PageRank blog pentingkah?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua sifu yang sudi berkongsi ilmu Pagerank dalam entri “Pagerank blog salah faham”. Semakin faham aku dengan Pagerank ni. Antara banyak komen ada satu yang menarik perhatian iaitu komen dari JeJAI :

Salam, pertanyaan. Apakah kepentingan yang terdapat pada PageRank sehingga ramai orang cuba untuk mendapat PR tertinggi? Apakah pulangan kepada seseorang blogger sekiranya PR kita mencecah sehingga atas PR6..masih tercari-cari.

Menyelongkar rahsia Blog

Memang ramai blogger yang dah tak pentingkan PageRank tapi bagi aku sangat penting. Memang dah jadi tabiat apa yang aku buat semuanya sungguh-sungguh bukan sekadar membazir masa sahaja. Bagi aku Pagerank adalah salah satu indikator untuk mengukur tahap kemahiran aku berblog. Untuk meningkatkan PR blog bukan sahaja bergantung pada nasib tetapi mesti mematuhi berbagai syarat yang telah ditetapkan oleh GOOGLE. Untuk itu aku sebagai blogger mesti terus belajar menyelongkar rahsia berblog samada dari pembacaan di blog-blog sifu dalam dan luar negara dan bertanya terus kepada sifu.

Berblog pun mesti ada matlamat bukan sekadar duit sahaja jadi pasti kewujudan kita dalam dunia blogging yang penuh cabaran ini akan berpanjangan. Aku sedang berusaha mencapai matlamat sebagaimana yang aku dah tulis dalam entri “Plan 100 hari blogging“. Aku tak yakin kalau berblog tanpa tujuan tak ada Pagerank pun tak pe sebab saja suka-suka menulis akan memanjangkan hayat sebagai blogger terutama kepada blogger yang datang dari luar dunia komputer dan internet.

Kesimpulannya seperti komen  Ekspresiruangtapi kalau kisah, bukankah ianya akan memotivasikan blogger tu sendiri utk lebih maju ke depan?“.

nota : komen seorang teman di Facebook : PR x ptg kot…yg pntg org nk click ads je..adakah itu statement “daring”?

[ad#nuffnang336]


Spread the love

93 Comments

  1. Kalau pr tak penting, apahal lak diwujudkan pr? Tapi bagi saya, pr yang tinggi tak bermakna blog itu berkualiti. Cara-cara meningkatkan pr kebanyakkannya tak adil pada saya. Dalam masa yang singkatpun ada blog yang boleh meningkatkan pr mereka. Agak-agak, blog begini berkualiti ke? Berapa banyak ilmu yang akan saya dapat dari blog begini?
    Curahan rasa Norasikin @ ..Membina Empayar Perniagaan Bersama KeluargaMy Profile

  2. Page Rank tentu sangat berpengaruh pada SERP (Search Engine Result Page) atau halaman hasil pencarian di mesin pencari khususnya Google. Google akan lebih mendahulukan halaman web yang memiliki Page Rank yang lebih tinggi, karena hal ini memang tujuan Google menciptakan Page Rank. Jadi halaman web yang memiliki Page Rank lebih tinggi akan mempunyai peluang yang lebih tinggi pula untuk posisi yang lebih baik pada SERP.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pengumuman Hasil SNMPTN Jalur Undangan 2011My Profile

  3. salam..

    masih tercari-cari ilmu berblog nih..

    tapi dengan adanya PR yang tinggi..maka ranking blog kita di dalam search engine google lebih tinggi..maknanya page depan ler tuh…

    klu dah page depan…senang orang cari dan lebih tinggi kemungkinan untuk diklik oleh masyarakat dunia..maka lagi tinggi trafik…lagi sedap ler income masuk melalui blog…

    betul tak..???
    Curahan rasa zainal @ ..How To Compress JPEG Files Using MS Office Picture ManagerMy Profile

    1. mudah saja caranya.
      – letak link blog anda di mana2 blog yang PR tinggi. 4 atau 5 contohnya.
      – kemudian rajinkan diri mengklik link anda itu sekerap mungkin setiap hari.[ walaupun anda tahu link itu akan ke blog anda.
      – selepas beberapa bulan anda akan nampak kesannya. kurang setahun PR anda akan naik paling kurang pun 2/10.

      saya sudah lakukannya di pyejal.blogspot.com.[naik 3/10] dan saya mahu cubanya di pyejalphoto.blogspot.com..nantikan:)
      Curahan rasa pyejal @ ..Bersolat di Saf VIP, Boleh ke?My Profile

    1. Cuma kalau nak harap semangat kekadang semakin lama berblog boleh juga jadi semangat berkurangan terutama apabila prestasi blog sama je … bila blogwalking ramai datang bila tak buat blogwalking sunyi trafik tu yg masalahnya. Tapi apabila kita kombinasikan semangat + teknik blog yg betul pasti akan memanjang umur hayat kita berblog.
      Curahan rasa denaihati @ ..PageRank blog pentingkahMy Profile

  4. Pagerank tu bagi saya macam taraf VIP blog kita di dalam pandangan mata Google. Jika N/A atau 0 tu, bermakna kita cuma orang biasa.

    Google kata Pagerank itu sudah tidak penting dan blogger tak perlu kejar pagerank, pentingkan artikel yang berkualiti. Tapi blog saya yang pernah mendapat Pagerank 4, jatuh kepada pagerank 3. Ini sedikit sebanyak memberi impact kepada visitor dari search engines. Bermakna, Pagerank juga memainkan peranan.

    Yang penting rajin berusaha untuk kejar Pagerank tu, mesti boleh dapat, lambat dengan cepat jer.
    Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Blogspot meta description snippet discussionMy Profile

  5. semuanya berpulang kepada blogger itu sendiri jika ada yang tak kisah PR mungkin jadi blogger hanya sekedar menyalurkan hobby menulis, tapi kalau buat para member payreview dan TLA pastilah Pr sangat penting , tapi kalau buat publisher Ads yang menggunakan Auto generate Content mereka pasti tak perduli dengan PR yang penting banyak klik ads yang masuk
    Curahan rasa munir ardi @ ..Congrats to Putri MaluMy Profile

    1. Dulu ketika belum mendapat Page Rank, ketika saya mempublish sebuah tulisan di blog ini, mungkin sekitar seminggu kemudian baru muncul pada SERP, tetapi saat ini (Page Rank 3) hanya butuh waktu kurang dari 24 jam 12 jam (ralat) tulisan tersebut sudah terindeks oleh Google. Dari sana saya berkesimpulan bahwa dengan Page Rank yang lebih tinggi maka Google akan lebih sering mengunjungi halaman blog kita.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pengumuman Hasil SNMPTN Jalur Undangan 2011My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!