Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
ramai yang merasakan blog sudah tidak relevan pada masa kini, namun ramai juga tidak sedar bagaimana mereka melalui kehidupan seharian.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak Google, 92% rakyat Malaysia membuat carian menggunakan Google. Ini adalah peratusan yang sangat tinggi. Daripada perangkaan Google juga, sebanyak 25 Juta penduduk Malaysia yang mempunyai akses online.
Blog sebagai alat penghubung
Apabila pengguna membuat carian di Google, ada dua kemungkinan yang akan berlaku, mereka akan dapat hasil carian biasa atau hasil carian berbayar (iklan menerusi Google Adwords). Strategi terbaik adalah apabila kita boleh mendominasi kedua-dua hasil carian ini.
Namun begitu, sekiranya kita belum mempunyai bajet untuk kempen pemasaran yang luas, permulaan menggunakan SEO adalah langkah paling jimat kita boleh lakukan.
Walaupun secara langsung, SEO ini tidak melibatkan kos wang ringgit yang banyak, namun ianya masih memerlukan kos masa, tenaga, kemahiran dan lain-lain yang berkaitan. Sekiranya kita belum ada domain, kos domain juga perlu diambil kira.
Blog merupakan alat penghubung antara pembaca dan maklumat yang dicari. Sekiranya maklumat yang dicari adalah berkaitan masalah yang boleh diselesaikan dengan produk atau perkhidmatan yang kita pasarkan, ini peluang kita untuk mendapat pelanggan yang mengenai sasaran.
Pemasaran blog strategi jangka masa panjang
Pemasaran blog adalah strategi pemasaran jangka masa panjang, ianya tidak berkesan sekiranya kita mahukan hasil yang cepat. Blog perlu dibina terlebih dahulu, sebelum kita boleh menggunakan blog untuk tujuan pemasaran.
Sekiranya anda inginkan hasil yang cepat menggunakan pemasaran blog, boleh Hubungi Denaihati Network untuk kempen pemasaran melalui blog.
Apabila kita memulakan blog, kita ibarat menyemai benih pohon durian. Ianya memerlukan masa sebelum kita boleh menikmati durian berkualiti tinggi yang enak dan lemak berkrim.
Begitu juga dengan blog, kita perlu terlebih dahulu menyemai benih-benih melalui penulisan yang kita garab dan terbitkan di blog pilihan kita.
Membina kredibiliti dan memberi impak positif
Melalui penulisan blog, kita boleh membina perhubungan dan kredibiliti dalam bidang yang kita ceburi. Bakal-bakal pelanggan yang menemui blog kita melalui Google akan membaca dan menilai penulisan serta isi kandungan yang disediakan untuk mereka.
Ini adalah proses penjenamaan yang mengambil masa, tetapi sangat berkesan. Apabila mereka mula mengenali jenama perniagaan kita, proses jual beli akan berlaku selepas itu.
92% pengguna Google ini merupakan pasaran yang sangat luas, dan mereka mencari penyelesaian menggunakan Google juga. Seandainya kita meletakkan laman atau artikel kita pada halaman pertama carian, itu adalah perkara yang sangat bagus.
Pelajari bagaimana membina blog yang berkesan
Pengalaman menggunakan pemasaran blog sejak 2004 adalah sesuatu yang perlu dikongsikan kepada semua. Akademi Denaihati akan mengadakan kelas WordPress For Business pada 22&23 Oktober 2016. Ini merupakan kelas praktikal selama 2 hari yang memberikan pendedahan bagaimana membina blog yang baik.
Anda akan mempelajari selok belok membina blog, memasang WordPress, penulisan SEO yang berkesan tetapi tidak memerlukan pemahaman teknikal yang tinggi, teknik perancangan artikel, strategi pembinaan blog dan banyak lagi.
Ini merupakan sesi ketiga tahun ini, dan mungkin sesi terakhir untuk kelas umum daripada Akademi Denaihati untuk memberikan tumpuan kepada peserta sedia ada.
Kelas seterusnya mungkin akan diadakan pada tahun hadapan.
Sekiranya anda ingin membina kempen pemasaran jangka masa panjang yang berkesan dan tidak memerlukan modal wang ringgit yang besar, rebut peluang ini sekarang sebelum tempat penuh. Sila klik pada gambar di bawah untuk ke halaman pendaftaran.
