Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramadan Kareem. Syukur ALLAH panjangkan usia kita bertemu dengan 1 Ramadan 1438H. Dah baca ke entri sebelum ini “soal jawab solat jamak yang ramai keliru“. Kali ini Abang nak berkongi pengalaman berniaga di bulan Ramadan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ramai suka berniaga di bulan Ramadan, yang sudah biasa berniaga sambung berniaga itu biasa dan tidak kurang ramai juga yang tidak berniaga pada sebelas bulan tapi nak berniaga pada bulan Ramadan. Ada juga peniaga yang berniaga sebelas bulan dan bercuti sebulan pada bulan Ramadan.
Kali ini nak kongsi kisah benar Abang berniaga pada bulan Ramadan. Semangat nak berniaga sebab kawan-kawan kata boleh untung besar tapi mereka tidak pernah kongsi kisah susah berniaga di bulan Ramadan.
Inilah kisah Abang berniaga di bulan Ramadan yang boleh dijadikan panduan kepada kawan-kawan yang ada hati nak berbisnis di bulan Ramadan.
Jual kuih raya tart nenas
Kisah yang tak boleh lupa apabila seorang teman kepada teman pesan tart nenas tak ingat berapa ribu balang tapi hantar pakai lori 1 tan. Setelah dia bayar deposit 50%. maka team Abang hantar biskut tart nenas yang dipesan ke sebuah stor di Nilai 3. Sahabat itu terima semua balang tart nenas pada keadaan baik, tiada yang pecah. Katanya nak kirim kepada pelanggannya di Kuching.
Selepas beberapa hari kami tuntut bayaran baki 50% tapi dia tak nak bayar sebab tart nenas yang dihantar banyak yang hancur bila sampai pada pelanggan di Kuching. Abang kata itu bukan salah kami sebab tugasan kami menghantar kepada beliau di Nilai sudah sempurna dalam keadaan yang baik.
Sampai hari ini dia dia buat bodoh dan tak bayar baki 50%, nasib baiklah Abang minta deposit 50% jadi boleh guna untuk bayar kepad pembekal. Abang tak untung tapi tidaklah rugi duit, cuma rugi tenaga dan masa, mesti kawan yang tak bayar sekarang sudah jadi jutawan.
Jual dodol di bazar Ramadan jalan Tunku Abdul Rahman
Ini satu lagi kisah yang tak boleh dilupakan. Sahabat Abang dapat sewa sebuat gerai di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk jualan Bazar Ramadhan. Dia berniaga jual tudung tapi bisnis lansung tak jalan sebab terlalu ramai perniaga yang menjual tudung dan pakaian, jadi Abang cadangkan dia menjual berbagai jenis dodol. Dia setuju dan Abang jadilah pembekal sebab kawan baik Abang di Melaka memang buat dodol.
Semua jenis dodol ada di gerai antaranya dodol kelapa, dodol pandan dan dodol durian dengan berbagai packaging ada yang sekilo, setengah kilo, dodol bungkus kecil 5 gm dan juga dodol bungkus upih serta dodol bungkus mengkuang. Wajik sirat pun ada. Memang unik sebab tiada gerai yang menjual khusus dodol. Alhamdulillah bisnis terjual laris, bolehlah senyum kawan Abang.
Selang tiga empat hari Abang akan tambah stok. Kawan Abang ini kurang modal jadi Abang bagi stok dulu, bila dah terjual guna hasil jaulan untuk beli stok baru. Stok terakhir Abang hantar sehari sebelum hari raya dan itulah kali terakhir Abang berjumpa dengan kawan itu. Dah 10 tahun entah kemana bawa duit Rm5K hasil jualan terakhir yang sepatut modal yang dia pinjam daripada Abang.
Mungkin dia dah jadi jutawan sekarang tetapi nilai persahabatan dia dengan Abang hanya RM5 ribu.
Jual biskut almond london dan tart nenas
Kawan sekolah adik Abang pesan biskut tart nenas dan almond london tak ingat berapa ribu balang untuk dijual kepada kawan-kawan kilang. Oleh kerana kawan sekolah yang sangat rapat jadi adik Abang tak minta sesen pun deposit walaupun nilai pesanan beratus ribu, percaya punya pasal.
