Panduan Memilih dan Pasang Jubin dari MML Tiles Makeover

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mesti ramai dah baca entri “MML Tile sebelum Makeover“. Kehodohan tile atau jubin rumah yang macam tu mungkin takkan berlaku jika kita pandai memilih jubin yang betul-betul berkualiti dan sesuai. Para pemenang contest MML Tiles Makeover sekarang ni dalam proses memilih jubin yang akan dipasang secara percuma di rumah mereka.

Sementara mereka membuat pemilihan jubin, pihak MML Tile Malaysia sudi berkongsi tips memilih dan memasang jubin. Dengan perkongsian tips ni diharap dapat membantu kita membuat pemilihan untuk jubin yang ingin dipasang di rumah kita.

MML Tile Malaysia

Panduan Memilih Jubin

Sesetengah corak jubin tidak sama walaupun ianya datang dari tempat yang sama. Adakah ini normal?

Jubin seramik direka untuk menyerupai batu-batu semulajadi. Setiap jubin direkabentuk dengan corak dan warna tersendiri yang unik.

Apakah cara terbaik untuk melihat dan memilih jubin sebelum membeli?

Satu cara yang terbaik untuk melihat jubin sebelum membelinya adalah dengan berdiri dalam jarak sekurang-kurangnya satu meter (1) untuk mendapatkan gambaran yang realistik bagi jubin tersebut.

Bagaimana cara mengetahui jubin yang sepatutnya untuk digunakan?

Tidak semua jubin dibuat sama. MML menawarkan jubin pelbagai saiz, warna, kemasan permukaan dan kekuatan bahan seramik. Sentiasa ada produk yang sesuai dengan keperluan atau kehendak kita.

– Untuk bahagian luar atau kawasan-kawasan yang mudah terdedah pada kelembapan, kita dinasihat menggunakan mana-mana produk permukaan yang bertekstur seperti koleksi Rustik.

– Jika rintangan kegelinciran menjadi keutamaan, ciri-ciri permukaan jubin yang memerangkap kotoran akan menjadi sukar untuk dibersihkan. Oleh itu menggosok dan membersih secara intensif yang betul diperlukan untuk mengekalkan keaslian permukaan.

– MML mencadangkan supaya jubin dinding TIDAK digunakan untuk dipasang di atas lantai.

– Untuk mengurangkan perubahan corak yang terlalu ketara adalah dicadangkan jubin dipasang pada kedudukan yang sama berpandukan dengan logo belakang.

logo belakang jubin

Panduan Memasang Jubin

Sebelum memasang, buka dan susun atur beberapa keping jubin dengan menggabungkan pelbagai warna untuk mendapatkan padanan yang harmoni dan menarik. MML Tile Malaysia juga menyarankan:

– Renggang jarak antara setiap kepingan jubin adalah lebih kurang 2-4 mm.
– Lakukan ujian tampalan yang kecil sebelum menurap sepenuhnya.
– Untuk jubin jenis timbul atau berstruktur atau kasar, gunakan bahan kedap (sealant) dan elakkan daripada menggunakan turap yang berbeza untuk mengelakkan kotoran atau sisa degil terperangkap.

susun atur tile

Kenapa perlu periksa produk dan label pembungkusan sebelum menerima?

Pembeli perlu memeriksa barang-barang dengan teliti untuk saiz dan kecacatan sebelum menerima penghantaran. Produk MML dijamin mematuhi standard ‘MS ISO’ dan ‘EN’. Jaminan MML adalah terhad kepada produk gred A dengan toleransi industri yang kira-kira lima peratus (5%).

tips pilih dan pasang jubin

Adakah ‘shading’ dianggap sebagai kecacatan?

Sebarang perbezaan dalam warna / shade tidak boleh dianggap sebagai kecacatan bahan. Jaminan adalah terhad kepada penggantian genting sebelum ianya dipasang. Sebarang tuntutan tidak akan dilayan selepas jubin dipasang. Dalam mana-mana kes, jaminan hanya termasuk penggantian bahan-bahan yang didapati rosak.

tips pasang jubin MML

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu kita buat pemilihan jubin yang tepat dan sesuai supaya jubin rumah nampak menarik dan cantik bila sudah dipasang.


Spread the love

154 Comments

  1. UBAHSUAI RUMAH area Bangi, Kajang, Cheras,
    Serdang, puchong (Selangor/KL) Sambung dapur,
    parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster,
    plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL.
    Hubungi: 0173967406 khaidir (facebook.com/
    HederRenovationHouse) fan pages

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!