Pengalaman berhutang kredit kad

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, beberapa hari lepas sempat juga Abang Denaihati berehat sambil membaca majalah setelah sibuk dengan urusan bisnis online dan offline. Antara isu yang dibawa dalam majalah tersebut adalah kisah hutang.  Apabila membaca isu ramai eksekutif muda terlilit dengan hutang teringat kisah Abang zaman awal berkerjaya dulu.

Di tahun akhir belajar Abang terperangkap dengan buku hasil nukilan Tuan Azizi Ali jutawan pelabuaran. Anak kampung yang miskin jadi bersemangat nak jadi jutawan seperti Tuan Azizi Ali. Ketika itu lebih banyak berguru dengan buku untuk mencapai matlamat tak seperti sekarang berbagai ilmu ada disosial media dan berpuluh-puluh sifu sedia mengajar dengan yuran tertentu.

hutang kad kredit

Abang mulakan langkah dengan dunia saham BSKL cuba IPO dan kemudian belajar trade melalui remiser. Modal di tangan sikit kemudian guna tunai dari kredit kad. Dari satu kredit kad sehingga ke tiga kredit kad. Pada  peringkat permulaan semua berjalan baik tapi bila silap langkah dan kebetulan pasaran saham dunia tak menentu habis semuanya sehingga terpaksa menanggung hutang kredit kad bertahun-tahun. Hutang kredit kad tak ada bezanya dengan Along, tinggi bunga dan bank menggunakan agen secara paksa bagaikan kita penjenayah untuk kutip balik hutang. Kepada yang ada pengalaman sama seperti Abang pasti memahami dan merasai  kesusuhan saat tersebut.

Kawan Abang lagilah teruk guna kredit kad untuk bergaya supaya nampak kaya depan awek dia. Akhirnya dikejar juga seperti Abang sehingga diistihar muflis tak kurang juga yang terjerumus dengan rasuah kerana nak membayar hutang. Alhamdulillah Abang sekarang sudah bebas hutang boleh berjalan kemana sahaja pelusuk dunia. Anda bila lagi?

Denaihati travel Kembara Palestine

Bertahun juga nak selesaikan beban hutang kredit kad dan akhirnya kad terakhir citi bank dapat Abang selesaikan. Pengalaman perit jadi panduan kepada ramai kekawan sebagai tempat rujukkan bagaimana cara untuk keluar dari masalah hutang kad kredit. Abang kongsikan jalan bagaimana cara untuk bebas dari hutang kad kredit yang perlukan kesungguhan dan berhijrah daripada tabiat biasa kehidupan.

Itulah sedikit kisah Abang terjerumus dengan masalah bayaran hutang kredit kad. Kepada yang sedang berjuang untuk keluar dari belenggu tersebut dan perlukan bantuan insyaa Allah bolehlah Abang hulurkan sedikit bantuan.

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

26 Comments

  1. Bagaimana cara terbaik untuk melunasi hutang ya?
    apakah pinjam lagi ke pihak lain untuk melunasi hutang ya?
    terima kasih

  2. Mrs. A pun dah tak guna kredit kad. Dulu zaman muda remaja ada tiga kredit kad memang hazab sangat nak settlekan.

    Bagi mereka yang masih berhutang kad kredit perlu disiplin dan azam yang tinggi untuk bebaskan diri dari belenggu hutang tu.

    Jiwa tenang bila tidak lagi dicalling-calling oleh orang bank.
    Curahan rasa Mrs. A @ ..Pertama Kali Kena ‘Mild Heart Attack’My Profile

  3. Pengalaman adalah guru terbaik.

    Hutang ni memang membebankan selagi tak settle. Mujurlah DH dapat keluar dari belenggu hutang kad kredit tersebut.

  4. Ya betul… dulu pernah ada 3@4 keping kredit. paling bahaya guna untuk isi minyak keta. Berjalan dan swipe ja, tak perasan baper yg dah guna untuk minyak kereta. Hujung bulan, terima bil..wow..beratus.. mula2 byr full..lama2 sikit2 dan akhirnya..tertunggak. Lepas tuh, stop guna kad kredit utk minyak, guna cash. Dan settle kad kredit perlahan-lahan hingga selesai. Terminate kad kredit.

    dan sekarang tinggal dua ja, jika perlu pakai cash on the spot . Pakai dan terus bayar.
    Pakai kredit perlu bijak mengurus kewangan.
    Curahan rasa sharimah @ ..SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA PENDUDUK KG KEEBMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!