Orang Yang Mengamalkan Sunnah Akan Dapat 8 Keuntungan

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Al-Sunnah adalah salah satu dari wahyu Allah, dimana maksud dan isi kandungannya dilafazkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Ini bererti al-Sunnah mempunyai autoriti yang sama pentingnya dengan al-Quran selaku sumber yang kedua umat Islam.

Definisi Sunnah

Sunnah dari sudut bahasa adalah jalan atau kehidupan samada ia bersifat terpuji atau sebaliknya. Adapun dari sudut istilah pula terbahagi kepada dua antara definisi ahli hadith dan juga ahli usul:

  • Di sisi ahli Hadith: “Sunnah adalah setiap yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat khuluqiyyah, sifat khalqiyyah dan kehidupan baginda SAW samada sebelum perutusan Baginda SAW menjadi rasul”. [Lihat: Qawaid al-Tahdith, 61]
  • Di sisi ahli Usul: “Sunnah adalah setiap yang diambil daripada Nabi SAW selain daripada al-Qur’an melalui perkataan, perbuatan dan taqrir (persetujuan) Baginda SAW”.

Ahli hadith dan ahli usul bersepakat mengatakan bahawa sunnah adalah setiap perkara yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada ia berbentuk percakapan, perbuatan ataupun persetujuan (iqrar) daripada Nabi SAW.

Baca : Orang Yang Mengamalkan Sunnah Akan Dapat 8 Keuntungan

Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin Rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya sunnah Rasulullah ﷺ jika semakin dilupakan, maka (keutamaan) mengamalkannya pun semakin kuat (besar), kerana (orang yang mengamalkannya) akan mendapatkan keutamaan mengamalkan (sunnah itu sendiri) dan keutamaan menyebarkan (menghidupkan) sunnah dalam kalangan manusia.”

Orang yang dalam hidupnya mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW sejak ia bangun tidur sampai tidur kembali, maka orang tersebut akan mendapatkan 4 keuntungan di dunia dan 4 keuntungan akhirat.

Baca : Kelebihan Orang Yang Menghafal 10 Ayat Surah Al-Kahfi

4 keuntungan di dunia:

1. Dia disayangi orang di dunia
2. Dia ditakuti musuh / syaitan
3. Hidup akan diberkati
4. Agama tidak akan tercemar.

4 Keuntungan di Akhirat:

1. Dikubur kita mengenal wajah Rasulullah SAW.
2. Rasulullah SAW memberi syafaat pada orang yang selalu hidupkan sunnah.
3. Rasulullah SAW mengenal kita di padang Mahsyar.
4. Bertetangga dengan Rasulullah SAW.

Kelebihan Sunnah:

1. Dalam sunnah ada kejayaan.
2. Mempunyai daya kekuatan luar biasa.
3. Dapat sifat memuliakan.
4. Sunnah perbuatan kita telah mentauhidkan Allah SWT.
5. Mempunyai Nur (memberi hidayah pada orang lain).

Wallahua’lam. Semoga bermanfaat dan jangan lupa share 🙂

Baca : Nabi Ayyub AS Diuji Dengan Kesakitan Yang Amat Dahsyat


Spread the love

3 Comments

  1. Ini untungnya menjadi umat Nabi Muhammad. Setiap apa yang nabi buat dan diikuti oleh umatnya, umatnya akan mendapat pahala dan kelebihan di akhirat. Kelebihan ini tidak diberikan kepada umat nabi lain.

    Bersyukurlah kita menjadi umat nabi Muhammad dengan banyakkan selawat dan sedaya upaya mengamalkan sunnah nabi.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..6 Langkah Mudah Bagaimana Memulakan Bisnes Di EbayMy Profile

  2. mudah-mudahan Allah memberi kekekuatan kepada kita untuk beramal ..

    sebab terlalu banyak manfaat yang bakal kita perolehi nanti

  3. Banyak keuntungan bagi orang yang mengamalkan sunnah. Tak dapat buat semua, buat satu pun dah kira baik… tapi jangan sampai tak buat dan menyusahkan orang lain pula.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!