Urusan Jenazah Yang Maut Asbab Covid-19

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pengurusan jenazah yang maut asbab COVID-19 yang beragama Islam, jika ada kematian, akan diuruskan sama seperti pengurusan jenazah bagi pesakit Ebola Virus Disease (EVD).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan menjelaskan,

Ia diputuskan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107 yang bersidang pada 10 -11 Februari lalu mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola.

Menurutnya, kelonggaran akan diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah tersebut.

Beliau berkata, pengumuman dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut,” jelas kenyataan tersebut.

Sumber: Berita Harian


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!