Ayuh Bersama Membaca Qunut Nazilah Dalam Menghadapi Musibah COVID-19

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Nazilah bermaksud musibah yang sangat berat. Ia adalah sunat dibacakan ketika terjadinya musibah atau bencana. Sering kita dengar, apabila terjadinya musibah-musibah yang melanda sesebuah tempat, orang Islam akan mengambil inisiatif untuk berdoa kepada Allah melalui qunut ini.

Qunut ini mula dilakukan ketika terjadinya musibah terhadap beberapa orang sahabat Rasulullah SAW yang dibunuh dalam bulan Safar. Ia dikenali sebagai tragedi Ar-Raji.

Apabila Baginda SAW mendengar perkhabaran tersebut, Baginda telah memulakan bacaan qunut selama satu bulan dalam solat fardu bagi mendoakan keburukan terhadap para pembunuh sahabat-sahabat tersebut.

Baca : Dr Zulkifli Hasilkan Buku Panduan Fiqh Covid-19 Dan Himpunan Doa

Selepas itu, qunut tersebut sudah tidak dibaca lagi kecuali hanya dalam waktu fardu Subuh. Namun, apabila terdapat bencana atau musibah besar yang melanda, Baginda mahupun para sahabat lain akan membacanya.

Adapun, hari ini dunia dikejutkan dengan musibah yang begitu berat, iaitu COVID-19. Virus yang melanda ini cukup membimbangkan semua pihak apabila melihat angka kematian mencanak naik dari hari ke hari.

Pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani kes ini terutamanya dengan mengarahkan semua orang untuk mengikut arahan Perintah Kawalan PergerakanvPemulihan (PKPP).

Dalam masa yang sama, umat Islam juga disaran memperbanyakkan doa kepada Allah dan diseru menunaikan solat sunat Hajat.

Baca : Covid-19 : Satu Musibah Atau Ujian?

Tatacara Dan Doa Yang Boleh Diikuti

Antara tatacara yang boleh diambil perhatian ialah:

1 – Qunut ini hanya dilakukan dalam solat fardu sahaja dan tidak dilakukan dalam solat sunat. Ia boleh dilakukan pada setiap solat fardu atau pada solat yang dirasakan sesuai buat anda.

2 – Ia boleh dibaca secara berjemaah dan bacaan hendaklah dikuatkan agar makmum boleh mengaminkannya. Ia juga boleh dibaca ketika solat bersendirian dan dengan itu bacaan perlu diperlahankan.

3 – Ia hendaklah dibaca pada rakaat solat yang terakhir semasa iktidal, iaitu selepas bangkit daripada rukuk.

4 – Disunatkan mengangkat kedua telapak tangan ketika berdoa dan tidak menyapu tangan ke muka selepas berdoa. Boleh terus sujud.

5 – Ia bukan termasuk dalam sunat ab’adh. Jadi, tidak perlu melakukan sujud sahwi jika tertinggal membaca qunut nazilah.

6 – Doa yang boleh dibaca:

اللَّهُمَّ اهْدِنا فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنا فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لنا فِيمَا أَعْطَيْتَ وقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

‎اللهم إلَيكَ نَشْكُو وَإيَّاكَ نَرْجُو أَنْ تَدْفَعَ عَنَّا الْبَلَاء والوَبَاء والفِتَنَ والمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بطَن يا أرحم الراحمين ويا مُجِيبَ السَّائلِين

‎اللهم إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ وَالجُنُونِ والْجُزَامِ وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَام

‎وصَلَّى اللهُ وسلَّم علَى نَبيِّنا محمَّدٍ وعَلى آله وصَحْبِهِ أجمعين

Ayuhlah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar musibah ini segera berakhir dan diangkat dari dunia ini.

Wallahu a’alam.

Baca : Mencegah COVID-19 Merupakan Fardhu Ain

Sumber: Mufti Wilayah

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!