Dua minggu sebelum raya dia batalkan order dengan selamba setelah beribu balang sudah siap untuk di hantar. Terpaksalah Abang bantu adik Abang menjual biskut-biskut yang sudah dihantar oleh pembekal. Kami jual di Parit Raja, Sungai Besi dan Kompleks PKNS Shah Alam. Dua kali musim raya baru habis jual beribu balang biskut raya. Sampai sekarang tengok biskut tart nenas dan almond london yang dulu punyalah feberet tapi kini dah tak ada selera.
Kisah tidak habis begitu sahaja, pembekal biskut kejar adik Abang berbulan-bulan nak kan duit bayaran yang dijanjikan sehingga ugut nak culik anak. Semuga sahabat adik Abang itu sudah menjadi jutawan sekarang.
Tips berniaga dalam bulan Ramadan
Bukan senang nak jadi senang, semua pengalaman ini menjadikan Abang lebih tabah untuk berniaga. Berniaga bukan sahaja bulan Ramadan tetapi pada bulan-bulan lain pun boleh untung berganda-ganda apabila dibuat dengan cara yang betul dan jujur. Menipu dalam perniagaan boleh untung sekejap tetapi untuk jangka masa panjang pasti rugi lebih berganda sebab kita sudah tidak dipercayai.
Pengajarannya apabila berniaga di bulan Ramadan mesti ambil deposit apabila kawan-kawan pesan banyak sebab kawan-kawan kita belum tentu mulia seperti mulianya bulan Ramadan.
Pasti kawan-kawan juga ada pengalaman berniaga di bulan Ramadan yang boleh dikongsikan dengan kami semua.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
134 Comments
Untung rugi adat berniaga.Sy pun sedang cekalkan hati..bukan sebab kena tipu..tp sebab tukang jahit gagal siapkan tempahan untuk dijual dengan seribu alasan.Sebagai jalan penyelesaian..sy membeli secara borong..malangnya pakaian yang dibeli gagal dijual kerana ukuran yg tidak betul.sy ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.Sy baca entri ni utk pujuk diri sendiri…huwaaa….
Itulah risiko bila barang dagangan bukan dalam kawalan kita
Duit dah keluar
Untung belum tentu
RUgi sudah pasti
Takut juga baca kisah pengalaman orang lain meniaga
Nak meniaga hati mesti kuat
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..15 Pantang Larang Ibu Mengandung. Elak Sungguh Sungguh!
Sebab tu elok mula kecil kecilan
Tak ada lah teruk sangat jadi nya kalau tutup bisnes
Sudah melepasi 17 Ramadan, jemaah dah mula beralih ke pusat membeli belah, peniaga di bazar Ramadan yang kurang mendapat sambutan barang kali sudah tutup awal.
Curahan rasa Ikhwan @ ..UberDOST Beri Lelaki Ini RM20 Ribu
Meniaga perlukan kemahiran dan ilmu untuk berjaya
Barang berkualiti tanpa pemasaran yang betul akan sunyi tanpa pelanggan
Mana pun sama kan
Awal puasa memang ramai di surau
Lain pula di turki. Makin hujung makin ramai
Sekarang ni banyak laporan orang hilang dari masjid dan surau.
Jemaah hilang
sadisnya cerita abang ni, abang tak layak bisnes off line nampaknya, sebab jujur bebeno..hihi
jangan macam tu..
kalau abang DH brutal dah lama dia saman rugi kepada mereka yanng berbuat jahat dengannya..
moga-moga kerugian yang dialaminya itu jadi sumber pahala yang berterusan
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Tanda Ada Orang Yang Merindukan Kita
Betul, masih ada timbang rasa dalam diri abang denai hati, masih beri peluang untuk orang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Raya Dengan Uber
Kalau kita redha dan sabar dengan ujian Allah
Insyaallah bantuan dari Allah akan tiba juga
Insyaallah rezeki Allah tu ada. Kena sabar dan usaha saja
Kalau pasrah memang tak dapat apa
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set Mengandung Shaklee Untuk Kencing Manis. Kawal Gula Sekarang!
Allah yang bagi rzeki pada yang usaha dan tawakal pada nya
Semoga mereka yang berniaga di bazar, betul-betul ikhlas dan jujur. Taknak lah karipap sardin oksigen, makanan basi, makanan mentah. Hilang keberkatan rezeki.
