Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau kita baca biografi pemimpin terkenal atau usahawan berjaya pasti mereka akan berkongsi bagaimana bersusah payah ibubapa mereka membanting tulang mencari rezeki penyekolahkan mereka. Aku sendiri melalui pengalaman yang sama dimana kedua ibubapa bersusah payah berusaha siang dan malam mencari rezeki menyara dan menyekolahkan lima orang anak-anak.
Pengorbanan ibubapa memang tidak dapat dibandingkan sehingga kekadang malu pada diri sendiri. Sebagai ibubapa kepada anak-anak sekarang selalu sahaja lari daripada fokus kehidupan. Kalau dulu ibubapa fokus pada anak-anak sehingga terlupa diri sendiri, terlupa beli baju sendiri, terlupa keperluan sendiri. Sekarang ibubapa fokus kepada kereta, gadget, berapa helai baju, berapa banyak handbeg sehingga ada yang terlupa nak bayar yuran sekolah. Ibubapa tak sanggup berkorban mengeluar duit untuk pendidikan anak-anak yang terbaik berbanding keperluan diri sendiri.
Pengorbanan ibubapa dulu menyebabkan ilmu yang kita dapat berkat berjaya dalam kerjaya dan bisnis. Bagaimana pulak anak-anak kita di masa depan sedangkan sekarang pun kita sering mengeloh kerana prestasi pelajaran anak-anak kita tidak seberapa. Kita sering menyalahkan anak tanpa melihat diri kita yang lebih pentingkan diri sendiri berbanding keperluan anak.
Bagaimana pulak kalau sistem pelajaran kita seratus peratus percuma apalah agaknya pengorbanan ibubapa pada anaknya. Apa pulak anak nak katakan apabila mereka dewasa kelak. Bolehkah anak katakan aku berjaya dalam pelajaran kerana pengorbanan ibubapa. Secara peribadi aku kurang setuju dengan pendidikan percuma kerana boleh menyebabkan ibubapa lepas tangan. Ibubapa mesti membayar kos pendidikan anak mengikut kemampuan dan hanya pelajar yang cemerlang dan keluarga termiskin boleh menerima pelajaran percuma dari Kerajaan.
Untuk mendapat ilmu yang berkat perlu ada pengorbanan barulah melekat dalam hati. Semua tokoh dunia yang terkenal mendapat ilmu dengan berbagai cara yang susah. Kalau kita membina generasi yang mendapt ilmu cara mudah dan percuma makanya kita menyediakan satu generasi yang tidak kuat mindanya yang pasti memberi kesan buruk kepada generasi dan negara untuk masa hadapan.
Madrasah di Kemboja banyak yang daif tetapi dapat melahirkan anak-anak yang pintar. Di Malaysia ramai pelajar yang tidak belajar bersungguh-sungguh sehingga gagal kerana tidak bersyukur dengan kos pendidikan yang murah. Bagaimana pulak kalau pelajaran percuma adakah mereka boleh berubah tabiat daripada malas belajar menjadi rajin?
222 Comments
Pendidikan sangat baik untuk para generasi penerus bangsa kita agar kedepannya bangsa akan lebih baik lagi dalam kehidupannya dalam berbangsa dan bernegara
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Insomnia Gangguan Tidur
buat pelajran percuma cuma bayar yuran shj kan??ape salah nya?huhu
Curahan rasa Ikhtiar Shah @ ..Ini Bukan Niat, Tapi Dah Tabiat
betul.kena kawal benda2 yang diberi PERCUMA ni.Biar kena dengan orang yang betul bukan semua orang.
