Assalamualaikum dan Salam dari perantauan, kalau dah sampai London rugi sangat kalau tak menyeberang Selat Inggeris ke Paris. Awal pagi kami bergerak dari Best Western Premier Mostyn Hotel ke Station Keretapi London untuk menaiki keretapi laju Eurostar melalui terowong menyeberangi Selat Inggeris ke Paris.
Untuk menaiki Eurostar mesti melalui pemeriksaan yang rapi seperti menaiki pesawat. Harga tiket boleh tahan juga 170 pound. Perjalanan London ke Paris sejauh lebih kurang 500 batu mengambil masa 2 jam 15 minit dengan kelajuan maksima mencecah 334 km/jam. Bosan duduk lama boleh lah ke cafe ngopi, makanan halal memanglah tak de. Tapi jangan pulak jadi macam Bro Eyriqazz naik KLIA Ekspress sorang-sorang mesti bosan.
Setelah melalui perjalan pantas selama lebih dua jam akhirnya aku untuk kali pertama menjejaki kaki di Paris ibukota Perancis. Melihat binaan bagunan di Paris teringat kembara musafir europe ketika singgah di Rome dan Prague yang pernah aku lawati sebelum ini. Kami menginap di Hotel Mon yang hanya lima minit daripada Arc De Triomphe. Hari kedua menginap di Hotel Duret lebih kurang lima minit dari Hotel Mon. Hotel Duret biliknya lebih lapang dan lokasi menarik kerana dekat dengan farmasi, supermarket dan mesin ATM HSBC.
Di Paris santai je lebih banyak cuci mata melihat keindahan Paris dan window shopping di branded outlet yang bermacam-macam terutama yang memang berasal dari Paris seperti Louis Vuitton (brand favourite Sweetkurma) dan Hermes. Penduduk tempatan baik lelaki dan perempuan memang bergaya dan berfesyen. Betul lah kalau orang kata Paris ini Kota Fesyen.
Hari pertama sesat barat mencari makanan halal di Paris. Mengikut aplikasi iPhone Zahibah memang ada lebih 98 Restoran Halal di Paris, 7 pasar halal dan 18 masjid tetapi banyak juga yang dah tutup. Setelah berpusing-pusing akhirnya kami sampai di Restoran Raja Maharaja terletak di 14 Rue desQuatre Frères Peignot yang menghidangkan makanan citarasa India. Ramai Pelancung Malaysia yang makan di restoran ini dan kebetulan aku berjumpa dengan Top Designer Malaysia Rizalman, sempatlah jugalah hulur bisnis kad Denaihati.
Hari ke dua setelah berpenat-penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai kami menaiki teksi menuju ke Restoran Asian Food terletak di 30, Avenue George V. Gabungan menu citarasa Jepun, Thai dan China memang menyelerakan terutama bila perut dah lapar. Kawasan restoran ini memang kawasan muslim ada banyak kedai muslim dan paling best ada Masjid Omar ibn el Khattab.
Tiga hari di Paris memang terasa seronoknya. Pemandu teksi memanglah semacam ganas je tetapi uniknya tak pernah nak menolak apabila kita tunjukkan peta arah tujuan. Kalau di Kuala Lumpur sebilangan kecil pemandu teksi memang menjengkelkan suka-suka hati je reject penumpang macamlah dah kaya sangat (Ni kes dah pernah kenalah tu yg angin satu badan .. heee).
Nak mudah pusing-pusing melihat keindahan Kota Paris boleh naik Paris Tour Bus seperti di London. Paris Tour Bus akan berhenti di tempat menarik seperti Eiffle Tower Paris dan lain-lain untuk beri peluang pelancong mengambil gambar. Kalau stamina kuat boleh juga sewa basikal.
Paling best kat Paris ini ada banyak skuter yang bermacam-macam model yang tidak ada di Malaysia. Sempat juga jengah kedai motor Norton biasa dengan nama tapi susah dah nak jumpa di Malaysia.
153 Comments
EIFEL romantic bisa dinner atau sekedar ngeteh didepannya
Curahan rasa smp3lembang @ ..Menularkan Virus Ngeblog di Sekolah baru
harga tiket pon dah tak tahan..huhu
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Manusia Pertama Ke Bulan Neil Armstrong Meninggal Dunia Dikebumikan Didasar Lautan
wow, kota yang asyik. gak bakalan nyesel kalo jalan-jalan disini
Curahan rasa oceanoffish.blogspot.com @ ..Kelayakan Bisnis Paid To Review
Great brands are available in this city.
Curahan rasa historicharlemparks.com @ ..European Champions League is a Tool for Branding
Entah bila la dapat naik kereta apa laju tu.. 😀
Curahan rasa anif @ ..F1 – Lewis Hamilton Menang Di Monza
agak2 bile la dapt ek..haha..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Manusia Pertama Ke Bulan Neil Armstrong Meninggal Dunia Dikebumikan Didasar Lautan
Waa.. siapa yg hensem dengan Lamboghini tue.. he he…
apa maksud?
7 pasar halal dan 18 masjid tetapi banyak juga yang dah tutup?
Masjid ditutup ke kat sana?
Curahan rasa fazrol @ ..Top Secret – Billionaire kisah benar jutawan muda Thailand!
wahhh…lawa-lawa superbike tu,kalau dapat satu memang seronok la
Curahan rasa wazy @ ..Lontong Goreng Atau Maggi Kari ?
wah bestnya bro.. terjah paris pulak.. bilalah nak sampai tempat2 ni
Curahan rasa myvitrd @ ..3 Malam Berturut Turut Muntah
Macho bro ngan Lamborghini tu. Fesyen baju pun dah ala-ala paris. Terbaik!
Curahan rasa halif @ ..Go for nature!!
lambo tu yg xthn tu..haha
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Punca Orang Keempat Terkaya Dunia Memohon Kewarganegaraan Belgium
bawak balik laa sebarang 3,4 bijik lambo tu.. hehhee.. Paris, hmmm… memang kota fesyen
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Dia
Sesuatu yang menarik buat hamba sekiranya ada yang ingin mengajak hamba ke kota serba indah ini..
Curahan rasa abangkhai @ ..Video kisah hamba mendermakan hati
sangat menyenangkan bisa wisata ke eropa, apalgi Paris yang terkenal sebagai kota mode dunia..
Curahan rasa Grosir Jilbab Murah @ ..Jilbab Jumbo Model Lengan
Satu tempat wisata lainnya yang masuk entri sahabat DH ini adalah Arc de Triomphe
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Arc de Triomphe seperti yang pernah saya baca adalah sebuah tempat wisata yang menyerupai gapura besar
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Arc de Triomphe ini adalah bangunan yang dijadikan tempat wisata dibangun Napoleon pada 1806 sebagai simbol kemenangan Perancis
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Hanya saja bangunan ini belum selesai Napoleon telah keburu digulingkan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Keindahan Kota Paris memang tidak dapat disangkalkan lagi dgn negara paling romantik, style fesyen yg pelik2 dan tempat2 yg menarik utk dibuat kenangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Jauh berjalan luas pandangan,
Dari kota London ke kota Paris,
Sangat seronok mengembara sedemikian,
Pasti byk lagi tempat yg menarik utk ditulis .
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
byk entry lagi yang denaihati akan tulis nanti nie..tak sabar tggu edisi pengembaraan yg menarik nie..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Punca Orang Keempat Terkaya Dunia Memohon Kewarganegaraan Belgium
Comments are closed.