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
ha ha
Sardin oksigen
Makan dapat angin je
Berniagga biarlah jujur
tak lah makan jadi naik angin
Ini nama nya makan angin keluar asap
Lapar lapar makan karipap angin
Makin marah 😁
Bila duit di letak di ranking utama, kawan ke tak even family pun mereka sanggup tipu kan. Janji diri sendiri dapat untung.
Curahan rasa Syamila @ ..Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Bagus – Mesti Cuba
Berkiblatkan wang ringgit
Memang banyak jadi macam ni
Halal haram dah tak fikir
huuu…..sedihnya dapat kawan mcm tu. kita yg berniaga ni pulak rugi..sudahlah untung pun tak dapat. last2 memang kena redha. Allah nak bagi lagi banyak rezeki kat tempat lain..
Curahan rasa Rayna @ ..Serum Glowing – RM 100.00 (SM)
Berniaga dan kawan ni kena jauh lah
Sebab biasa orang ambil kesempatan sebab percaya
Memang macam tu lah lumrah berniaga sesama melayu
Kalau nak elakkan jadi macam ni
Memang kena ambil deposit
Dalam surah al baqarah ada ayat paling panjang dalam al quran
soal hutang
Main main dengan hutang
Mati syahid pun boleh tergantung tak masuk syurga
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Betul ke Pakai Krim Siang Malam Bagus Untuk Kulit Cantik?
Kita nak tolong orang melayu berniaga, tapi kita pula yang dapat susah.
Betul tu, hutang ni mana boleh buat main2.
Curahan rasa Syamila @ ..Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Bagus – Mesti Cuba
Tulah best ajer jual jual masa ramadhan ni. Penat lelah letak tepi sbb gembira bawa hasil . Jom usha blog saya jom 🙂
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..6 Komplikasi Penyakit Kencing Manis. No. 5 Paling Menakutkan Kaum Lelaki
memang best berjual bulan ramadan..
orang kata bulan rezeki..
memang laku keras dan bergantung kepada produk apa yang kita jual..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cinta Tidak Boleh Dipaksa Untuk Suami
Usaha dan tawakal jalan beriringan
Memang kalau berniaga bulan puasa laku
Cuma jangan sampai terabai beribadat
Bila ke bazar Ramadan, bawa RM10 sahaja untuk beli makanan utama, kalau bawa lebih nanti banyak belanjanya, makan pula sikit sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sudah Kerja Tapi Perlu Pendapatan Sampingan
tulah teknik yang baik..bawa duit secukup-cukup supaya tidak terlebih bajet..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cinta Tidak Boleh Dipaksa Untuk Suami
Kami selalu ke bazaar, tapi tak pernah beli melebihi yang sepatutnya.
Alhamdulillah makanan yang dibeli habis di makan.
Kalau beli nasi beriani ke apa, kami biasa kongsi berdua sebab makan berbuka tak banyak mana pun sebab nanti kenyang dengan air dan kuih aje.
Bazaar 5 minit je dari rumah, suami pula berniaga di bazaar. Kuih muih kalau ada yang tak habis oleh peniaga lain mesti dapat bawa balik.
Curahan rasa Syamila @ ..Cara Buang Angin Dalam Badan Paling Bagus – Mesti Cuba
Alhamdulillah
Tahun ni kami berjaya tak pergi bazar langsung masa puasa untuk berbuka
Makan apa yang ada saja
Teringat tahun 1999 dulu, cuba jual air tauhu dengan kawan masa bulan puasa. Bila dapat duit hasil jualan, gembira sangat sebab dapat beli baju raya, hihihi.
Saya jual biskut raya dan kerepek dengan suami
Teringat zaman tu
Memang banyak kenangan silam
Curahan rasa Mazni Azmi Ramadhan @ ..Punca Sakit Buah Pinggang. Awas kencing pekat & berbuih!
Dulu masa sekolah menengah menjual ABC di depan rumah. Memang laku cuma perlu sabar kerana kerjanya agak penat. Pelanggan pun suka repeat order n yang buat dorg repeat order sebab katanya sedap dan isi pun banyak. Alhamdulillah..
Sekarang jual vitamin jala dari rumah 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..TIPS TAHAN BERPUASA IBU MENYUSUKAN ANAK SECARA SERENTAK ATAU TANDEM NURSING
Jual abc masa bulan puasa cuaca panas memang laku
lagi lahi kalau murah dan banyak isis
Sebut pasal abc tiba tiba teringin nak minum masa hari raya ni
Hehe
Comments are closed.