Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, internet merupakan keperluan penting dalam kehidupan kita pada hari ini. Dengan adanya komputer peribadi dan peranti mudah alih, semua lapisan masyarakat dapat menikmati aktiviti online pada bila-bila masa dan di mana saja. Bilangan pengguna internet Malaysia mencecah 18 juta pada tahun 2012 dan dijangka akan mencapai 25 juta pada tahun 2015.
Tapi tahukah anda aktiviti online menggunakan internet sekarang ni boleh mendedahkan kita kepada jenayah siber? Setiap aktiviti online yang kita buat di internet seperti berkongsi gambar, online banking, berhubung dengan kawan di Facebook dan Twitter, membeli belah secara online dan sebagainya boleh menjadikan kita sasaran penjenayah siber.
Info tentang keselamatan menggunakan internet ni dikongsikan semasa Majlis Pelancaran Trend Micro Titanium Maximum Security 2014. Dari hasil kaji selidik Trend Micro yang telah dijalankan pada kegiatan online, mengenalpasti corak dan pandangan mengenai bagaimana dan mengapa Malaysia menghadapi isu-isu privasi dalam talian.
Kajian oleh pihak Trend Micro mendapati 69% daripada kita mendedahkan maklumat peribadi seperti tarikh lahir di laman sosial. 47% pula mendedahkan lokasi dengan berkongsi lokasi semasa di laman sosial. Perbuatan macam tu boleh mendedahkan kita kepada bermacam-macam bahaya.
Pendedahan maklumat peribadi secara online banyak berlaku melalui rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya. Selain tu melalui aplikasi smartphone yang diberi akses untuk mengutip data peribadi yang terdapat dalam phone pengguna. Kebanyakan aplikasi mobile yang percuma juga mempunyai iklan yang boleh dapatkan maklumat peribadi kita apabila diklik.
Dah banyak berlaku penipuan kewangan secara online, kecurian identiti dan data yang hilang sekarang ni. Penjenayah siber yang memiliki data tersebut dapat buat bermacam perkara untuk kepentingan mereka sendiri seperti mencipta identiti palsu untuk kegiatan jenayah atau menggunakan data tersebut untuk sasaran kepada rakan-rakan dan keluarga kita.
Cara mengatasi masalah jenayah siber dan kecurian maklumat peribadi pengguna internet
Bagi mengatasi masalah jenayah siber dan kecurian maklumat peribadi pengguna internet, pihak Trend Micro telah melancarkan Trend Micro Titanium Maximum Security 2014 yang berfungsi untuk:
- Perlindungan terhadap ancaman dalam talian untuk PC, Mac dan peranti Android
- Bantuan keselamatan yang unik di Facebook, Google+ dan Twitter
- Kawalan ibu bapa (parental controls) yang mantap untuk melindungi kanak-kanak dalam aktiviti online
- Simpanan fail digital secara online dengan saiz storan sehingga 5GB
- Perlindungan yang paling cepat terhadap ancaman web baru
- Kadar pengesanan terbaik laman phishing
- Perlindungan berasaskan awan (cloud-based) yang unik
Trend Micro Titanium Maximum Security 2014 ni boleh dapatkan dengan harga RM109 untuk 1 peranti dan RM159 untuk 3 peranti.
Sebagai blogger yang sering menggunakan internet, kita perlu berhati-hati dan kena ambil tahu teknik-teknik terkini yang sering dilakukan oleh penjenayah siber supaya kita dapat elak daripada jadi salah seorang mangsa mereka. Jika sekali termasuk perangkap, memang buruk padahnya bila maklumat peribadi kita terdedah dalam dunia online.
Kongsikan pengalaman anda sekiranya pernah menjadi mangsa jenayah siber dan apa nasihat anda kepada yang belum pernah kena!
Gambar sekitar majlis pelancaran Trend Micro Titanium Maximum Security 2014.
[customgallery]
58 Comments
Jenayah siber ni bahaya jugak. Jangan kita menjadi mangsa sudah la..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia
Security memang penting. Bukan di luar saja malahh salam internet jugak. Banyak je kes terjadi sebab kite terlebih bagi info dalam internet.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Gadis Peugot CDM25
majoriti kita tak sanggup keluarkan duit untuk tujuan security..
dan ramai tak sedar yang mereka sedang diperhatikan
apa-apa pun security comes first drp terpaksa menanggung rugi akibat slaah sendiri di alam siber ni..
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
Harus berhati-hati dan jadi blogger yang baik untuk saat ini…
jika tidak berhati-hati sangat mudah menjadi korban
Jenayah ni lah yg paling digeruni, sebab ianya ‘pembunuh senyap’
Semua kena lebih ebrhati-hati kan 😀
Curahan rasa Myra Jay @ ..Restoran Mohd Chan Abdullah (Chinese Muslim) di Rawang/Bkt Beruntung
Ambil langkah berhati-hati dan sentiasa kenal pasti risiko terkini kan..better beringat daripada terkena..
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
Bila kepandaian digunakan untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Suspek Kes Bunuh Pegawai AmBank Ditahan Polis
makin canggih kemudahan, makin canggih teknik nak mencuri
jadi ilmu kita pun kena canggih jugak la kan?
pasang perlindungan macam ni satu kemestian kalau nak rasa ‘secure’
Curahan rasa cikgu naman @ ..Bisnes Online menurut pandangan cikgunaman
minimumkan pendedahan di alam cyber, lebih selamat.
kalau ada bisnes, asingkan bisnes dgn personal.
Curahan rasa encikarman @ ..Macam-macam laaa.. Lazada ni
makasih denai untuk info dan solusinya, harus segera sebelum kena
Curahan rasa atasi maag kronis @ ..Cara Cepat Menghilangkan Maag kronis
Belum kena lagi setakat ni. Harap-harap kekal begitu
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2014
setakat nih tak pernah lagi jadi mangsa jenayah siber , harap dijauhkan la dari perkara sedemikian…
Curahan rasa papa mifz @ ..Naik Beca di Melaka
Cyber crime… Zaman teknologi skg nie macam2 ble jd…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Banyak-banyak tangga?
Comments are closed.