Nasihat Rasulullah SAW Di Jadikan Billboard Di Amerika Syarikat
Mungkin anda tidak akan percaya apa yang dipaparkan di salah sebuah papan iklan di Amerika Syarikat (AS) namun itulah realitinya.
Sebuah billboard di Chicago memaparkan nasihat Nabi Muhammad berhubung bagaimana mencegah penyebaran wabak Covid-19 yang sedang melanda kebanyakan negara di seluruh dunia ketika ini.
Baca : Mulia Sungguh Hati Dia

Seperti yang dipaparkan oleh Gain Peace, nasihat Nabi Muhammad mengandungi 3 pesanan.
Cuci tangan anda dengan kerap, jangan tinggalkan kawasan yang dijangkiti dan jangan mengunjungi kawasan yang dijangkiti.”
Garis panduan ini berdasarkan hadis yang digunakan nabi dan dikongsi secara meluas di kebanyakan platform media sosial sejak wabak Covid-19 mulai tersebar ke seluruh dunia.
Apabila kamu mendengar bahawa wabak ada di tanah, jangan masuk ke dalamnya dan jika wabak itu merebak di suatu tempat semasa kamu berada di dalamnya, jangan tinggalkan tempat itu.”
Jangan letakkan pesakit yang sakit dengan orang yang sihat.”

Nasihat ini mula menjadi viral di saat angka mereka yang dijangkiti Covid-19 terus meningkat lebih daripada 2.4 juta dan membunuh lebih 165,775 di seluruh dunia.
Baca : Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Menolak Wabak & Penyakit
Umat Islam di seluruh dunia juga diingatkan untuk terus mengambil langkah penjarakkan sosial sepanjang bulan Ramadan bagi mengelak penularan bertambah teruk, termasuk larangan mengadakan perjumpaan dan penutupan masjid dikekalkan.

Wallahu’alam. Sila share 🙂
