Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Google baru update pagerank dan seperti dijangka pagerank blog Denaihati turun dari PR4 ke PR3. Tak ada apa yang nak dikecewakan kerana tiada usaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan apatah lagi nak menaikkan pagerank yang lebih tinggi. Banyak juga blog yang mempunyai PR tinggi juga turun antaranya blog Amanz.my dari PR6 turun ke PR4, blog 1Malaysia turun dari PR10 ke PR8 dan Paultan.org dari PR5 turun ke PR4. Banyak juga blog kawan-kawan turun pangkat dari PR4 ke PR3 dan PR3 ke PR2.
Ramai Blogger baru yang tak kisah pun dengan status pagerank sebab tak ada kepentingan. Kalau tujuan berblog untuk santai memang tak penting tetapi kalau tujuan untuk gandakan duit pagerank sangat penting. Lebih tinggi pagerank sesebuah blog bermakna lebih mesralah google dengan blog kita dan hasilnya kedudukan entri lebih stabil di google SERP maka lebih mudah nak main SEO. Bila entri kita banyak di top 10 google makanya pengiklan akan jatuh cinta pada kita dan bolehlah kita letak harga mahal sikit. Lagi satu bila entri blog senang nak masuk top 10 google barulah best nak main program affiliate macam Cikgu Titan tu. Selain tu trafik organik pun pasti akan merayap masuk ke blog kita tanpa diundang seperti blog travel Denai.my yang dah naik pangkat ke PR2.
2014 ini azam nak naikkan semula pagerank blog Denaihati ke PR4. Antara perancangan yang akan dibuat adalah :
- Menulis entri yang lebih berkualiti dengan memasukan backlinks website, blog dan forum yang tinggi status PR. Menulis entri seperti ini perlukan lebih masa, fokus dan penyelidikan. Menulis entri yang berkualiti dan berinformasi juga boleh menyebabkan banyak blog lain akan memberi backlinks kepada entri tersebut dan ini memang google suka.
- Meninggalkan komen di website, blog dan forum yang tinggi PR dengan mengharap tuan website, blog dan forum tersebut tidak membuat kunjugan balas ke blog Denaihati kira macam one way ticket lah.
- Kalau tujuan untuk menaikan pagerank sangat silap kita berasa kecil hati apabila backlinks dan komen yang kita buat di website, blog dan forum tidak mendapat maklumbalas. Cara yang paling baik untuk menaikan pagerank blog kita adalah dengan komunikasi satu hala dari blog PR rendah ke blog PR lebih tinggi.
- Paling bagus jangan sesekali memberi backlinks dan meninggalkan komen di blog yang mempunyai PR lebih rendah tetapi ini seperti berlawan pulak dengan tagline blog ini “Hidupkan untuk memberi”. Jadinya backlinks dan komen kepada blog yang lebih rendah PR masih diberi tetapi hanya kepada entri yang berkualiti sahaja.
Satu lagi kelebihan blog yang mempunyai pagerank tinggi adalah selalu dicalonkan untuk berbagai anugerah. 2013 blog Denaihati telah masuk final untuk pencalonan tiga anugerah iaitu MSMW awards, Tourism Blog Malaysia awards dan DiGi WWWOW Awards. Blog Denaihati telah mendapat anugerah dari MSMW untuk katogeri “the most creative blog 2013”. JANGAN tak tahu anugerah juga menaikan jenama blog dan paling penting menaikan nilai iklan yang akan mengandakan rezeki sesebuah blog.
Untuk penutup 2013 blog Denaihati sekali lagi terpilih masuk final untuk Blogrrr awards yang dianjurkan oleh MyNic untuk katogeri “best personal blog” bersama Broframestone, Benashaari, Cik Epal dan Irine Nadia. Menang kalah tak kisah semuanya terserah pada kepakaran juri, dah masuk final memang kira terbaik sebab dapat menjenamaan percuma. Ramai juga rakan blogger lain yang terpilih masuk final untuk 10 kategori yang lain.
Rakan Blogger dah daftar ke perjumpaan Blogger terbesar 2013 di The Mines pada 14 – 15 Disember 2013. Aman Firdaus pesan kepada yang belum daftar boleh walk-in je dan kepada yang sudah daftar online tapi belum dapat reply pun boleh datang terus ke dewan seminar dapat macam-macam goodies katanya. Jom lah semua bukan senang nak jumpa mata bertentang mata antara blogger kalau bukan event macam ni cumanya pelik juga sebab majlis sebesar ini tetapi promosi agak tak berapa nak nampak atau mungkin aku yang terlepas pandang.
111 Comments
tx infonya. untung saya membuka artikel ini
agak terkedu jugalah PR blog turun, tp yg herannya blogshop satu lagi yang jarang2 berupdate kekal pula PR nya 🙂
apapun, tahiah DH tercalon final ye 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Kampung boys
komen je kat blog mana-mana. Tak kisah la PR tinggi atau rendah.
Cuma kena pandai pilih la jugak..kan? kan?
