeluarkan sedikit modal untuk memastikan semua yang berada dalam laman sesawang anda dalam keadaan yang teratur dan selamat. Ambil langkah awal sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Sediakan payung sebelum hujan, usahlah menunggu untuk terhantuk, baru hendak tengadah.
129 Comments
mata aku terlalu mengantuk utk habiskan pembacaan aku kt sini, esok sambung baca laie…huhuhu
tips yang bermanfaat, thank’s very much 🙂
Curahan rasa norjik @ ..Backlink Berkualitas
bgus tips nie..
Curahan rasa syu90 @ ..AIRASIA : something AWESOME is coming ..
apa plugin untuk backup ekk? saya dulu tak buat backup, n hilang semua, kena mula dari zero balik huhu.
Curahan rasa Asyraf Asnawi @ ..GAMBAR BANGLO KHAIRUL FAHMI HADIAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN
WordPress DB Manager. 🙂
Bertapa byknya harus kita kendalikan blog kita, mcm menjaga komputer kita dari serangan virus, spyware dan perisian jahat yg lain. Buat masa skrg masih dlm proses ke arah keselamatan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Ya memang betul tu, backup yang paling penting bagi bloggers. Tak kiralah samada dibuat secara manual @ auto,.. tetap kena buat jugak. Bagi kebanyakan web hosting provider sekarang memang menwarkan servis berkenaan, bukan percuma.
Curahan rasa shraqs @ ..Cara-Cara Melepasi Laman Web Yang Disekat Oleh ISP
tahanks forinfo..blum buat backup lagi
Curahan rasa Hanif @ ..Kenapa Aku Suka ping.busuk
baru je lepas buat backup kat blog.. masa tgk2 cpanel tadi, tak sangka plak plugin auto backup tu dh buat space hosting hampir penuh dengan fail2 sql.. tersalah setting kot.. sepatutnya send ke email, bukannya save dlm hosting.. adehh.. nasib baik check tadi.. kalau tak, bleh kena suspend tu sebab hosting penuh..
Curahan rasa Anarm @ ..Wordless Wednesday #13 – Wishlist Tercapai
nak check camne tu ek?sebab auto blog tak hantar kat emel jugak ni..risau masuk hosting jugak la..
Curahan rasa paihujey @ ..Apakah Gadget Impian Pilihan Aku
perlulah di awasi autobackup jika hosting space kecil..
Curahan rasa Syarih @ ..Air Kelapa Muda Lazat Dan Berkhasiat.
tips yag menarik daripada Eizil untuk kali ni..
Curahan rasa Fakarepain @ ..INILAH DIA HANDPHONE BARU AKU
satu tips yang bagus.. perlu juga backup..
Curahan rasa KiD @ ..Get well soon my ilham!
Database dalam MySQL tuh sgt2 penting sila letak backup kat pc or mane hard drive.
Tak dapat dibayangkan bagaimana jika blog yang ditulis bertahun-tahun tiba-tiba musnah dalam sekelip mata
memang banyak yang sudah dengan bangga menjadi blogger penuh waktu, tapi mengenai hack memang agak trauma juga bila ingat hal itu
woow… bayangkan kalo blog yg sdh berumur seperti bang munir kena hack….???
Curahan rasa waloetz @ ..SERIBU PERNAK PERNIK PONSEL ANDROID
aku udah kena hack sekali sob ads didisable dan semua post bhs indonesia di hapus
Curahan rasa munir ardi @ ..Hasil Akhir Liga Champion Fase akhir pertandingan Grup 2011
Banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menguruskan blog saya.. Apa-apa pun terima kasih untuk entri ini.. Sangat berguna.
Curahan rasa Umar Faruq @ ..Jadual Penuh EURO 2012 Poland – Ukraine
bila la agaknya blog aku dpt jana pendapatan yg byk…hehehe
Curahan rasa Shahrul @ ..WiFi Boleh Lemahkan Sperma
Comments are closed.