3 Golongan Manusia Di Padang Mahsyar

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di Padang Mahsyar kelak, keadaannya digambarkan sangat panas sekali. 

Dalam satu riwayat dinyatakan, seseorang akan tenggelam dalam peluh berdasarkan kadar dosa yang dilakukannya. Di atas hamparan yang rata tiada bertepi itu manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok.

Daripada Huzaifah Ibn Asad yang mengatakan bahawa sahabat Abu Zar R.A bangkit berdiri lalu berkata:

“Hai Bani Ghifar, katakanlah janganlah kalian berselisih kerana sesungguhnya orang yang benar dan dibenarkan (yakni Nabi SAW pernah bercerita kepadaku bahawa manusia dikumpulkan (kelak pada hari kiamat) menjadi tiga golongan.

“Satu golongan dalam kalangan mereka berkenderaan, mendapat makanan dan diberi pakaian manakala satu golongan lagi diiring dengan berjalan kaki dan juga sambil berlari-lari dan satu golongan lain pula diseret oleh para malaikat di atas wajah mereka, lalu diiring ke neraka.”

Maka salah seorang antara mereka bertanya kepada Abu Zar mengenai kedua-dua golongan berkenaan: “Kami sudah memahaminya, lalu bagaimanakah pula dengan orang yang diiringi dengan berjalan kaki sambil berlari?”

Baca : Keadaan sebenar matahari di Padang Mahsyar yang menakutkan

Abu Zar menjawab, “Allah menimpakan penyakit kepada semua kenderaan sehingga mati semua, tiada seekor kenderaan pun dapat bertahan hidup sehingga ada seorang yang mempunyai kebun yang paling disukainya rela menukarkan dengan seekor haiwan berkenderaan sebagai tunggangannya, tetapi dia tidak mampu mendapatkannya.” 

(Riwayat Ahmad dan turut diriwayatkan oleh al-Nasa’i dan al-Hakim)

Dalam buku 40 Hadis Huru Hara Kiamat, hadis itu menjelaskan, kelompok manusia pertama akan dihimpunkan dalam keadaan sangat bertuah dan dipermudahkan urusan hisabnya di Mahsyar kerana mereka dapat  menunggang kenderaan, berpakaian serta diberi makanan.

Golongan itu adalah mereka yang beriman dan sentiasa bersedia dengan amalan ketakwaan ketika di dunia.

Golongan kedua, mereka akan diseret serta disungkurkan muka ke bumi akibat kufur kepada Allah SWT.

Kemudian, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka oleh malaikat secara kasar dan keras.

Baca : Keluarnya Dabbatul Ardh, tanda kiamat besar yang akan berlaku sebelum dunia kiamat

Golongan ketiga pula adalah mereka yang berjalan kaki dan berlari-lari.

Tiada kenderaan buat mereka sebaliknya, Allah SWT menjadikan semua unta (kenderaan) ketika itu berpenyakit sehingga semuanya mati dan tidak dapat dijadikan tunggangan di Padang Mahsyar.

Golongan yang berjalan kaki dan berlari-lari itu adalah mereka yang banyak melakukan dosa dan maksiat.

Kesimpulannya, hadis  itu membuktikan amalan dan iman seseorang di dunia akan menjadi bekalan sangat berharga pada hari akhirat.

Sesiapa yang berjaya menyediakan  bekalan ketika hayatnya di dunia ini pasti akan dapat ‘menuai’ hasilnya pada hari berkenaan.

Wallahu’alam. Sila share untuk manfaat bersama 🙂

Baca : Kenapa perlu baca Al-Quran di rumah ?


Spread the love

3 Comments

  1. Perkara yang terbaik dalam kehidupan iaitu mencari keredaan dan ketakwaan daripada Allah s.w.t.
    Oleh itu,beramallah secara berlapang dada untuk mendapat ganjaran yang lebih berharga di dalam syurga.

  2. Satu perkongsian yang amat bermanfaat.

    semoga kita semua dijauhkan dari kesengsaraan yang sebegitu rupa.

    mula beramal dengan ikhlas

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!