Curahan rasa ohcikgu @ ..Buat duit dengan menulis.
terima kasih atas perkongsian tips. sangat bermanfaat untuk saya.
apapun, tahniah dan semoga berjaya dalam Blogrrr Awards!
Curahan rasa Syuhada @ ..Perkongsian Ilmu Dr.Ridhuan Tee
Blog saya malah tidak punya PR sekarang… semoga nantinya dapat kembali setelah membaca beberapa Tips disini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Klasemen Fase Grup dan Tim 16 Besar Liga Champions 2013/2014
Update Pagerank Google diakhir tahun ini memang cukup mengagetkan, karena banyak sahabat blogger Indonesia yang juga memperkirakan google baru update pagerank awal tahun 2014.
Saya juga ternyata turun dari Pagerank 3 menjadi pagerank 2, tetapi apa yang ditulis di entri ini adalah merupakan ilmu dan pengetahuan yang bermanfaat buat saya
Curahan rasa Ferry @ ..Pengumuman Hasil Tes CPNS Umum 24 Desember dan Honorer K2 Januari 2014
Kalau PR tinggi ke PR rendah..maka sukarlah blog Demaihati nak melawati blog saya yg PR1 je.. tapi apapun saya tidak kisah PR tinggi atau PR rendah..yang penting kita ingin berkenalan dengan mereka..supaya entri kita diterima oleh mereka bila kita lawati mereka. Dan doa saya agar Denaihati berjaya di Blogrrr Award yang akan dihakimi nanti, begitu juga dgn yg lain-lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Icon Bisnes Online Pilihan Kamil Salleh
Ada pembetulan fikir yg perlu dibuat :
1. Blogwalking tak jadi masalah samada blog PR rendah atau tinggi
2. Telah dijelaskan di atas kalau blog yg PR nya lebih rendah nak backlinks @ komen dari DH mesti tulis entri yg berkualiti
3. Selama ini paultan atau amanz atau lain2 blog yg PR lebih tinggi dari blog DH tak pernah pun singgah atau tinggal komen atau bagi backlinks dan DH tak pernah kecik hati pun malah jadi motivasi utk jadi seperti mereka
4. Blogger yg cari makan dengan sepenuh masa dgn blog memang kisah dengan pagerank kerana ini akan bantu meningkatkan pendapatan
Curahan rasa denaihati @ ..Blog Khazanah yang akan ditinggalkan
rasanya meninggalkan komen di blog yang PRnya rendah tidak menjadi satu masalah, tidak memberi kesan secara langsung dalam usaha meningkatkan PR blog. kecualilah blog ini meninggalkan komen di laman yg kurang kualiti, spam site dan laman yang tidak disukai oleh google (sex, casino dll)
sebabnya saya tidak kisah untuk meniggalkan komen di laman PR rendah kerana kadang kala mixture dalam pembinaan backlink jg adalah satu perkara yang penting dan sering dilupakan.
semoga bro DH dapat tingkatkan kembali PR laman ini.
Assalamualikum wr wb,
Selamat sore….kawan apa kabarnya ? Lama sudah saya tak singgah ke DH. Semakin menarik tampilan blognya dan semakin bebobot artikel didalamnya.
Curahan rasa Mas Gie @ ..ituPoker.Com Agen Poker Online Indonesia Terpercaya
Iya Nih… Mas Gie lama baru muncul.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Klasemen Fase Grup dan Tim 16 Besar Liga Champions 2013/2014
Tips naikkan raking tu cukup bermanfaat. Terima kasih bebanyak sebab kongsikan teknik di sini. Perjumpaan blogger semalaysia tu nampak menarik. Insyaallah akan cuba pergi kalau ada kelapangan.
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Teknik mengorat perempuan untuk berjaya dalam perniagaan
pr fyna masih lg pr 2. next year pun nak tanam azam baru juga. usaha tangga kejayaan.
Curahan rasa fyna @ ..Kegunaan Draft Di Blog
tak nak pergi event tuh sebab berada di Kuala Terengganu ketika itu…
apapun semoga tuan DH berjaya hendak-Nya…;)
Curahan rasa papa mifz @ ..Bercuti ke United Kingdom Selama 25 Hari
Mungkin lepas ni saya pun nak kena plan betul2 supaya bleh naikkan pr blog ke pr3. Insha Allah.
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Mood Kelaut? Blogrrr?
Bila blogger otai macam DH letak komen di blog sendiri yang konfem rendah PR nya pasti rasa sangat-sangat teruja. hhehe.
Curahan rasa kaykillua @ ..Melabur di Malaysia – China mengorak langkah
mungkin itu saya tak kisah pasal pagerank ni…hehehe…anyway, tahniah saya ucapkan pada tuan denai yang tercalon antara 5 terbaik..saya pun baru register saja….InsyaALLAH akan hadirkan diri..
Curahan rasa ema @ ..Makanan halal dan tut tut di Hat Yai
Comments are closed.