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Guna Bomoh Siam Aniaya Suami
tak setuju dengan pelajaran percuma, yuran bayar banyak pun susah nak study. ini free, confirm buat tak tau je. klu nak bg percuma pun, biarlah yg betul2 berkelayakan…
Betul tu bro, harus yang layak benar yang dapat free
Curahan rasa Dadan @ ..Persib Bandung vs Mitra Kukar
barulah dapat blajar menghargai ilmu…
Curahan rasa Nana @ ..Angkara Cintakan Isteri Orang, Lelaki Cedera Dibelasah
yg berkelayakn jer yg boleh?hem,boleh diterima juga tu.huhu
Curahan rasa Master Zuheir @ ..Akhirnya Aku Dapat Beli Buku “Rich Dad Poor Dad” Robert T.Kiyosaki
Terima kasih sahabat atas berbagi pengetahuannya ini.
Pendidikan memang penting bagi generasi muda demi kejayaan negri di masa depan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyakit Demam Berdarah DHF
memang bagus kalu nak bagi free kepada yg miskin dan memang nak belajar. Tapi ada orang yang kaya dia buat-buat “miskin” dasar orang@manusia, kalau bagi free bukan nak hargai baik. Apa beza orang kuat dengan orang lemah ? Orang kuat tak sedar sebab dia kuat, tapi orang lemah tahu hargai kekuatan. Terlalu ramai orang yang tak sedar sedang berpijak di bumi yang nyata.
Curahan rasa syafie @ ..Selamat Menduduki Peperiksaan | Meme Malaysia
hmmm, kat malaysia apa kurangnya
tapi tempat saya mengajar langsung x meja gitu, atas lantai menumpang kat ruang legar surau je
utk mengajar anak al quran dan fardhu ain tiada siapa bicara pun
ni nasib sekolah agama rakyat di Malaysia, ada yg ok tu ok la, tapi kebanyakkannya teramat doif serupa dgn gambar diatas… yuran dikenakan hanya RM10 tu pun berkira nak bayar, ni la org kita, bila cerita bab agama semua nak free…
Curahan rasa auc dot com @ ..Review Buku: Bersyukur Saat Diuji
saya perihatin atas perubahan ahlak dari masa ke masa sekarang
Curahan rasa cara diet sehat @ ..Agen Herbalife
setiap pelajaran samada ia percuma atau berbayar tetap bagus untuk semua generasi masa depan,percuma pn x guna juga jika budak sekolah x berusaha sungguh2
percuma lgi bagus tpi klu soal budak malas nak belajar tu mslh budak tu sendiri.yuran je kot yg free.perbelanjaan sume sendiri masih tanggung 🙂
Curahan rasa Master Zuheir @ ..Akhirnya Aku Dapat Beli Buku “Rich Dad Poor Dad” Robert T.Kiyosaki
benar mas , sekarang memang banyak yg sekolah tidak bersungguh-sungguh .
hanya sekedar untuk gengsi semata .
semoga pendidikan akan lebih baik lagi ke depannya 🙂
Curahan rasa Obat Tradisional Kanker Otak @ ..Obat Tradisional Nyeri Haid
Ada part MJ setuju dengan pendapat DH 😉
Curahan rasa Myra Jay @ ..Resepi Aiskrim Goreng
Dinegeri kami pun sudah berlaku sekolah gratis mudah-mudahan tetap kan menghasilkan insan-insan yang utama
Curahan rasa smp3lembang @ ..Meeting the Class for the First Time
semuanya tergantung siswanya mau belajar sungguh-sunguh atau tidak
Curahan rasa dodi @ ..Foredi Gel
dengan kerjasama yang baik antara guru dan orang tua murid mengawasi semoga hal diatas tidak terjadi
Curahan rasa smp3lembang @ ..Meeting the Class for the First Time
betul, yg penting kualitas, dan kurikulumnya bermutu.
Curahan rasa cara diet sehat @ ..Menghilangkan Selulit
setuju.. kualiti bukan kuantiti..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah dari Kak Siti
betul tu, saya pun sokong jugak…kualiti di utamakan
Curahan rasa Nana @ ..Angkara Cintakan Isteri Orang, Lelaki Cedera Dibelasah
yang penting kualitas pendidikannya, mengajar yg disiplin..pasti menghasilkan generasi unggul
Curahan rasa cara diet aman @ ..Cara Aman Menaikan Berat Badan
Comments are closed.