46 Comments
Betul tu.. saya setuju.. bagi saya pemasaran blog bersifat long term..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Jadi serampang 4 5 mata.. kita boleh share di facebook untuk mendapatkan customer dari facebook..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Kita boleh share ke mana2 platform sosial seperti Instagram, telegram, twitter dan sebagainya untuk mendapatkan pelanggan..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Dalam masa yang sama… kelebihan seo yang kita miliki dapat membantu kita mencari pelanggan menerusi enjin carian google…
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Masa mula blogging dulu buat blog macam diari, tulis ikut suka hati aje.. Bila mulakan bisnes online, baru faham yang blog juga boleh jadi marketing tools dengan capaian yang lebih luas.. Alhamdulillah, dari mommy blogger dengan bahasa yang ntahapeape, dah boleh apply teknik SEO sket2 sekarang.. Harap sangat dapat join kelas blogging dengan DenaiHati nanti..
Curahan rasa arnie @ ..District 21 Taman Tema Apocalypse IOI Mall Putrajaya
Blog dan Google memang pemasaran yang elok untuk jangka masa yang panjang.
Curahan rasa Shye @ ..Ibu Bekerja Atau Surirumah Hari-hari Mesti Bertenaga
TQ atas tips nie :-D. Baru saya lebih faham kenapa pentingnya blogwalking ni…
Blog adalah medium yang penting untuk kita memasarkan prodak kita. nak kena rajin update blog untuk mendapat ramai pelawat.
Curahan rasa Supernifz @ ..Kesan Sampingan Set Kecantikan Shaklee
Blog adalah pemasaran dan pelaburan yang sangat bagus untuk jangka masa panjang
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BILA KEPALA PUTRIKU BERDARAH…
Buat pemasaran dari blog memang terbaik.Hasilnya berterusan selagi blog tersebut wujud.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..9 Gambar Ummi Nazeera Pelakon Patahnya Sebelah Sayap
Ramai usahawan sekarang yang memasarkan barangan mereka dengan penulisan review blogger. Hasilnya berkesan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..9 Gambar Ummi Nazeera Pelakon Patahnya Sebelah Sayap
Yep. SEO sangat penting bagi kita yang buat bisnes melalui blog. Thanks for sharing.
Curahan rasa ira @ ..Tips Atasi Masalah Pepijat
Ada guru blog depan mata lagi senang nak belajar. Tak tahu boleh tanya terus dan buat. Seronok.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..9 Gambar Ummi Nazeera Pelakon Patahnya Sebelah Sayap
Nak bina SEO memang amat susah. Jika tiada kesabaran kita akan cepat bosan. Ianya memakan masa yang panjang.
Saya berminat .
Curahan rasa Che Rizal @ ..Panduan Rahsia Sukses Mengatasi Kos Kehidupan Yang Meningkat
wah bagusnya ada kelas sebegini. semua ia memberi manfaat kepada semua orang.
Curahan rasa siti hazreen @ ..Gigi dan Tabiat Merokok
Alhamdulillah, seronoknyer baca perkongsian ni. Saya masih baru dengan blog, sekarang tengah berusaha untuk tulis artikel yang boleh berkongsi inspirasi. Doakan saya. Alhamdulillah, saya juga salah seorang yang sudah sertai kelas wordpress for business cikgu eizil. Banyak sangat yang kita boleh belajar, nilai yang kita dapat tak ternilai dengan bayaran kelas. Kepada yang belum join kelas ni, saya sangat2 rekomen. Moga Allah berkati usaha eizil memandaikan orang lain. Insya Allah 🙂
Curahan rasa Era Adlina @ ..Kisah Impian Burung Hud-hud
Wah blogger baru ye, samalah kita.. Btw menarik penulisan saudari.
ala.. macam kena tukar platform jek nih.. hish.. hee~ terima kasih cikgu.. ilmu mana yang cikgu bagi saya praktikkan.. in shaa Allah..
Pernah join kelas Tn Eizil..
Memang mudah faham..harap ada rezeki nk join kelas wordpress lepas ni.
Memang hebat pemasaran dan penjenamaan melalui blog, cuma kita kena betul2 fahami asas SEO dengan baik, belajar dan terus belajar
Curahan rasa mohamad junaidi jusoh @ ..Yamaha MT-09 2017 Dengan Facelift Dan Spesifikasi Baru Lebih Hebat
Comments are closed.