Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Olimpik London 2012 sudah bermula dengan perasmian gilang gemilang. Malaysia seperti Olimpik yang lepas menghantar wakil tetapi penyertaan Olimpik London 2012 bukan sekadar melengkapkan jadual. Penyertaan Malaysia kali ini dengan sebahagian atlet yang bertaraf dunia yang mungkin boleh memecah kemarau pingat emas selama 56 tahun. Bangga semacam bila tengok kontigen Malaysia keluar didahului pembawa bendera Pandelela Rinong olahragawati 2011.
Harapan negara tentulah kepada pemain Badminton no 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan pengayuh basikal pecut negara Mohd Azizulhasni Awang untuk membawa pingat emas pertama negara. Walaubagaimana pun tidak mustahil ada kejutan sebagaimana tewasnya pasukan bola sepak Sepanyol kepada Jepun.
Rakyat 1Malaysia pasti mendoakan kejayaan kontingen Malaysia yang pasti akan berjuang bersungguh-sungguh antaranya Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohd, Haziq Kamaruddin, Nurul Syafiqah Hashim, Lee Hup Wei, Noraseela Mohd Khalid, Josiah Ng Onn Lam, Muhamad Adiq Husainie Othman, Amir Mustapa Rusli, Fatehah Mustapa, Bryan Nickson Lomas, Huang Qiang, Yeoh Ken Nee, Cheong Jun Hoong, Ng Yan Yee, Traisy Vivien Tukiet, Leong Mun Yee, Yu Peng Kean, Khairulnizam Mohd Afendy, Heidi Gan dan Khoo Cai Lin.
Satu Dunia juga sedang memerhati Pregnant Olympian, Nur Suryani Mohamed Taibi atlet menembak negara yang merupakan satu-satunya atlet sedang mengandung lapan bulan bersaing untuk mendapat pingat di Olimpik London 2012. Memang tabik pada Nur Suryani yang kuat semangat dengan membawa kandungan 8 bulan bukannya mudah. Ini anak pertama beliau setelah menunggu beberapa tahun dan juga kali pertama terpilih menyertai olimpik jadi bukan mudah untuk membuat keputusan. Semangat begini yang mesti dijadikan teladan untuk maju dalam hidup.
Rakyat Malaysia boleh mengikuti update terkini Olimpik London 2012 :
1. Live Olimpik London 2012 di TV2 RTM.
2. Live Olimpik 2012 2012 di Channel Olimpik Astro 823 dan 841 (HD)
3. Live di Official Olympic Channel Youtube.
4. Live streaming di stadium twitter dengan hashtag #OlimpikLondon
5. Dapat keputusan terkini Olimpik London 2012 @ Olympic Result
6. Kedudukan terkini pingat Olimpik London 2012 @ Jadual Pingat Olimpik London 2012
7. Keputusan terkini kontingem Malaysia @ Malaysia Olimpik London 2012
Semuga pingat emas yang ditunggu selama 56 tahun oleh Malaysia akan menjadi kenyataan di Olimpik London 2012.
Keputusan Olimpik London 2012 kontigen Malaysia
28/7 : Badminton Double : Kien Keat Koo/Boon Heong Tan (Malaysia) beat Naoki Kawamae/Shoji Sato (Japan) 21-12 21-14
2/8 : Keputusan Lee Chong Wei vs Simon Santoso 21 -12, 21 – 8. Peringkat suku akhir menentang Kashyap Parupalli.
3/8 : Keputusan suku akhir Badminton Single : Lee Chong Wei vs Kashyap Parupalli 21 – 19, 21 – 11. Peringkat separuh air menentang Cheng Long.
3/8 : Keputusan Suku Akhir Badminton Double : Kien Keat/Boon Heong Tan vs Bodin Issara-Maneepong Jongjit 21 – 16, 21 – 18. Peringkat separuh akhir menentang Cai Yun-Fu Haifeng.
4/8 : Keputusan semi final Badminton Single : Lee Chong Wei vs Cheng Long 21 – 13, 21 – 14. Gambar menarik perlawanan Semi Final Badminton London 2012. Final Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan akan berlansung pada jam 8.00 pm, 5/8/12.
4/8 : Semifinal Badminton Double : Kien Keat/Boon Heong vs Cai Yun-Fu Haifeng 9 – 21, 19 -21
5/8 : Keputusan Final Badminton Lee Chong Wei vs Lin Dan.
MALAYSIA BOLEH!!
222 Comments
Lin Dan akan jadi sanigan utama meraih pingat emas di Badminton
Curahan rasa smp3lembang @ ..London 2012 Hockey/Logo google hari ini
Minat betul Denaihati dengan Olimpik. Selepas topik sukan apa kata Denaihati keluarkan topik kesihatan sebab saling berkait. Contohnya penjagaan jantung.
Curahan rasa Muhammad Sufi Ahmad @ ..CUEPACS Berjaya Membela Nasib Penjawat Awam
harapan kontinjen Malaysia dapat membawa pulang pingat. Malaysia Boleh!!
Nur Suryani memang kuat semangat, mesti baby dia pun kuat semangat!.
Curahan rasa Sya Isya @ ..CONTEST SEO EYRIQAZZ VS DENAIHATI : PANDANGAN BLOGGER PICISAN
hidup,,moga menang aja kakak
Curahan rasa Portal Remaja online @ ..Kumpulan Kata-kata Mutiara Ramadhan 1433 H
Satu Malaysia ternanti-nanti emas pertama
Curahan rasa samdaddycool @ ..2 blog aku dah kena Tamparan Google Penguin Algoritma
semangat Malaysia boleh ! 😀
Curahan rasa azriMy @ ..Iklan Hari Raya PETRONAS Tahun 2012
Harap sangat pasukan negara mampu dapat 1 pingat 🙂
Curahan rasa Sop @ ..Berbuka dengan nasi satu kemestian
Semoga ada diantara mereka yang mampu menyumbang pingat buat negara!
Curahan rasa anif @ ..Kedudukan Pungutan Pingat Terkini Hari Ke 5 – Sukan Olimpik London 2012
belum berkesempatan tengok olimpik london 2012. hopefully semua atlit malaysia dapat buat terbaik.
Curahan rasa Ax @ ..Hairie Othman Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bertanding PRU 13
semoga berjaya malaysia
Curahan rasa wanayu @ ..olimpik London 2012 bermula
Malaysia boleh … kali ni aku pasti emas pasti ada untuk Malaysia
Curahan rasa Razifredz @ ..Salam Ramadhan 1433H
Wah aku juga mau tuh gan ke london. kanya disanah aku betah dech.
hehe
terimakasih infonya gan
Aku harap sangat Chong Wei dapat gold..~ mana la tau,buat2 dia sponsor aku ke..dapt emas dapat 2 juta..hehehe….
Curahan rasa AKU LOLA KE? @ ..Melampau..!! Page Menghina Islam Di Facebook..!!
mudah2n negara kita juga dapat bnyak mendali emas..
Curahan rasa obesitas @ ..Sariawan
pingat emas adalah impian setiap peserta yagn bertanding…
Curahan rasa Nana @ ..Ahli Perniagaan Mati Ditembak
Comments are closed.