Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Olimpik London 2012 sudah bermula dengan perasmian gilang gemilang. Malaysia seperti Olimpik yang lepas menghantar wakil tetapi penyertaan Olimpik London 2012 bukan sekadar melengkapkan jadual. Penyertaan Malaysia kali ini dengan sebahagian atlet yang bertaraf dunia yang mungkin boleh memecah kemarau pingat emas selama 56 tahun. Bangga semacam bila tengok kontigen Malaysia keluar didahului pembawa bendera Pandelela Rinong olahragawati 2011.
Harapan negara tentulah kepada pemain Badminton no 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan pengayuh basikal pecut negara Mohd Azizulhasni Awang untuk membawa pingat emas pertama negara. Walaubagaimana pun tidak mustahil ada kejutan sebagaimana tewasnya pasukan bola sepak Sepanyol kepada Jepun.
Rakyat 1Malaysia pasti mendoakan kejayaan kontingen Malaysia yang pasti akan berjuang bersungguh-sungguh antaranya Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohd, Haziq Kamaruddin, Nurul Syafiqah Hashim, Lee Hup Wei, Noraseela Mohd Khalid, Josiah Ng Onn Lam, Muhamad Adiq Husainie Othman, Amir Mustapa Rusli, Fatehah Mustapa, Bryan Nickson Lomas, Huang Qiang, Yeoh Ken Nee, Cheong Jun Hoong, Ng Yan Yee, Traisy Vivien Tukiet, Leong Mun Yee, Yu Peng Kean, Khairulnizam Mohd Afendy, Heidi Gan dan Khoo Cai Lin.
Satu Dunia juga sedang memerhati Pregnant Olympian, Nur Suryani Mohamed Taibi atlet menembak negara yang merupakan satu-satunya atlet sedang mengandung lapan bulan bersaing untuk mendapat pingat di Olimpik London 2012. Memang tabik pada Nur Suryani yang kuat semangat dengan membawa kandungan 8 bulan bukannya mudah. Ini anak pertama beliau setelah menunggu beberapa tahun dan juga kali pertama terpilih menyertai olimpik jadi bukan mudah untuk membuat keputusan. Semangat begini yang mesti dijadikan teladan untuk maju dalam hidup.
Rakyat Malaysia boleh mengikuti update terkini Olimpik London 2012 :
1. Live Olimpik London 2012 di TV2 RTM.
2. Live Olimpik 2012 2012 di Channel Olimpik Astro 823 dan 841 (HD)
3. Live di Official Olympic Channel Youtube.
4. Live streaming di stadium twitter dengan hashtag #OlimpikLondon
5. Dapat keputusan terkini Olimpik London 2012 @ Olympic Result
6. Kedudukan terkini pingat Olimpik London 2012 @ Jadual Pingat Olimpik London 2012
7. Keputusan terkini kontingem Malaysia @ Malaysia Olimpik London 2012
Semuga pingat emas yang ditunggu selama 56 tahun oleh Malaysia akan menjadi kenyataan di Olimpik London 2012.
Keputusan Olimpik London 2012 kontigen Malaysia
28/7 : Badminton Double : Kien Keat Koo/Boon Heong Tan (Malaysia) beat Naoki Kawamae/Shoji Sato (Japan) 21-12 21-14
2/8 : Keputusan Lee Chong Wei vs Simon Santoso 21 -12, 21 – 8. Peringkat suku akhir menentang Kashyap Parupalli.
3/8 : Keputusan suku akhir Badminton Single : Lee Chong Wei vs Kashyap Parupalli 21 – 19, 21 – 11. Peringkat separuh air menentang Cheng Long.
3/8 : Keputusan Suku Akhir Badminton Double : Kien Keat/Boon Heong Tan vs Bodin Issara-Maneepong Jongjit 21 – 16, 21 – 18. Peringkat separuh akhir menentang Cai Yun-Fu Haifeng.
4/8 : Keputusan semi final Badminton Single : Lee Chong Wei vs Cheng Long 21 – 13, 21 – 14. Gambar menarik perlawanan Semi Final Badminton London 2012. Final Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan akan berlansung pada jam 8.00 pm, 5/8/12.
4/8 : Semifinal Badminton Double : Kien Keat/Boon Heong vs Cai Yun-Fu Haifeng 9 – 21, 19 -21
5/8 : Keputusan Final Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan.
MALAYSIA BOLEH!!
222 Comments
Bermain di sukan Olimpik ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental yg tinggi, lebih2 lagi ketika beraksi di final.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Sensasi Ramadan Di Realisasikan/Ogos 2012 terkini.
Betul, semakin mendekati final maka persaingan akan semakin ketat pula
Curahan rasa Mas Gie @ ..Laku.com belanja online grosir eceran murah dan aman
LCW dah sah dpt perak utk Malaysia, pasti berada di carta pungutan pingat sekarang ni. Tahniah LCW w/pun kalah tapi dpt bawa pulang kali ke 2 pingat perak utk Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Sensasi Ramadan Di Realisasikan/Ogos 2012 terkini.
aku selalu x nampak rangking malaysia kat board dalam tv.
