Pembantu Rumah Indonesia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada yang panggil pembantu rumah ada yang panggil amah dan ada yang panggil bibik. Apa pun panggilannya maksudnya adalah sama dan isu pembantu rumah Indonesia menjadi sensasi apabila konsep satu amah, satu kerja dengan gaji minima RM700 yang diumumkan oleh pegawai buruh Indonesia dilihat sebagai suatu yang tidak muhasabah.

Isu Pembantu Rumah Indonesia sudah berlarutan beberapa bulan apabila Kerajaan Indonesia membekukan kemasukan amah ke Malaysia setelah berlaku beberapa penderaan seperti Wifainda dan Mantik Hani. Penderaan pembantu rumah Indonesia sebenarnya adalah kes terpencil yang juga berlaku di Arab Saudi, Kuwait dan ada juga berlaku di Indonesia. Nak dapat pembantu rumah Indonesia yang bagus bukan senang, banyak keluarga telah bertukar lebih lima amah barulah dapat seorang yang bagus.

Sudah tiba masanya keluarga Malaysia tidak mengharapkan pembantu rumah Indonesia atau Kemboja atau Filipina menguruskan rumahtangga mereka. Tidak kurang ramai ibubapa sekarang yang melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada pembantu rumah sehingga melahirkan generasi Malaysia yang sakit dengan berbagai masalah sosial. Ibubapa lebih seronok bergurau senda dengan kawan-kawan di pejabat daripada melayan kerenah anak yang berbagai. Alasan isteri bekerja untuk membantu suami hanya boleh diguna pakai untuk sebahagian kecil keluarga selebihnya hanya untuk keseronokan melepaskan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara:sedekah jariah (umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya.”  (Hadis riwayat Muslim)

Agaknyalah kalau kita membiarkan pembantu rumah Indonesia yang mendidik anak kita bolehkah anak tersebut menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan ibubapanya. Jangan kita menjadi antara ibubapa yang hanya pandai menternak anak tetapi tidak pandai mendidik anak hanya kerana terlalu mengejar urusan dunia. Kalau kita faham konsep mendidik dan menguruskan rumahtangga untuk mendapat keberkatan pasti isu pembantu rumah Indonesia tidak akan masuk dalam kamus kehidupan keluarga kita.


Spread the love

159 Comments

  1. x tau la… kita nei boleh la diketogorikan sebagai antara rakyat yang pemalas tapi nk bermewah.. benda kerja umah boleh jer buat, tapi malas nk buat.. kerja cari makan tu kerja suami, aku x tak la kalau2 ada laki dayus yang suka makan hasil kerja bini…
    Curahan rasa fauzi @ ..Tuhan berikan aku cintaMy Profile

  2. antara faktor yang menyebabkan orang tua ditinggalkan di rumah orang tua adalah sikap ibubapa itu sendiri yang dahulunya suka mengharapkan orang lain untuk menjaga anak mereka..sehinggakan anak2 hilang rasa cinta kasih kepada ibubapa kandung sendiri..
    Curahan rasa JomStadi @ ..Anugerah Biasiswa Astro 2012My Profile

  3. Saya antara beruntung kerana isteri saya adalah suri rumah sepenuh masa untuk menjaga anak-anak selain mengurus rumahtangga. Parah juga kalau kerajaan Indonesia mengkhususkan bidang kerja apa pun mengharapkan kerajaan dapat berbincang dan mendapat kata sepakat untuk kebaikan kedua-dua negara.
    Curahan rasa akubiomed @ ..Pesta Buku Kelantan 2012 kembali lagiMy Profile

  4. saya setuju dengan pendapat penulis.seorang ibu seharusnya bersedia untuk menjadi mentor kepada anak-anak mereka.bayangkan seorang anak yang baru berumur katakan 5 tahun sudah ditinggalkan untuk dijaga oleh pembantu rumah, apakah keselamatan( merangkumi semua perkara dari makan minum, pergerakan atau juga sahsiah diri) mereka terjamin sepenuhnya.seorang ibu seharusnya yang paling rapat dengan anak-anaknya.bukankah syurga itu ditelapak kaki ibu.
    Curahan rasa marcklly @ ..Pelaburan EmasMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!