Pegawai Perubatan Selamat Diijabkabul Secara ‘Online’

Spread the love

Setiap manusia pasti ingin membina kehidupan berumah tangga dengan pasangan yang telah di idam-idamkan. Menikah merupakan suatu kewajiban bagi setiap Muslim.

Ini adalah kisah pasangan Pegawai Perubatan yang telah selamat diijabkabul baru-baru ini.

“ALHAMDULILLAH, semuanya berjalan lancar, terima kasih kepada semua rakan serta Unit Kesihatan dan Keselamatan HTJ yang banyak membantu,” kata Muhammad Norfahmi Mohd Latib.

Muhammad Norfahmi, 29, selamat melangsungkan pernikahan menerusi sidang video secara dalam talian di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Baca : Nikah Secara ‘Online’ Pertama Di Malaysia

Penolong Pegawai Perubatan di HTJ itu diijabkabulkan dengan pasangannya, Syahida Syatirah Abdul Hadi, 28, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Kajang, Selangor.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Ayob Baharudin, selepas permohonan mereka diluluskan dan dibenarkan Pegawai Pendaftar Nikah Daerah Kajang pada 1 tengah hari, hari ini.

Norfahmi berkata, majlis pernikahan mereka sepatutnya berlangsung pada 21 Mac lalu, namun ditunda berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan pada 18 Mac lalu.

Baca : 4 Perkara Sunat Selepas Akad Nikah

Dia dan isteri yang mula berkenalan pada 2018 merancang untuk melangsungkan perkahwinan tahun ini, tetapi tidak menyangka negara dilanda wabak Covid-19.

Justeru, katanya, dia dan isteri mencapai keputusan untuk melangsungkan pernikahan melalui dalam talian dan sidang video, bagi memastikan impian untuk mendirikan rumah tangga tercapai.

Kami hormati arahan kerajaan yang melarang untuk mengadakan sebarang majlis perkahwinan pada musim PKP, dan sebab itulah kami cuba membuat permohonan di Pejabat Agama Daerah Kajang untuk melangsungkan pernikahan ini melalui sidang video dalam talian.

Alhamdulillah, permohonan kami diterima dan diluluskan. Rakan saya banyak membantu memastikan sidang video dan pernikahan kami berjalan lancar.

Walaupun sedih kerana tiada kehadiran daripada ahli keluarga terdekat, namun saya perlu akur kerana mereka berada di Perak dan perlu mematuhi arahan PKP,” katanya.

Selepas tiga kali lafaz, Syahida akhirnya bergelar isteri kepada Noorfahmi, yang diwalikan ayah pengantin perempuan, Abdul Hadi Husain.

Norfahmi yang kini bertugas di Bilik Gerakan Covid HTJ, berharap dapat segera bertemu dengan isterinya yang tinggal di Kajang apabila PKP ditamatkan.

Mudah-mudahan, semua perjalanan saya dan isteri selepas ini dalam keadaan selamat dan saya berharap kami dapat bertemu secepat mungkin bagi meraikan rasa syukur dan detik kegembiraan ini,” katanya.

Baca : Siapakah suami dan isteri kelak di syurga?

Semoga ikatan pernikahan yang telah dipanjangkan pada hari ini kekal abadi. Selamat menempuh hidup baru.

Wallahu’alam. Dah baca? Klik share 🙂

Sumber : Hmetro


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!