Bersabarlah Kerana Allah SWT Simpan Yang Lebih Baik

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bersabarlah dengan ujian dan dugaan yang menimpamu. Bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah tidak akan menzalimi hambanya dan Allah mengasihi hambanya lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya.

Dan ujian juga merupakan tanda pengiktirafan bahawa ia seorang mukmin yang sentiasa diberi perhatian oleh Maha Pencipta. Pastinya ada sesuatu hikmah yang tersembunyi yang hanya Dia mengetahui.

Baca : ‘Ujian’ Yang Allah Beri Adalah Jalan Menuju Ke Syurga

Rasulullah SAW, memberitahu kepada mereka yang miskin, jika kamu tahu apa yang Allah SWT sediakan untuk kamu di akhirat, maka kamu akan mahu kekal dalam keadaan miskin.

Kenapa Nabi SAW, kata begitu?

Supaya apabila manusia menghadapi masalah, tidaklah mereka melihat pada masalah itu sahaja.

Rasulullah SAW, tidak mengajarkan kita cara untuk menghadapi masalah dalam kehidupan. Tetapi Baginda SAW, mengajarkan kita untuk melihat kebaikan di sebalik masalah tersebut.

Imam Ali Bin Muhammad Bin Husein Al Habsyi mengatakan :

Jika permintaan kamu terhadap Allah, belum tiba, maka hendaklah kamu rasa selesa kerana yang disimpan oleh Allah adalah lebih baik.”

Baca : Allah Turunkan Ujian Tanda Allah Sayang

Suntingan tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid


Spread the love

3 Comments

  1. Sabar itu memang perlu ada kepada semua orang. Biarpun ada sebahagian orang akan berkata bersabar itu ada tahapnya. Bezanya sabar kita insan biasa dengan para solehin pasti jauh.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!