Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kira-kira dua tahun lepas ketika aku dan rombongan bertunang adik bongsu menuju ke Ipoh kami berhenti di perhentian Jejantas Sungai Buluh kerana adik perempuan turun darah. Setelah berbincang keputusan diambil untuk aku bawa adik perempuan ke Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur dan yang lain meneruskan perjalanan ke Ipoh. Sampai di hospital ketika menunggu rawatan tiba-tiba adik pengsan terkulai tidak bermaya, syukur aku sempat memeluk kalau tidak pasti jatuh tersungkur ke lantai. Memang panik sebab pertama kali melalui pengalaman seperti ini, adik terus tak sedarkan diri walaupun dipanggil nama beberapa kali lansung tak respond. Alhamdulillah selepas beberapa hari adik dibenarkan keluar hospital.
Pengalaman yang sama berlaku lagi tetapi kali ini giliran isteri. Sedang sibuk mengajar anak yang akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester tiba-tiba dia kata pening dan terus pengsan terkulai tidak bermaya tertiarap di pangku anak. Hikmah disebalik kejadian pertama, kali ini aku tidak sepanik dulu dapat mengawal keadaan dengan baik. Isteri memang ada masalah kurang darah yang agak kritikal tetapi susah nak bawa ke hospital. Alhamdulillah selepas empat jam isteri sudah boleh bagun dan ini menjadi sebab kuat untuk boleh bawa ke hospital.
Selepas pemeriksaan doktor isteri dimasukan ke wad di Hospital Pakar Annur, Bangi dan perlu dimasukan darah sebanyak 2 pints. Alhamdulillah berkat doa tuk guru, ustaz dan kawan-kawan di Malaysia, Indonesia dan Mekah semua berjalan lancar. Darah yang biasanya sampai selepas isyak sampai awal selepas asar dan paling bersyukur tiada reaksi negatif antara darah penderma dan tubuh isteri. Semuga darah yang diperolehi dari mereka yang beriman dan menjadi asbab untuk meningkatkan iman dan taqwa.
Terima kasih kepada keluarga yang bersedia untuk mendermakan darah jika diperluakan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua keluarga dan sahabat dari jauh dan dekat yang sudi menziarahi dan tidak putus-putus bertanya kabar melalui sms dan whatsapp. Semuga ALLAH SWT membalas KEBAIKAN kepada setiap doa yang dititipkan kepada isteri. Bila dah sakit barulah dapat merasai nikmat sihat kerana itu kita perlu sentiasa menjaga kesihatan sebelum sakit.
Nota : Ada terjumpa Mawi depan hospital. Adakah Cahaya Malaika (ni nama anak mawi, nak tengok gambar anak mawi klik lah link ni) dilahirkan di Hospital Pakar Annur?
102 Comments
Pernah juga bawa anak saya ke hospital pakar an nur.
Anyway, somoga isteri bro cepat sembuh…
Curahan rasa noorsyamsul @ ..PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012
Mawi kan duduk kat bangi , bersalin pon kat bangi. dulu slalu nampak dia kat pasar malam bangi ngn wife dia
anyway, moga isteri cpt sembuh…..kene makan makanan tuk tambah darah, insyaAllah .
Curahan rasa fasz @ ..Sukacuka bikin aku terliur !!!
emm..aku pun dah penat pengsan-pengsan ni..
Curahan rasa titan @ ..Komisen Pertama dari BicaraHartanah.com
Semoga org rumah cepat sihat kembali seperti biasa bro…
Curahan rasa yas @ ..Keputusan Harimau Muda Vs Tanjong Pagar United FC – 3-0
Semoga Isteri Bro Ilham, kembali pulih dan sihat wal afiat.
Curahan rasa shaharil @ ..Hampir 2 Tahun Bersama Netkl
semoga isteri DH cepat sembuh..nasib baik darah senang dapat..kalau tidak payah juga tu..
Curahan rasa zilazaki @ ..percubaan guna krim Garnier Light
bahaya jugak ye.. semoga cepat sembuh seperti biasa
Curahan rasa azrijohan @ ..Smartphone Terbaik Pilihan Mobile World Congress 2012
kita doakan semoga cepat sembuh
Curahan rasa Juan @ ..Cara Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi Untuk Pilihan Raya Umum
moga cepat sembuh, sihat kembali seperti sediakala ..
Curahan rasa Mr.Sepet @ ..Akibat Bunuh Rakan-Rakan Mekanik dipenjara 7 Tahun
smga istri DH cpt smboh….
Curahan rasa Syapit @ ..BiNgkIsAn BuAt HaWa
Saya pun salah seorang pesakit anemia (kurang darah)… Kerap pitam..Tapi Alhamdulillah, kurang teruk sejak pregnantkan anak pertama. Masa tu usaha sungguh2 utk naikkan hb darah demi anak dalam kandungan.. Tiap minggu makan kerang, sbb itu je yg boleh lalu kat tekak…
Semoga wife DH cepat sembuh dan sihat sentiasa…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Kes Mengidam : Asam Laksa Penang
harap akan sentiasa sihat lah yer…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
fuh, panic gak tu…
harap2 sya leh bertenang klu apa2 jadi kat family tapi dijauhkan lah dr kejadian tak diingini…huhuuu, sedih!
Curahan rasa noriz @ ..Servis keta & Sambal telur @ Sabtu
kalau saya, tak tau lah nak wat aper…
Curahan rasa Nana @ ..Peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 di sogok dengan wang.
moga selamat semua dunia dan akhirat.
Curahan rasa Izzat Aziz @ ..5 Soalan perlu ditanya sebelum membeli komputer
kakyong doakan semoga Isteri DH semakin sihat…
Curahan rasa kakyong @ ..Fenomena Cheezy magic…
wish u N family sihat2 hendaknya..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Mujhse Dosti Karoge
Comments are closed.