Assalammualaikum dan salam sejahtera
JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia, hari ini.
Majlis pernikahan secara sidang video itu membabitkan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, yang disempurnakan dalam sekali lafaz.
Majlis diadakan 10.10 pagi tadi di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada.
Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui facebook Berita Al Hijrah.
Majlis akad nikah secara dalam talian itu dikongsi Zulkifli melalui Facebook, hari ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada JAWI atas usaha dan kejayaan bagi membantu pasangan yang berkahwin itu.
Menurut beliau, usaha baik itu adalah bagi menangani dan memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Katanya, majlis itu selaras dengan ketetapan dikeluarkan JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi kebenaran berkahwin.
JAWI membenarkan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.
Antara negara melaksanakan nikah secara dalam talian ekoran penularan Covid-19 adalah Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Pautan di bawah adalah video yang telah di kongsikan oleh Dr Zulkifli Mohamad al-bakri di Twitter beliau
MAJLIS AKAD NIKAH DALAM TALIAN (ONLINE) PERTAMA DI WILAYAH PERSEKUTUAN
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) April 18, 2020
Alhamdulillah, dengan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara, pic.twitter.com/NID89RgoOQ
Sumber : Hmetro
- Majlis Akad Nikah Di Perak Dibenarkan Sepanjang PKP
- Music Monday : Try Not To Cry (Sami Yusuf)
- ‘Jenayah kemanusiaan’ orang Islam Uighur diseksa, mengapa dunia membisu?
- Dr. Zakir Naik Memohon Maaf dan Beliau Dilarang Berceramah
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bantu kakitangan Utusan Melayu
6 Comments
saya nak tanya surat nikah sah 3 bulan saja kan. adakah valid surat tu jika tamat tempoh kerana covid-19 yg pasangan yang kurang minat nikah on9. dan adakah ia nikah on9 untuk pasangan yang tertangguh sahaja sebab surat ada tamat tempoh. jika untuk permohonan baru bukan kah ia kena pergi pejabat agama juga.
Jadi para isteri perlu awasi jika suami ada dalam bilik, pakai baju Melayu dan online kat skrin 🙂
Curahan rasa Zaini @ ..11 Aktiviti Bersama Anak-Anak Ketika di Rumah
hanya buat anak sahaja tidak mampu online..
yang lain boleh sahaja buat online..
semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah.
aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..30 penyebab kegagalan menurut Napoleon Hill
Bisnes pun boleh dionlinekan, inikan pula urusan kahwin. Masa PKP ni boleh jimatkan kos perkahwinan. Buat yang wajib sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Sebab Melabur Dalam Hartanah
Wah, jadi sejarah dia orang ni. And also as a benchmark. Apa yang penting, selesai dan semoga mendapat rahmat Allah, perlindungan dan guidance berpanjangan dari Allah SWT. Pakat-pakatlah doa supaya mereka kekal hingga jannah!!! Besok-besok kalau ada gaduh sikit-sikit tu boleh la ingat hari yang bersejarah hari ni untuk tidak panjangkan isu pergaduhan tu.. hahaha.. Allahualam.
Ini akan menjadi sejarah pengantin sepanjang hidup mereka. Cuma masih menjadi tanya tanya, apa yang membuatkan mereka tidak sabar menunggu sehingga PKP ini selesai.
Curahan rasa ahmadyani @ ..7 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Dilakukan Secara Sambilan Untuk Menambah Pendapatan
Comments are closed.