Pengalaman naik pengangkutan awam Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, memang menarik kalau bercerita kisah pengangkutan awam di Malaysia tidak terlalu advance berbanding negara-negara Maju seperti di Eropah dan Jepun juga tidak terlalu mundur jika dibandingkan dengan negara sedang membangun. Kemajuan teknologi dan kuasa internet telah mengubah pembangunan pengangkutan  umum di dunia juga Malaysia. Ini sedikit pengalaman aku naik pengangkutan awam di Malaysia.

Airasia Malaysia

1. Kisah bermula dengan menaiki pesawat AirAsia pulang dari Banda Aceh ke Malaysia. Selalu orang kata naik Airasia selalu delay tetapi kali ini pesawat berlepas dari landasan  Bandara Sultan Iskandar Muda mengikut jadual.

2. Sesampai di KLIA2 aku memilih menaiki kenderaan umum untuk balik rumah. Tidak pilih untuk menaiki teksi sebab pengalaman dua kali naik teksi dari KLIA2 mendapat teksi yang kurang terurus. Dari KLIA2 aku memilih menaiki ERL ke Bandar Tasik Selatan yang sudah bertahun tak naik. Jadual perjalan ERL memang tidak mengecewakan dan sampai ke destinasi tetap pada masanya.

ERL Malaysia
3. Rancang nak naik teksi dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke rumah yang jarak lebih kurang 8 km. Teksi di TBS tak guna sistem kupon. Sampai di hentian teksi level 1 TBS, supervisor tanya nak kemana. Aku sebutkan lokasi tujuan tapi tak ada seorang pemandu teksi berminat. Semua giling kepala. Aku pun beritahu mereka tak apa kalau tak nak hantar, saya akan naik UBER. Dalam hati aku patutlah kekawan suka naik UBER.

4. Tapi tak jadi nak naik UBER sebab ada satu lagi kenderaan umum yang boleh aku ambil iaitu Komuter dari TBS ke Serdang.Insyaa Allah mesti kena cuba naik UBER untuk dapatkan pengalaman  walaupun banyak review yang bagus daripada kawan-kawan yang sudah menggunakkan. Mesin tiket automatik komputer semua rosak jadi kena beratur panjang utk beli tiket. Ni pun antara masalah Keretapi Tanah Melayu yang selalu dipaparkan di media masa, selalu sahaja ada masalah.

Teksi London

5. Semasa menunggu komuter di platform sampailah keretapi ETS menuju ke selatan. Ada penumpang komuter yang nak naik ETS tapi tak dibenarkan. Ramai penumpang keliru antara ETS dan komuter mungkin mereka pun macam aku sesekali guna pengangkutan awam. Atau mungkin warna kedua-dua train ETS dan komuter yang hampir sama buat penumpang keliru.

6. Dari station komuter Serdang rancang nak naik teksi ke rumah tapi famili datang jemput.

Sikap pemandu Teksi Malaysia bila lagi nak berubah?? atau teknologi akan mengubah anda? Janganlah nak buat demostratsi kalau tidak sanggup mengubah sikap dan khidmat yang diberi. Memang khidmat teksi Malaysia antara yang terburuk di  dunia  berdasarkan pengalaman aku mengembara banyak negara. Teksi Malaysia mesti ada imej yang baik seperti  Teksi London yang jadi ikon pelancungan.

Blogger memang kena merakyatkan diri utk mencari bahan menulis juga kena selalu membaca .. kalau anda kisah menarik  naik pengangkutan awam kongsikan kat ruang komen boleh buat entri khas macam entri “Pengalaman boarding di KLIA2“.


Spread the love

28 Comments

  1. Pengangkutan awam yg biasa guna cuma ERL & teksi airport semasa bertugas di Sabah & Labuan. Setakat ni servis kedua2nya mmg memuaskan. Cuma kalau tinggal di luar Lembah Klang mmg terpaksalah guna apa2 pengangkutan awam yg ada.

  2. Hari-hari naik pengangkutan awam sejak kemalangan jalan raya. Rasa seperti mengembara di negara sendiri..challenging juga! 🙂

    1. Wahh bagus gitu .. sebenarnya memang bagus naik pengangkutan awam ni .. cuma kadangkala ada masalah .. masalah pun disbebkan oleh pengguna yang kadang tak berapa nak faham situasi.

      Mungkin boleh diperbaiki jika semua orang bekerjasama
      Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Kisah Anak Seorang TablighMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!