Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang menghubungi Denaihati Network untuk mendapatkan khidmat nasihat. Memang ramai yang belum mengetahui Denaihati Network menyediakan solusi strategi dan perancangan pemasaran digital yang menyeluruh.
Pemasaran digital yang melibatkan penggunaan Facebook, Twitter, Instagram, Laman web, Blog dan seumpamanya akan memberikan impak yang lebih menyeluruh untuk kesan jangka masa panjang. Peluang masih terbentang luas, terlalu ramai penduduk di Malaysia masih belum mengenali produk yang kita pasarkan.
Menggunakan platform digital, membolehkan kita meluaskan pasaran tanpa perlu mengeluarkan kos yang sangat tinggi jika dibandingkan dengna kaedah pemasaran konvensional.
Pemasaran online melibatkan platform selain Facebook
Sekiranya kita bertanya dengan usahawan-usahawan online pada masa kini, lebih separuh akan menjawab mereka menggunakan Facebook untuk membuat pemasaran. Hanya segelintir akan menamakan platform yang lain seperti menggunakan enjin caridan dan SEO.
Semua ini ada kesan yang berbeza terhadap kempen pemasaran yang ingin kita jalankan.
Pemasaran di Facebook memang tidak dinafikan memberikan impak yang hebat dan cepat. Anda akan boleh melariskan jualan dengan pantas menggunakan modal yang ditetapkan dan teknik yang betul. Namun begitu, bagaimana pelanggan membuat keputusan di Facebook adalah berbeza dengan platform yang lain.
Bakal pelanggan mencari jalan penyelesaian untuk masalah mereka
Lazimnya, kita perlu sedar, perniagaan wujud disebabkan wujudnya masalah. Apabila seseorang itu boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi, mereka berhak untuk mengenakan bayaran yang sewajarnya. Disitulah bermula perniagaan yang seringkali kita sebut-sebutkan.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Google, 92% rakyat Malaysia membuat carian menggunakan Google. Ini melibatkan 25 juta rakyat Malaysia yang mempunyai akses perkhidmatan atas talian. Jumlah yang sangat besar.
Mereka yang menggunakan enjin carian ini, sudah mempunyai minda yang ingin menyelesaikan apa yang mereka sedang cari. Apabila kita meletakkan jalan penyelesaian tersebut pada halaman pertama carian mereka, disitulah kesan apabila kita menjalankan pemasaran di pelbagai platform.
Pemasaran digital secara menyeluruh
Sekiranya anda ingin mengukuhkan penjenamaan dan kedudukan perniagaan anda di persada atas talian, adalah sangat penting untuk anda pastikan, perniagaan anda bukan sekadar berada di Facebook semata-mata. Pastikan perniagaan anda berada di lokasi-lokasi penting seperti di enjin carian dan rangkaian media sosial yang berbeza.
Jika tidak, anda sedang membenarkan pesaing anda mendominasi pemasaran atas talian secara menyeluruh. Boleh hubungi Denaihati Network untuk perbincangan lanjut bagaimana menjalankan pemasaran digital secara menyeluruh.
Benarkan kami membantu anda untuk memperkukuhkan lagi strategi pemasaran atas talian untuk syarikat anda.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
36 Comments
Blog evergreen … orang cari akan jumpa. Kalau Facebook, ia lebih pentingkan mana yang trend, mana yang boleh berikan ia duit .. hehehe
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Microwave Midea 25 Liter Beli Online di Lazada Malaysia
Facebook tak akan dapat menandingi kehebatan SEO yang ada pada blog.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
terima kasih atas perkongsian ilmunnya..sesungguhnya menggunakan pelbagai platform untuk memasarkan produk amat penting untuk membantu dalam perniagaan online..
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..Baju Nikah Putih 2016
Banyak platform yang boleh digunakan untuk pemasaran, tapi kena fokus pada platform yang berkesan sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Buat RM11 Ribu Dengan FB Ads
Ternyata medium blog masih relevan. Tinggal nak gali ilmu daripada yang ahli, macam mana nak majukannya untuk tujuan marketing. 😉
Curahan rasa Oja Samid @ ..9 Tips Persediaan Bercuti ke New Zealand Bersama Keluarga 9 hari 8 malam
Biar pun blog kekal evergreen, saingan dari blog lain tetap ada dari segi SERP.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Dalam seni pemasaran digital perlu kreatif.. kalau boleh kena gunakan semua channel pemasaran..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Kena ada blog, fanpage, telegram, instagram, whatssapp, twitter, landing page, sistem autoresponder dan lain2..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Kena kuasai ilmu copywriting, seo, pemasaran melalui email, pemasaran melalui sms, whatsapp dan sebagainya..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
memang banyak medium pemasaran digital yang boleh kita terokai.
