Patutlah Islam terus dihina

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, membaca kisah Penghinaan Islam ni memang sangat sangat mengjengkelkan hati dan perasaan. Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT aku telah ditunjukkan bahawa sesungguhnya itulah sifat sebilangan orang kafir yang memang membenci kejayaan Islam. Patutlah Islam terus dihina.

Al-Quran ada jawapan untuk setiap masalah di dunia

Hayati ayat 29 surah Al-Fath ALLAH SWT berfirman yang maksudnya :

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud [1]. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu’min). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

Nota : [1] Maksudnya: pada air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka.

Sehingga kiamat pasti akan ada banyak Blog menghina Islam, Facebook menghina Islam dan ramai lagi individu yang menghina Islam seperti Geert Wilders menghina Islam, Benjamin Stephen menghina Islam dan Kumpulan yang menghina Islam seperti Paderi yang menganjurkan Burn A Koran Day kerana mereka cemburu dengan kejayaan Islam yang terus bersemarak walaupun Rasulullah telah lebih 1400 tahun wafat meninggalkan umatnya.

Memang kita terdengar khabar angin beribu-ribu Umat Islam yang murtad di Malaysia dan Indonesia tetapi beribu-ribu orang kafir juga berhijrah ke Islam setiap hari di benua Europah dan Amerika setelah mendapat HIDAYAH dari ALLAH SWT. Itulah HIKMAH paling besar kejadian September 11.

Nota : Ada Tok Guru yang syorkan kita amalkan dan baca ayat 29 Surah Al-Fath ni setiap hari.

[ad#eQurban300]


Spread the love

58 Comments

  1. kita harus sentiasa berwaspada dengan musuh2 Islam. diorang ni takkan berputus asa sehinggalah hari kiamat. yg ditakutkan bukanlah dari segi medium utk menghina kerana kita sudah sedia maklum musuh islam tidak akan memuji islam. tapi kita harus lebih berwaspada terhadap jarum halus yang digunakan oleh pihak musuh dalam menyesatkan dan memesongkan akidah umat Islam seperti hiburan yang melampau-lampau.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Google Menternak Lembu Dalam Pejabat Di Stockholm!My Profile

  2. betul tu. memang ramai juga yang berhijrah masuk Islam. Kadang-kadang diorg ni lebih memahami Islam dari kita yang lahir sebagai Islam. Pada Chybee, tak perlu layan sangat orang yang menghina ni. memang tujuan dia nak buat kita marah. Doakan diorg mendapat balasan setimpal dah cukup. Tak perlu memaki.

    Semoga Islam terus berjaya.
    Curahan rasa Chybee @ ..Contest- And The Winner Goes To…My Profile

  3. Bukan semua kafir itu jahat. Kafir yang ada kebencian pada Islam dan umatnya serta berniat jahat kepada keduanya yang wajib kita tentang. Islam itu agama perpaduan. Bukan sahaja untuk sesama Islam, malah untuk sesama manusia. Islam juga bukan agama paksaan. Selagi ada toleransi, hormat menghormati dan tiada usaha jatuh menjatuhkan secara kotor Islam itu Sejahtera untuk semua….

    1. Sebahagian kafir memang akan berusaha keras merosakan Islam dan memastikan umatnya tak ikut perintah Allah cara Rasulullah. Kita sesama Islam mesti usaha supaya tak terpancing dgn usaha mereka ni.

        1. Hari ini janganlah kita salalu buat tuduhan pada mana2 bangsa,bangsa lain pun sama juga bangsa melayu,yang lebih teruk lagi ada bangsa melayu agama islam sanggup jual agama islam,kerana semata-mata mencari kemewahan hidup didunia.mari kita lihat satu contoh,pihak berkuasa JAKIM atau mana2 agensi jabatan agama islam.sijil halal dikeluarkan kepada mana kedai kopi atau mana kedai makan bangsa cina juga india,kita tidak nafikan setiap bekalan makanan itu halal,saya harap pihak jabatan agama islam war-warkanlah,setiap masakan atau makanan yang dibuat oleh seseorang yang tidak beragama islam tidak suci untuk dimakan oleh orang islam,hari ini banyak rancangan2 ceramah agama diTV dari TV1 hingga Astro,dalam banyak2 ceramah agama belum pernah ada ceramah2 berkaitan perbuatan makanan yang mana suci yang mana tidak.

    1. lebih baik kita pupuk semangat kasih sayang dan berdakwah secara berhikmah. 1 perbuatan baik yang kita lakukan mungkin akan membawa 10 orang kafir memeluk Islam. tapi seandainya seorang Muslim membunuh seorang kafir, maka perbuatan itu mungkin akan mengakibatkan 1000 nyawa Muslim yg lain terkorban.
      Curahan rasa ekspresiruang @ ..Google Menternak Lembu Dalam Pejabat Di Stockholm!My Profile

  4. Islam itu adalah agama yang suci bersih. Agama-agama lain turut mengiyakan yang Agama Islam itu adalah agama yang sempurna. Tanya sahaja pada ketua-ketua setiap agama, pasti mereka akan bersetuju tentang kesempurnaan agama Islam itu. Cuma mereka masih tidak mendapat hidayah di dalam hati mereka untuk menerima Islam.
    Curahan rasa Sobri @ ..Muka ganas- tapi dalam hati ada tamanMy Profile

      1. Mereka jengkel dan marah, karena Islam semakin hari semakin banyak pemeluknya, bahkan di negara-negara Eropa dan Amerika, Islam menjadi pilihan dan meninggalkan agama mereka terdahulu. Karena Islam adalah agama hati. Hati manusia yang merupakan segalanya berasal. Hati manusia adalah fitrah dan tidak bisa di bohongi. Hati kecil manusia pasti menginginkan kebahagiaan dan kedamaian.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Barcelona Vs Manchester United Final liga Champions 2011My Profile

        1. Wahai, saudaraku se-iman, sebarkanlah Islam sebagai pembawa kedamaian, bukan perpecahan dan pembuat konflik. “Anjing menggonggong kafilah berlalu“, biarlah apa yang mereka katakan itu dan segala penghinaannya, biarkanlah Allah saja yang akan menghukum mereka, bukan kita, tugas kita adalah selalu mendakwahkan kebenaran dan menegakkan kalimat Tauhid.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Barcelona Vs Manchester United Final liga Champions 2011My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!