Pasar Malam, Pasar Tani dan Dobi layan diri dilarang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Saudara Halim Hamzah pengusaha Dobi Layan Diri di Sungai Besar pada asalnya membuka khidmat dobi tanpa membuka kaunter. Kemudian beliau menutup kedai setelah membaca arahan daripada Kerajaan bahawa Kedai Dobi tidak boleh dibuka bagi mengelakan menularan virus Covid-19.

dobi-layan-diri

Dobi layan diri tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memaklumkan, larangan itu adalah bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di premis berkenaan.

PERINTAH Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula berkuatkuasa.

Namun masih ramai yang keliru dan barangkali mempunyai pelbagai persoalan berkaitan dengan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh perintah ini dikuatkuasakan.

gerai jualan 1malaysia kl family fair matic

Perkara yang paling menjadi tumpuan utama orang ramai tentunya mengenai keperluan bekalan makanan dan perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan.

Berikut adalah antara informasi yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk merungkai persoalan yang menjadi tanda tanya umum.

  1. Operasi pusat pengedaran yang membabitkan bekalan barangan keperluan dan makanan merangkumi gudang e-dagang dan perkhidmatan gudang sokongan dibenarkan untuk terus beroperasi
  2. Restoran, seksyen Sedia Dimakan (RTE) dan bakeri pula boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang dan pandu lalu atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu manakala makan di kedai (dine-in) tidak dibenarkan.
  3. Operasi medan selera, ia boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang saja atau melalui perkhidmatan penghantaran.
  4. Pasar raya besar, hanya penyewa yang beroperasi dalam industri farmasi klinikal dan Operasi peruncitan (makanan dan barangan keperluan harian sahaja) dibenarkan untuk terus beroperasi.
  5. Operasi pembelian dalam talian, penghantaran dan pemasangan di rumah pelanggan dibenarkan.
  6. Pasar malam dan pasar tani TIDAK dibenarkan beroperasi.
  7. Operasi Perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan boleh diteruskan.
  8. Bagi kerja pengubahsuaian yang sedang berjalan, kementerian menegaskan, ia perlu ditangguhkan. Jika terdapat isu keselamatan, pihak syarikat perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja pengubahsuaian diteruskan.

Semuga kita semua dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diwartakan oleh Kerajaan untuk hentikan menularan Coronavirus.

3 Comments

  1. semoga cepat berlalu wabah corona,,disaat kita menghadapi Bulan yang suci ini yaitu Bulan ramadhan,,sehingga kita khusyuk dan melaksanakan sholat berjamaah di masjid.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!