Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Boleh Kena Penjara 6 Bulan

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Jabatan Peguam Negara hari ini menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Warta itu memaklumkan mengenai peraturan-peraturan penting yang perlu dipatuhi sepanjang berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Baca: Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Covid-19

Peraturan-peraturan ini berkuat kuasa bagi tempoh mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Menurut warta tersebut, mereka yang melanggar mana-mana peruntukan dalam peraturan ini boleh disabitkan denda tidak melebihi RM1,000, atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya.

Sebanyak 22 sektor perkhidmatan penting negara turut disenaraikan dalam perkhidmatan penting negara, termasuk hotel dan penginapan, serta e-dagang.

Terdahulu, sebelum warta ini dikeluarkan hari ini, Seksyen 11(4) Akta 342 dibaca bersama Seksyen 24(a) akta sama menegaskan, sesiapa yang melanggar garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Ini apa yang anda perlu tahu mengenai Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Baca: Jangan balik kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan hukum penjara menanti pada yang tidak patuh

Sumber: Awani


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!