mencabar persaingan sekarang ni
Curahan rasa zool @ ..Liga Malaysia 2017 bermula 20 Januari
Saingan tetap ada di mana mana, boleh dikatakan setiap tempat ada jerung yang menguasai kawasan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli Rumah Pertama
nak jadi peniaga online tak boleh tertumpu pada satu medium sahaja. strategi tu penting
Curahan rasa nikkhazami @ ..Permohonan Adsense Diluluskan Sepenuhnya
Boleh cuba banyak platform iklan, tapi fokus pada satu platform yang betul betul bagi ROI yang positif.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Buat RM11 Ribu Dengan FB Ads
asalkan tidak konsentret pada satu medium..cuba optimunkan penggunaan semua apps yg berpotensi.
Curahan rasa JMR @ ..Anniversary Dinner 2016: Rezeki Datang Dalam Pelbagai Bentuk.
Betul, guna banyak medium lagi bagus sebab kalau satu tutup, ada banyak lagi saluran lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Lepas saya buat iklan di Google Adwords, barulah saya sedar Facebook Ads bukanlah lubuk utama untuk jual produl lagi…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen Kelapan Dari Uber
Setuju setuju setuju… google adword spesifik mengikut keywords.. orang yg mencari keyword tersebut, biasanya adalah prospek sasaran yg tepat..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Manakala iklan fbads spesifik kepada faktor demografi yg berkaitan dgn kempen iklan yg kita buat… tapi tak semestinya prospek yg tepat..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
thanks di atas perkongsian ini .. ada ilmu SEO pon penting kerana secara tak langsung ianya boleh membantu dari pemasaran secara online. Memandangkan kos pemasaran menggunakan iklan yang semakin meningkat.
Curahan rasa mohd rawi @ ..Cara Download Video dari Youtube Tanpa Software
SEO juga ada hadnya, jika pesaing guna Adwords, maka SEO yang dibanggakan akan jatuh kedudukannya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Setuju. Saya sedang belajar tentang SEO. Wajar, sih, kalau banyak yang bilang Social media sebagai platform utama dalam pemasaran, sebab tidak banyak yang tahu teknik-teknik SEO.
Ibaratkan, SEO itu kita bikin toko lalu ada orang BUTUH yang membeli. Tetapi kalau kita pake social media platform, itu berarti kita MENAWARKAN barang pada orang yang BELUM TENTU BUTUH. Sehingga konversinya akan berbeda. he he
Salam from indonesia 🙂
Benar, kalau produk yang dipaparkan tak ada permintaan, maka siapa pun tak mahu beli.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Betul tu.. sangat setuju.. kena buat promosi secara online melalui pelbagai channel pemasaran.. jangan fokus kepada satu panel sahaja..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Salam buat sahabat semua….. Memang betul, dunia kini semakin maju. Teknologi semakin canggih. Pasaran perniagaan bukan setakat secara konvensional tetapi perlukan secara digital, yakni secara online untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi, jika tidak kita ketinggalan.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..10 Tip Beli Barang Online
Kalau kita tak ikut teknologi, maka kita akan ketinggalan. Dulu tak mahu guna WhatApps, hari ini sudah terpaksa pakai juga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Kalau mahu berniaga atas talian, memang patut gunakan semua saluran atas talian yang ada. Supaya bila ada satu yang ‘tersekat’, masih ada saluran pemasaran yang lain.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Buku Ashaari Muhammad
Benar, usah tersekat dengan satu jenis saluran sahaja, sekarang sudah masanya untuk guna cross channel marketing.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
menarik penerangan di atas. selain facebook memang kena ada blog.
Curahan rasa Kak Nab @ ..BISNES YANG PALING MENGUNTUNGKAN
Blog memang satu keperluan selain memiliki fanpage.. maklumat yang boleh kita masukan dalam blog biasanya lebih detail berbanding fanpage..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Blog pun tak boleh guna yang percuma, elok guna yang berbayar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Betul, guna Facebook, kalau kena pada caranya, memang masyuk kita punya pendapatan.
Tapi guna blog, memang jauh lebih stabil, malah akan mendapat pendapatan berpanjangan. Pun perlu guna teknik dan strategi tertentu.
Dengan blog, kita boleh automate kan kedai kita 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Atasi Rambut Gugur Untuk Cegah Botak
Blog harus digandingkan dengan Adwords, jadi pesaing akan ketinggalan biar pun SEO mereka hebat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Comments are closed.