Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kira-kira dua tahun lepas ketika aku dan rombongan bertunang adik bongsu menuju ke Ipoh kami berhenti di perhentian Jejantas Sungai Buluh kerana adik perempuan turun darah. Setelah berbincang keputusan diambil untuk aku bawa adik perempuan ke Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur dan yang lain meneruskan perjalanan ke Ipoh. Sampai di hospital ketika menunggu rawatan tiba-tiba adik pengsan terkulai tidak bermaya, syukur aku sempat memeluk kalau tidak pasti jatuh tersungkur ke lantai. Memang panik sebab pertama kali melalui pengalaman seperti ini, adik terus tak sedarkan diri walaupun dipanggil nama beberapa kali lansung tak respond. Alhamdulillah selepas beberapa hari adik dibenarkan keluar hospital.
Pengalaman yang sama berlaku lagi tetapi kali ini giliran isteri. Sedang sibuk mengajar anak yang akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester tiba-tiba dia kata pening dan terus pengsan terkulai tidak bermaya tertiarap di pangku anak. Hikmah disebalik kejadian pertama, kali ini aku tidak sepanik dulu dapat mengawal keadaan dengan baik. Isteri memang ada masalah kurang darah yang agak kritikal tetapi susah nak bawa ke hospital. Alhamdulillah selepas empat jam isteri sudah boleh bagun dan ini menjadi sebab kuat untuk boleh bawa ke hospital.
Selepas pemeriksaan doktor isteri dimasukan ke wad di Hospital Pakar Annur, Bangi dan perlu dimasukan darah sebanyak 2 pints. Alhamdulillah berkat doa tuk guru, ustaz dan kawan-kawan di Malaysia, Indonesia dan Mekah semua berjalan lancar. Darah yang biasanya sampai selepas isyak sampai awal selepas asar dan paling bersyukur tiada reaksi negatif antara darah penderma dan tubuh isteri. Semuga darah yang diperolehi dari mereka yang beriman dan menjadi asbab untuk meningkatkan iman dan taqwa.
Terima kasih kepada keluarga yang bersedia untuk mendermakan darah jika diperluakan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua keluarga dan sahabat dari jauh dan dekat yang sudi menziarahi dan tidak putus-putus bertanya kabar melalui sms dan whatsapp. Semuga ALLAH SWT membalas KEBAIKAN kepada setiap doa yang dititipkan kepada isteri. Bila dah sakit barulah dapat merasai nikmat sihat kerana itu kita perlu sentiasa menjaga kesihatan sebelum sakit.
Nota : Ada terjumpa Mawi depan hospital. Adakah Cahaya Malaika (ni nama anak mawi, nak tengok gambar anak mawi klik lah link ni) dilahirkan di Hospital Pakar Annur?
102 Comments
semoga sembuh cepat…Amin
semoga isteri DH kembali sihat seperti sedia kala…
kalau pengsan tak boleh biarkan lama-lama takut ada kesan sampingan..
Curahan rasa namia @ ..Bukan Aku Belagak Tapi…. Maaf
saya setuju dengan namia…
Curahan rasa Nana @ ..Peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 di sogok dengan wang.
semoga isteri Denaihati kembali kuat dan cergas seperti biasa…semoga doa rakan blogger membantu 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Antara Penyebab Tak Boleh Update Blog
semoga sembuh cepat
semoga wife DH selamat dan kuat untuk pulih semula .. insyallah tk ada apa2 yg teruk tu
Curahan rasa puanbee @ ..Jangan Lupa Tali Pinggang Kalendar Tempat Duduk Belakang
Semoga isteri anda sihat kembali
Aminn~
Curahan rasa Aiqa @ ..Fakta + Lawak
Harap isteri bro DenaiHati kembali sehat seperti biasa. Insyallah semuanya akan berada didalam keadaan baik.
Curahan rasa akubiomed @ ..Perasaan pertama kali menjadi Babah
My Mum pun kurang darah jugak, risau kalau sampai tahap pengsan..
Setakat ni alhamdulillah masih ok..
Curahan rasa Myra Jay @ ..7 Pemenang Saguhati Vote – BONIA
bahaya tu…jgn biarkan bjalan sendirian takut tjadi apa2…
Curahan rasa Nana @ ..Tsunami
pastikan ada yang mnemaninya kalau keluar kemana2…
Curahan rasa Nana @ ..Peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 di sogok dengan wang.
Sya tak sampai tahap pengsan, pitam dah banyak kali lah. tapi Dr kata blood pressure Sya normal, cuma pada keadaan tertentu, Sya memang boleh pitam.
Curahan rasa Sya Isya @ ..PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA AMUKAN POCONG SLOT SERAM TV3
jaga kesihatan ya sya isya…
Curahan rasa Nana @ ..Peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 di sogok dengan wang.
ha ah, cahaya malaika anak mawi, fuyyoo beranak kat hospital swasta, kerajaan tak berani ke? 😛
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Muaturun Windows 8 Consumer Preview Secara PERCUMA
xkisah ler swasta atau kerajaan, janji selamat.
Curahan rasa Nana @ ..Tsunami
dan pesan aku bro..kadang-kadang doktor akan nasihatkan makan organ dalaman seperti hari ayam atau lembu..ada baiknya bro fikir 2-3 kali untuk bagi isteri bro makan organ dalaman kaiwan ni..boleh rujuk disini – http://nurhawariyyun.blogspot.com/2008/08/makan-hati-untuk-tambah-darah-clash.html
Curahan rasa segalabenda @ ..Cara Simple Aku Mendapatkan Traffik
Tapi kalau ikut Islam, makan organ dalaman tak bagus
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Chantek
yup..malah mendatangkan kemudaratan pulak kepada kesihatan
Curahan rasa segalabenda @ ..Cara Simple Aku Mendapatkan Traffik
ada sesetengah org tak suka makan organ dalaman ayam dan lembu…
Curahan rasa Nana @ ..Peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 di sogok dengan wang.
kurang darah ni bertambah bahaya kalau die bersendirian. takut-takut kalau die tengah drive kereta tiba-tiba pengsan. satu lagi di bilik air. takut nanti tiba-tiba pengsan dan terjatuh.
Curahan rasa segalabenda @ ..Cara Simple Aku Mendapatkan Traffik
betul tu…ee…mnakutkan juga ya…
Curahan rasa Nana @ ..Tsunami
Semoga sihat sentiasa. Pengalaman lalu menjadi panduan yang berguna.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Wordless Wednesday | Tidur Dulu
jaga kesihatan sajalah…
Curahan rasa Nana @ ..Peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 di sogok dengan wang.
Amalkan makanan yang menambah darah, Insyallah dengan izinya kembali pulih..
Alhamdulilah….Pengalaman memisahkan segalanya. Saya doakan isteri mu kembali sihat seperti sediakala….Amin.
Comments are closed.