Curahan rasa mankstar @ ..Petua Mengatasi Kesedihan
Sekarang ni mungkin boleh lihat setelah LCW dpt pingat perak dlm acara badminton.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Sensasi Ramadan Di Realisasikan/Ogos 2012 terkini.
sepatutnya *Kontinjen…heheh.
apa pun hrap LCW dapat bawa emas dari London..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Apabila Blogger Dah Terpaksa..?
Semoga bukan semuga.he..he….!!! 😀
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Sensasi Ramadan Di Realisasikan/Ogos 2012 terkini.
Aku join tengok melalui RTM dan You Tube je.
Nak tengok kat stadium, tiket dan hotel dah penuh. ^_^
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Wordless Wednesday | Penggunaan Ubat Di Bulan Puasa
ngeri tengok atlit korea patah tangan masa acara angkat berat..memang xsanggup nak tengok la..
Curahan rasa aitor @ ..Cottage Cheese Thighs – An Effective Technique For Fast Relief
mudah2an negara kita berjaya di olimpiade ini…berkah ramadhan akan mengiringi perjuangan mereka,insyaallah
Curahan rasa tik tok @ ..17 Ramadhan Nuzul Qur’an
memang mencemaskan malam tadi masa tengok Datuk Lee Chong Wei lawan.. apa pun menang juga… hope terus mara ke akhir nanti
Curahan rasa myvitrd @ ..Drypers Tetap Menjadi Pilihan
Salam,
Cukup lama saya tidak menjajakan kaki di blog DH ini. Kita hanya bisa memberi dukungan dengan doa semoga para atlit2 yang dikirim untuk bertanding pada olimpik London 2012 mendapat yang terbaik agar bisa membawa nama bangsa dan negaranya.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Laku.com belanja online grosir eceran murah dan aman
Harapan ini disandarkan pada para atlet di setiap negara utk dibawa pulang kilauan pingat, walau apapun warna pingat, tapi tetap berbangga utk menaikkan nama negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Sensasi Ramadan Di Realisasikan/Ogos 2012 terkini.
Ketika keberhasilan dibawa pulang sepatutnya perjuangan mereka diberi reward sebagai ucapan terimakasih
Curahan rasa Mas Gie @ ..Laku.com belanja online grosir eceran murah dan aman
Ini sekaligus sebagai motivasi untuk lebih meningkatkan prestasi para atlit
Curahan rasa Mas Gie @ ..Laku.com belanja online grosir eceran murah dan aman
semoga mereka buat yang terbaik =)
Curahan rasa pjaz @ ..Semakan Online & Sms Pelatih Terpilih PLKN Siri 10/2013
Kita hanya bisa memberi dukungan doa agar mereka mampu memberikan yang terbaik untuk negaranya.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Laku.com belanja online grosir eceran murah dan aman
Yang dapat juara pertama pada permainan bulu tangkis siapa.
Curahan rasa Obat Tradisional Kencing Manis @ ..Info Penyakit Kencing Manis
semangat bu ,,
semoga jd yang terbaik ,, ok ,
SElamat Simon Santoso harus belajar lebih banyak lagi untuk melawan Lee Chong Wei
Curahan rasa smp3lembang @ ..London 2012 table tennis/Logo google hari ini
Sepertinya memang demikian bang, atlit2 kita banyak yang memang harus mengakui kehebatan lawan2nya dalam olimpiade kali ini. Semoga saja pada cabang2 lain indonesia akan lebih baik, amin
Curahan rasa Mas Gie @ ..Laku.com belanja online grosir eceran murah dan aman
Kalau tidak salah kita baru dapat 2 medali ya bang ?
Curahan rasa Mas Gie @ ..Laku.com belanja online grosir eceran murah dan aman
Perunggu dari cabang angkat besi, satu lagi saya lupa.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Laku.com belanja online grosir eceran murah dan aman
perak juga dari angkat besi mas
Curahan rasa smp3lembang @ ..London 2012 Pole Vault/Logo google Hari ini
Semoga aja yang terbaik menang juga amin.
Curahan rasa Pengobatan Tradisional Maag Kronis @ ..Pengobatan Tradisional Hepatitis C
Tentu harus di dukung dengan doa dan semangat yang kuat untuk mewujudkannya 🙂
Curahan rasa Mas Gie @ ..Laku.com belanja online grosir eceran murah dan aman
dari mana MAs apa kabar baru muncul lagi
Curahan rasa smp3lembang @ ..London 2012 Pole Vault/Logo google Hari ini
Dah banyak pingat terlepas oleh atlit malaysia..sedih betul..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Wordless Wednesday #3 : Euro Vs Sahur
Comments are closed.