Panduan solat sunat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Solat hari raya Haji / korban (Aidiladha) dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir

Khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai tetapi disebabkan kekangan pandemik Covid-19 lebih baik kita bersalaman dan bermaafan dengan ahli keluarga di rumah sahaja.

Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua

Pada suatu hari di waktu petang dengan angin yang sekejap datang dan sekejap pergi. Begitulah lumrah angin. Ada dua orang kawan yang sedang seronok berbual tentang masa hadapan mereka di sebuah taman. Mereka luangkan masa di waktu petang tersebut sebelum masuk waktu berbuka puasa nanti.

Maklumlah mereka puasa sunat Arafah. Sedang rancak mereka berbual, Nazrin mula bertanya dengan kawannya, Fahim.

Kau boleh tolong aku tak? Ajarkan aku cara-cara nak lakukan solat sunat hari raya Adha Adha. Serius, aku lupa wei. Maklumlah solatnya pun setahun sekali kita buat. hehe

Maka, Fahim pun menjawab dengan hati yang tenang kepada kawannya itu,

InsyaAllah boleh sahaja Nazrin. Mari sini aku terangkan satu persatu caranya.

1 – Niat Untuk Mendirikan Solat

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا/ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

Lafaz niatnya;

  • Solat Bersendirian

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.”

  • Solat Sebagai Makmum

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Taala.”

  • Solat Sebagai Imam

“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.”

2 – Membaca Doa Iftitah

Sunat membaca doa iftitah.

3 – Takbir Sebanyak 7 Kali Dan Diselangselikan Dengan Bacaan Tasbih

Bacaan tasbihnya adalah seperti berikut;

“Subhanallahi walhamdulillah walailaha illallah wallahuakbar wala hawla wala quwwata illa billahil aliyyih azim.”

4 – Membaca Al-Fatihah Dan Surah Al-A’la

Boleh digantikan dengan surah yang lain jika tidak dapat menghafal surah yang ditetapkan ini.

5 – Rukuk Dan Sujud

Lakukan seperti biasa.

6 – Iktidal Dan Berdiri Betul

Lakukan seperti biasa.

7 – Takbir Sebanyak 5 Kali Dan Diselangselikan Dengan Bacaan Tasbih Sebanyak 4 Kali

Bacaan tasbih sama seperti di atas.

8 – Membaca Al-Fatihah Dan Surah Al-Ghasyiyah

Boleh digantikan dengan surah yang lain jika tidak dapat menghafal surah yang ditetapkan ini.

9 – Rukuk, Sujud Dan Membaca Tahiyat Akhir

Lakukan seperti biasa.

10 – Memberi Salam

Lakukan seperti biasa.

11 – Disunatkan Untuk Terus Bertakbir Dan Berdoa

Disunatkan memulakan takbir Hari Raya Aidiladha mulai malam hari raya (10 Zulhijjah) sehinggalah selepas solat Asar (13 Zulhijjah).

12 – Membaca Dua Khutbah

Bagi solat secara berjemaah.

Muat turun teks penuh Khutbah Aidiladha 1442H – Pengorbanan (Rumah)

Fahim berkata kepada Nazrin;

Begitulah serba sedikit tatacara solat aidiladha ni, mudah bukan? Kalau kamu risau terlupa rukun-rukun solat ni, lebih baik kamu ikut sahaja bersolat jemaah di masjid atau surau. Pak Imam biasanya akan maklumkan terlebih dahulu tatacara solat ini sebelum memulakan solat. Jangan risau ya, Nazrin.

Raja dengan gembiranya berkata;

Oh, baiklah kalau begitu, terima kasih Fahim. Nanti kalau aku tak balik kampung, dapatlah kita jumpa dekat masjid biasa tu esok ya. Okay lah Fahim. Jom kita pulang, lagipun waktu maghrib nak masuk dah ni. Assalamualaikum.

Muat Turun (Download) Panduan Solat Sunat Aidiladha

Lampiran Teks Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!