Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi isu semasa kes perceraian yang semakin menjadi-jadi. Bila membaca laporan daripada pihak berkuasa rasa macam tak percaya tetapi begitulah yang sedang berlaku bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dalam parlimen baru-baru ini YB Yeoh menjawab soalan Amin Ahmad (PH-Kangar) yang bertanya mengenai kes perceraian melibatkan pasangan yang baru lima tahun berkahwin serta punca-puncanya. Mengikut statistik kementerian ada 2,932 kes perceraian di seluruh Wilayah Persekutuan saja antara 2013 dan 2017, manakala data di negeri lain sedang dikumpul.
Bagi orang bulan Islam pula, statistik dari Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan ada 14,440 kes perceraian di bawah usia perkawinan lima tahun bagi 2013 hingga 2017. Dalam tempoh berkenaan Johor paling tinggi iaitu 2,860 kes diikuti Wilayah Persekutuan 2,771 kes dan Selangor 1,858 kes.
Tempoh lima tahun pertama perkahwinan sangat mencabar kerana kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 2014, lebih satu per tiga kes perceraian berlaku dalam jangka waktu itu. Bayangkan daripada tiga perkahwinan satu pasti bercerai.
Antara punca-punca utama perceraian pada perkawinan pertama lelaki ialah tiada persefahaman (56.2 peratus), isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar (10 peratus). Bagi wanita pula katanya 38 peratus menyatakan punca utama perceraian kerana tiada persefahaman, diikuti suami curang (20.5 peratus), dan suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).
Pasangan Melayu ramai bercerai sebab remeh namun ‘berbisa’ dan boleh mengancam kebahagiaan. Itu yang dapat difahami daripada penjelasan Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini. Menurut timbalan menterinya, Hannah Yeoh, statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menunjukkan ada hal-hal yang lazim dan kecil boleh menyumbang kepada masalah rumahtangga sehingga membawa perceraian. antaranya,
- Isteri gemar membasuh baju pada waktu malam
- Suka mengikuti rombongan beramai-ramai
- Tabiat makan dalam kereta
- Berbeza fahaman politik
- Pasangan berdengkur semasa tidur
- Suami atau isteri suka membeli-belah
Tidur Berdengkur dan cara penyelesaiannya klik ASONOR.
Jadi langkah diambil kerajaan untuk memantapkan institusi perkahwinan dan keluarga ialah melaksanakan program pra dan pasca perkahwinan bagi memberikan asas kukuh membina keluarga bahagia, terutama bagi pasangan baru berkahwin.
Langkah kita pula yang nak berkahwin mesti lengkapkan ilmu perkahwinan, ilmu menjaga suami atau isteri, ilmu seksual suami isteri, ilmu memahami mertua dan ipar, ilmu membesarkan anak-anak, ilmu memasak, ilmu mengurus rumah bukan isteri sahaja juga untuk suami dan ilmu menambah pendapatan. Jangan fikir kita pandai ilmu berkeluarga jadi tak perlu belajar akhirnya kecundang.
Jangan buat kesilapan remeh temeh yang pasangan kita tidak suka.
ILMU kunci kebahagian.
80 Comments
“Berbeza fahaman politik” ni memang parah dalam keadaan iklim politik di Malaysia sekarang… Sebab tulah undi adalah rahsia.. Walaupun dengan pasangan sendiri..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
tak dinafikan memang ada kes macam ni. sorang Bn dan sorang lagi pas. memang tak boleh ngam. asyik gaduh je
Macam mana boleh pecah rahsia undi parti ni. Benda tu kan rahsia. Hehe. Macam-macam alasan ye
Kalau sebab yang kedua “Suka mengikuti rombongan beramai-ramai” ni mungkin ada benarnya juga… Yang ni boleh diterima untuk suami/isteri yang selalu ikut rombongan tinggalkan suami/isteri dan anak-anak di rumah
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
mungkin juga. bila dah jadi mcm ni benda kecik kecik pun akan diungkit. maka berlakulah penceraian
Bila dah tak suka ni macam macam cari alasan. Padahal setakat benda kecil boleh bincang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Yang jenis suka rombingan che kiah ni memang masalah juga sebab tinggal anak dan suami di rumah dia berjimba dengan geng
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Lelaki mmg suka tinggal bini kat rumah. Haha tp ade juga isteri yg sibuk dgn mesyuarat sana sini
Itu kadang luar biasa juga berlaku. Kiranya terpencil kot kes macam ni kalau ada pun
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Saya sangat tak setuju kalau “Isteri gemar membasuh baju pada waktu malam” jadi punca penceraian… Zaman sekarang basuh baju bukan susah mana… Masuk baju, masuk sabun, tekan button… Lepas tu tinggal dan boleh layan suami dan anak-anak…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Kalau dah balik kerja malam memang lah kena basuh baju malam. Ke wife dia basuh baju malam pakai tangan, bising kot. Hish
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sbenarnya tak ada istilah basuh baju. Sebab bukan kita yg basuh tapi mesin. Hehe
Uishhhh… Pasangan yang bukan islam pun ramai yang bercerai rupanya… Baru tahu… Persefahaman dan saling memahami sangat penting dalam hubungan sebuah rumah tangga..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Ingatkan pasangan melayu beragama Islam sahaja yang suka bercerai berai ni, rupanya kaum lain pun sama juga
Memang diikutkan logik akal, alasan itu semua sangatlah remeh-temeh. Tapi itulah hakikat yang sedang berlalu di kalangan masyarakat kita..
