Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bantu ekonomi negara

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memacu kembali ekonomi Malaysia ekoran pandemik COVID-19.

Kerajaan mengenal pasti tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat; melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha.

Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia.

Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan.

Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS.

Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat.

Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang.

Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan.

Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah.

Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah.

Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai.

Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta.

Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.

Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta.

RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini.

Kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, komputer riba atau tablet daripada majikan.

e-Baucar untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak, insentif cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi yuran taska, tadika.

Insentif RM600 kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan.

Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.

Mereka yang hilang pekerjaan layak menerima elaun latihan sehingga RM4,000 walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.

Kerajaan akan beri geran kepada pengendali taska untuk patuhi dan laksana SOP disediakan.

Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember.

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (Al Imran ayat 54)

Bersama Menjana Ekonomi

Amir Hassan


Spread the love

3 Comments

  1. menarik sungguh inisiatif kerajaan pada kali ini. Semoga PENJANA mampu memastikan setiap agihan dan inisiatif sampai kepada kumpulan sasar. Kebocoran itu rasanya akan ada juga, tetapi jika dapat dielakkan itu pastinya lagi baik dan menunjukkan kematangan pihak yang terlibat. Terima kasih PENJANA

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!