Korban harta untuk ibadah haji tak rugi
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang Denaihati memang biasa pujuk kawan-kawan rapat supaya buat haji secepat mungkin, jangan tunggu tua. Ibadah haji adalah ibadah yang fizikal dan perlukan stamina jadi lagi muda lagi bagus kita pergi. Lagi pun ALLAH tak pernah janji kita akan mati bila usia tua.
Abang masih ingat nasihat seorang ustaz katanya – bagi orang yang telah cukup syarat-syarat wajib haji tetapi tidak segera menunaikannya tiba-tiba dia meninggal dunia, maka sangatlah besarlah dosanya, kerana boleh menyebabkan dia mati sebagi seorang Nasrani dan yahudi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah”. (Riwayat – Turmizi)
Abang selalu nasihat kekawan rapat kalau ada dua rumah jual satu untuk pergi haji, kalau ada simpanan kat ASB atau investment lain keluarkan biar baki kosong pun tak apa untuk haji, kalau ada tanah jual untuk pergi haji. Yakinlah kita korban harta kerana keutamaan untuk ALLAH pasti balasannya berlipat kali ganda rezeki. Ini pun salah satu magnet rezeki.
Teringat kata-kata seorang ustaz – “Hadis janjikan kekayaan untuk yang pergi haji & umrah. Sifir Allah lain. Nampak macamm keluar duit untuk pergi umrah dan haji tapi hakikatnya Allah akan tambah lagi rezeki. Bukan pergi mekah untuk kaya tapi itu janji Nabi SAW untuk keluarkan keyakinan kepada harta dari hati manusia.
Apabila kita sudah buat ibadah haji bermakna kita sudah merdeka kerana sudah menyempurnakan lima rukun Islam yang menjadi kewajiban untuk setiap umat Islam.
Abang dah tengok ramai kekawan yang kelihatan tak ada banyak duit tapi dengan izin ALLAH terpilih menjadi tetamu ALLAH dengan berbagai cara yang ajaib. Ramai juga yg banyak duit tapi tak pernah rasa cukup untuk pergi haji kerana tiada kesungguhan.
Carilah ALLAH dengan apacara sekali pun kalau kita nak betul-betul MERDEKA jasmani dan rohani. Semuga kita mendapat hidayah ALLAH. Kepada yang belum terpilih menjadi tetamu ALLAH kita ada cara lain untuk melipat gandakan ibadah di musim haji antaranya puasa sunat wukuf dan buat qurban paling tidak satu bahagian untuk satu keluarga.
Kepada yang nak tempah boleh tempah qurban murah secara online di eQurban.com. Jangan tunggu senang baru nak buat sebab senang susah semua dari ALLAH.
Abang Denaihati
Denaihati.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