itulah pentingnya komunikasi dan persefahaman dlm rumah tangga. nak cakp lebih pun tak berani sbb sy belum kahwin
Tiada persefahaman tu sebab kurang berkomunikasi juga kot. Tapi kalau boleh diselamatkan jangan lah ambil jalan perceraian
ramai anak muda sekarang yang kurang berfikiran, dan menganggap perkahwinan adalah satu permainan, cerai tu ibarat permainan. Sepatutya dalam perkongsian kursus ini wajib didedahkan dengan lebih mendalam tentang asas perkahwinan. Rata-rata yang Cikza pernah hadir kursus kahwin, kebanyakkan terutama pasangan muda, dalam kelas tak ambil maklum pun.
tu pasal jangan didesak anak-anak muda untuk kahwin awal selagi mereka belum bersedia drp semua segi, baik fizikal mahupun mental..hehe
memang benar. golongan muda sekarang ni memang main2 bab serius mcm ni. masa bercinta mmglah manis
Rugi mana mana pasangan yang anggap kahwin tu kerja main main. Banyak pahala yang boleh generate sng2
Hanya orang yang bercerai tahu, apa masalah yang mereka hadapi. Yang tidak berkenaan, elok jangan mengata macam-macam, takut terkena pada diri sendiri.
Betul tu, risau gak terkena pada diri sendiri. Tapi kalau tahu cerita sebenar pun, best juga. Setidak-tidaknya boleh dijadikan pedoman ini diri sendiri.
Ya, hanya mereka yang telribat dlaam masalah ni je tahu masalh sebenar diorg ni
Bila dah berkahwin nih, kadang kadang kita nak kena letak ego kita tuh jauh jauh. Jangan cepat nak melatah dengan mende menda yang kecik. Cuba bawak bawak solat, mengaji… mintak pertolongan dari mak ayah ke…atau pun ustaz ustaz yang boleh di percayai ke kan
Pada tempoh 5 tahun awal perkahwinan mmg betul2 mencabar..kekangan ekonomi yg paling ketara bg pasangan2 muda..alhamdulillah ikatan dibina masih utuh walaupun pada awal2 dulu diuji dgn pelbagai masalah
5 tahun awal perkahwinan memang kena sabar byk byk. Fasa untuk memahami hidup bersama
apa yang dikatakan tu betul.. perkara yang remeh temeh boleh jadi bertengkar jer,
Benda yang dianggap remeh temeh ni kalau tidak di ambil peduli lama-lama akan makan hati
Benda remeh, jadi bertengkar. Pastu berlarutan. Pastu berdendam. Memang la ianya bermula drp perkara remeh
mintak jauh dari benda2 macam ni.. penceraian bukan perkara remeh dan kesannya boleh di rasai sampai bila bila
Ada pasangan yang bergaduh dan jadi semakin rapat sebab bergaduh. Nak berpisah tak sanggup sebab nanti sunyi.
Bergaduh sayang tu kadang kala perlu jgk..kalau x gaduh,sunyi jgk rumahtangga..hihi
Kalau gaduh gaduh sayang tuh tak mengapa,… di haruskan.. kikiki.. tapi tuh lahnya harap harap mana mana pasangan yang sedang bergaduh tuh, cuba cuba lah berbaik semula ye
kadangkala perkara remeh boleh jadi isu besar. walaubagaimanapun ada juga yang mampu bertahan sehinggalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam perkahwinan.
apapun, zaman sekarang ramai juga yang kurang memahami maksud perkahwinan dan juga tanggungjawab masing-masing dalam perkahwinan. ini pun salah satu punca perceraian berlaku.
macam macam sebab boleh bercerai. kalau iman tak kuat, kesilapan kecil pun boleh jadi punca perceraian.. mostly sebab masalah kewangan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
betul tu, punca kes penceraian sebenarnya masalah kewangan, jadilah benda yang nampak macam remeh temeh dijadikan punca untuk bergaduh dan seterusnya bercerai.
Sabar itu indah sebenarnya..
Itu kalau hidup berpaksikan duit semata, kalau redha dgn ketentuan Allah, pasti kewangan bukan menjadi issue
Suami&isteri perlu la give&take dlm semua hal..kdg2 hal remeh pon nk bergaduh sampaikan campur tangan mertua..
Kalau salah sorg tak ngadu dkt mak pak setiap kali bergaduh, rasa mertua pun malas nk masuk campur
Kadang tuh terkejut jugak lah kalau dengar alasan penceraian nih, agak tak masuk akal jugak lah nak bercerai berai atas alasan yang remeh nih
Kan..tak masuk akal. Dan ada alasan yang kebudak-budakan. Seolah tak cukup matang untuk mendirikan rumahtangga.
Jenis yang tak matang, benda kecil pun akn menjadi besar.. nak nak kalau suami isteri perangai macam tu
Comments are closed.